Sorotan Sebulan Hidup Obstetrik Dan Ginekologi

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar, dah masuk bulan 8.. Dah sebulan dan seminggu aku bertugas di Jabatan Obstetrik Dan Ginekologi Hospital Melaka.. Banyak pasang surut dan turun naik, masam masam manis kehidupan seorang pegawai perubatan siswazah..

Entry kali ini, biar pendek.. 4 perkara yang aku agak gerun untuk lakukan ketika baru mula masuk bekerja di jabatan ini..

1) Setting an IV Branula

Masa zaman aku student dulu, pernah buat sekali dua saja.. Jadi bila masuk kerja, agak terkial-kial jugalah nak catch up.. Kalau nak diikutkan, dalam jabatan O&G inilah paling senang nak masukkan branula sebab urat-urat wanita mengandung memang kembang-kembang dan cantik-cantik..

Tapi hakikatnya, aku memang gerun.. Aku takut orang rasa sakit.. Jadi aku selalu FAILED bab masukkan branula, sebabnya aku takut orang sakit.. Haha.. Boleh macam tu?


Tujuan masukkan branula sebab nak ambil darah, masukkan air, darah atau apa-apa saja ubat ke dalam salur darah.. Ianya ibarat macam kau masukkan satu tiub kecil ke dalam salur darah.. Salah masuk site, boleh pergi ke lapisan lemak dan boleh membengkak.. Bila dah bengkak, kita tahulah kita dah salah masukkan jarumnya..

Aku cukup lemah semangat kalau sekali buat tak berjaya, sebab nak kena cucuk lagi.. Sebabkan benda ini juga, aku selalu kena marah sebab pasang branula dengan slow.. Al maklum saja, tak expert lagi, memanglah slow.. Sekarang, kalau nak diikutkan, tak adalah expert mana, tapi bolehlah.. Ada juga masa tak berjaya, tapi proses belajar.. Aku percaya, lama-lama nanti, sambil tutup mata pun boleh pasang branula.. Kekeke..


2) Pemeriksaan speculum

Masa zaman student selalu buat dekat patung.. Bila dah kerja, of course kena buat dekat manusia.. Tujuannya adalah untuk periksa keadaan serviks kalau-kalau ada pendarahan ke, atau dalam kes pecah air ketuban, kita nak pastikan betul ke air ketuban memang dah pecah.. Jadi inilah dia alatnya..

Gerun nak guna, sebab ada kes yang boleh menyebabkan ianya menyepit dan tersepit.. Ouch!! Tapi, bila dah lama-lama, kita dah tahu teknik dia, InsyaALLAH, smooth saja..


3) Artificial Rupture Of Membrane @ Amniotomy

Atau dalam erti kata lain pecahkan air ketuban dengan menggunakan alat.. Selalunya prosedur ini kita lakukan di kamar bersalin, bagi mana-mana wanita yang jalannya telah buka lebih dari 4cm dan air ketuban belum pecah.. Maka untuk memudahkan proses bersalin, doktor akan pecahkan air ketuban dengan menggunakan amniotic hook..

Dan ini juga satu prosedur yang aku agak terkial-kial nak buat.. Ianya tak susah mana pun, cuma masukkan dua jari, dan salurkan hook tersebut, cari sarungnya dan kita pecahkan supaya air ketuban dikeluarkan.. Masih lagi belajar untuk jadi expert..


4) Vaginal examination

Dan terakhir sekali.. Benda yang memang tak susah mana pun.. Tapi kita jadi hebat dengan pengalaman dan banyak kali buat.. Benda yang buat aku blur dan bingung.. Pemeriksaan ini dibuat selalunya untuk memastikan berapa besar jalan yang telah terbuka untuk melahirkan anak.. Berapa besar bukaan menentukan samada kita nak tolak ke dalam kamar bersalin atau tak..

Jadinya memang kena buat banyak kali, baru kita boleh tahu macam mana rupa bentuknya bukaan 2cm, 4cm, 8cm dan lain-lain lagilah.. Kalau aku tak yakin, aku akan cakap tak yakin supaya orang lain boleh periksa semula.. Bagi aku senang saja, kalau kita tak tahu, cakap tak.. Dan kita belajar supaya kita jadi tahu.. Pengalaman pasti akan mendewasakan.. Bukan pertama kali buat, kita akan terus hebat.. Aku harap kakak-kakak nurse boleh memahami dan bagi banyak tunjuk ajar pada aku.. Heee.. ^^


Eh! Entry pendek ke ni? Haha.. Terseronok pula menaip.. Apa pun, selamat malam.. Sampai sini saja.. Mengantuk dah.. Tak sabar menanti cuti pada hari Jumaat.. Hehe.. Jaga diri semua.. Assalamualaikum..

Ulasan

Unknown berkata…
kak,
macam best je!
nak jadi doktor lash..
leh periksa perempuan..
hahaha
Unknown berkata…
tgk doc cucuk branula tu memang seriau jer.. especially kalau doc salah cucuk... memusing2 jarum tu... yg paling seriau je bila branula tu dimasukkan kat kaki.. ouchh... sakitnya...
Adziim berkata…
Ala rileks.
Radiologist aku pun kadang-kadang terkial-kial juga nak set IV branula. Reason sebab sangat jarang set line.
Set IV branula bila perlu guna contrast masa imgaing procedure sahaja.

Practice makes perfect.

Sementara ada peluang, cucuk la banyak-banyak. Masuk swasta nanti, cucuk banyak-banyak ni boleh dapat complain dari patient.

Goverment tak ada hal sangat, mula-mula student(Kak) yang set, tak dapat baru cari doktor yang lebih senior, tak dapat sangat baru panggil doktor pakar yang paling senior. Negatifnya..patient merana tapi ini scenarion common di goverment. Supaya student dapat belajar.
shahirahkhairudin berkata…
dulu cita cita nak jadi dokter o&g. tapi belajaq tak tera mana. kakaka !
Tanpa Nama berkata…
hai..sem depan kita belajar obstetrik dan ginekologi..x sabar rasanyew...kalau kura ng paham boleh tanya adin kan..hak3...

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?