Terbang Tinggi Tinggi

Assalamualaikum..

Ahad dah pun hampir berlabuh.. Esok pula dah Isnin.. Kerja straight dari Isnin sampailah Ahad, dengan cuti tak sampai sehari pada Jumaat.. Harapnya cukup kuatlah nak menghadap pagi Raya di hospital.. 

Tiap kali kalau aku pulang dari kerja, aku pasti akan duduk dalam kereta, lebih kurang 10 ke 15 minit.. Sambil menikmati penghawa dingin yang aku talakan ke muka, sambil aku memandang ke luar dan dongakkan kepala..


Dalam hati aku kata, kenapalah rumah aku di tingkat terpaling atas dan tak ada lif.. Kadang rasa macam, tak boleh ke aku terbang terus ke atas.. Dah sebulan lebih aku turun naik tangga, tapi lelah naik turun tangga masih terasa.. Banyak sangat tingkat kot.. Haha.. (TIGA AJE PUN)

Tapi tak kisahlah, apa yang penting, berat pun dah banyak kurang, baju yang dulu-dulu tak muat pun dah boleh sarung.. Ada baiknya juga ya tak duduk rumah tingkat paling atas.. Tak kisahlah tak dapat terbang tinggi-tinggi, duduk di darat merangkak dan berjalan pun ada banyak faedahnya.. Heee..

Okay semua.. Selamat memulakan minggu baru dan selamat meneruskan ibadah puasa.. Jaga diri.. Assalamualaikum.. 

Ulasan

Kuwe berkata…
gigih betul bekerja sekarang ni..
@Kuwe Demi mencari sesuap nasi abe oi.. Hehe.. :D
farhana berkata…
Baju yang tak muat dulu pun, dah boleh sarung?!
Wah...tahniah!

Moga tabah beraya di hospital =)
Adziim berkata…
Untunglah dah kurus.
Sama macam zaman aku kerja Puchong dulu, tapi tingkat 3 je,tak ada kereta lagi masa itu. Memang rasa kurus je. Haha~

Sekarang duduk Bukit Rimau ni dah jadi beruang panda rasanya.
mr.syazwan berkata…
best pe tingkat atas leh kurus huhu
Nur Hawa Mohd Zin berkata…
heheh..xpe..senaman namanya :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?