Atas Nama Cinta, Terlahir Aku Melihat Dunia
Assalamulaikum..
Nama aku Nur Farhana.. Makna di sebalik nama tersebut dah jelas tertera, Cahaya Yang Riang Gembira.. Eh! Apa kes tiba-tiba sebut nama siap makna sekali? Saja.. Nak diingatkan berkali-kali, bagi anda dan anda semua ingat terus dan tak lupa nama gadis riang gembira ini.. Haha..
Hendak dijadikanlah cerita, posting aku dah nak hampir ke hujungnya.. Tapi masih terdapat lagi segelintir insan yang memanggil aku bukan dengan namaku..
"HAFIZAH! MARI SINI.."
"TOLONG AKAK KEJAP HAFIZAH.."
"HAFIZAH.. KAU BUAT APA SINI?"
"HAFIZAH DAN HAFIZAH DAN HAFIZAH.."
Masa mula-mula dulu, memang aku tak pernah toleh bila dipanggil dengan nama Hafizah.. Tapi sekarang, dek kerana dah selalu sangat orang panggil aku dengan nama Hafizah, maka secara automatiknya aku akan menoleh dan menyahut lalu menuruti.. =.=
Kenapa Hafizah? Sebabnya dalam department yang sama ada seorang lagi rakan sekerjaku yang dikatakan seiras dengan aku.. Bukan seorang dua yang kata, tapi dah berorang-orang.. Tak terkiralah orangnya.. Siap ada yang tanya, aku ada kembar ke? Aiseyyy!!
Apa pun, Farhana tetap Farhana.. Cahaya Yang Riang Gembira tetap terus gembira.. Atas Nama Farhana.. Haaa!! Boleh gitu? Orang kata apa ada pada nama, tapi pada nama tetap ada makna.. Makna yang itu adalah kita.. (Even TANPA NAMA pun, orang tetap tahu itu adalah kita.. Haha..)
Atas nama cinta, terlahir aku melihat dunia.. Heee.. Selamat malam semua.. Jaga diri.. Assalamualaikum..
HEART SPEAKS : Hati yang dikuasi perasaan yang meliar ini terasa seperti ingin mengangkat telefon yang bernombor baru ini, lalu menghantar satu pesanan sebagai insan tanpa nama.. Tapi akal yang masih waras ini berjaya menguburkan rasa itu.. *campak telefon jauh-jauh, tutup mata, dan tidur*
Ulasan