Monolog #3 : Cinta

Assalamualaikum..

Hari ini tanggal 22 Disember 2012.. Serasa lama sungguh aku tak berbicara di sini.. Hari ini adalah hari meraikan cinta.. Cinta antara dua sahabat terbaik aku.. Cinta Siti Nor Faizah dan Abdul Aziz Harith.. Perjalanan 2 jam akhirnya membawa aku ke Shah Alam bersama kedua orang tuaku.. Perkahwinan sahabat baik, manakan tak boleh tak datang.. 

Dalam menumpang gembira ada rasa sayu mengusik.. Sahabat aku telah jadi milik orang.. Sudah bergelar isteri kepada seseorang.. Tak banyak pun pasti ada sedikit yang telah berubah.. Tapi aku sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk dia dan suami dalam melayari kehidupan baru ini.. Sambil dalam hati selalu berdoa akan tiba saat seperti ini untuk aku nanti.. Heh.. Bila masanya entah aku hendak mencari sebahagian lagi dari hidup aku.. Hidup yang sentiasa sibuk, mengharap bulan jatuh ke riba? Heh.. Walau di mana pun sebahagian dari hidup aku itu, aku harap satu hari nanti pasti ketemu aku dengannya..


Semua orang telah tertulis lembaran kisah bahagia masing-masing.. Begitu juga sahabat tersayangku nan seorang ini.. Kisah cinta yang penuh liku dan ranjau.. Namun akhirnya tetap bersatu jua dengan izinNYA.. Doa aku semoga bahagia sentiasa bersama dia.. Insan yang terlalu baik yang bergelar sahabat yang hadir dalam hidup aku.. Selamat pengantin baru nenek.. Tahniah! Aziz! Jaga nenek aku baik-baik okay.. :)


Dan aku, entah kenapa hari ini ada SUATU RASA yang menyapa.. Merenung ke luar tingkap.. Angin sejuk usai hujan menyapa.. Dan fikiran ini terus melayang jauh.. Jauh, entah ke mana..

Selamat malam.. Assalamualaikum..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?