Monolog #2 : Indah Itu Bahasa

Assalamualaikum..

Sedang merasa keenakan berbaring setelah lebih berbelas-belas jam berdiri, berlari ke sana dan ke mari.. Kurusnya entahlah bila.. Barangkali dalam mimpi saja.. Heh..

Lewat Maghrib tadi, drama bergolak di wad 3-4.. Seorang pakcik dengan lantang memarahi seorang remaja lelaki.. Hanya kerana ada sedikit salah dan silap dari remaja lelaki itu.. Aku dari hujung wad sudah mendengar gema jeritan pakcik itu.. Yang ternyata memang sukar sekali untuk mengawal marahnya..

Aku sebenarnya, cukup alergik dengan tengkingan, suara lantang, jeritan dan yang seangkatan dengannya.. Apatah lagi jika ianya berpandukan pada sesuatu yang tidak berasas langsung..


Dari dulu-dulu orang selalu kata, YANG ELOK ITU BUDI, YANG INDAH ITU BAHASA.. Aku tak pasti kenapa bila mana kita boleh bercakap dengan baik, sopan dan lemah lembut tapi kita tetap memilih untuk meninggi suara, menengking, mengherdik..

Satu benda yang aku pegang bila aku mula bekerja, layanlah pesakit dengan tutur kata yang terpaling lembut, jika marah pun jangan diturut sangat rasa hati, biar orang marah kita tapi biarlah kita tetap berlembut.. Api lawan api maka terbakarlah jawabnya.. Jadilah air yang sejuk lagi menenangkan.. Orang kata, what goes around comes around.. 


Well.. Indeed.. It does not cost you anything to be polite.. Yang elok itu budi, yang indah itukan bahasa.. Selamat malam.. Assalamualaikum..

:)

Ulasan

Unknown berkata…
Marah mampu mengundang bahaya..
akira sendoh berkata…
Lama tak blogwalking...wah farhana..tahniah..walaupun lambat..da jdi doktor kamu...:)
Unknown berkata…
salam sis..agreed...nice entry.. :) May Allah bless u..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T