Pengajaran Dalam Kehidupan Itu Sentiasa Datang Agar Kita Tak Lupa | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Pengajaran Dalam Kehidupan Itu Sentiasa Datang Agar Kita Tak Lupa

14 comments
Assalamualaikum.. Salam Ahad.. Cuaca yang tak menentu sekarang, kejap panas terik terbakar, kejap sejuk menggigil, kadang bikin nyaman tapi kadang boleh bikin pening kepala.. Sama saling tak tumpah macam hidup kita.. Kadang ada naik, kadang ada turun.. Lumrah orang kata..

Semalam terduduk merenung barang sebentar jugalah usia membaca entry dari blogger Selipa Sindarela.. Kenangan lama saat fasa "turun kehidupan" tiba-tiba menyerbu.. Pengalaman hidup yang beliau lalui sama sungguh seperti apa yang pernah aku lalui.. Memang salah kami..


Kata orang tua-tua, barang yang lepas yang menyakitkan, janganlah asyik duduk mengenang, nanti merana badan.. Betul!! Tapi terkadang kita tak kenang tapi faktor sekeliling yang memberi stimulasi untuk kita tiba-tiba mengingatinya semula.. Faktor sekeliling tak pernah salah.. Dan tak perlu kita salahkan sebab mengingatkan kita akan kenangan lama yang pahit dan perit..

Ada baiknya faktor ini hadir "kadang-kadang" dalam hidup kita.. Seolah buat kita ingat kembali, mana silap kita, supaya kita takkan lagi mengulang silap yang sama.. Dalam kehidupan, kita manusia, semua inginkan sesuatu yang lebih baik dari dulu.. Tak ada manusia yang dah buat silap besar dan ingin buat silap besar lagi untuk kali kedua dalam hidup.. Betul tak?

Sebab itu dalam meniti hidup, kadang-kadang pengajaran akan hadir tanpa disangka dengan mengingatkan kita kembali pada kesilapan lama, supaya kita takkan pernah lupa.. Dan tiada lagi kesilapan buat kali kedua.. Heehee.. =)

Sampai sini jari mencoret kata.. Jumpa lagi.. Jaga diri.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Sebab itu aku jadi seperti mana diri aku sekarang, hati keras supaya tak lut dek 1001 macam perasaan, banyak bergurau, dan tak ambil serius langsung perkara-perkara yang "berisiko besar".. Huhu.. Untuk kebaikan diri sendiri juga.. Harap aku tak ambil langkah yang silap dengan menjadikan diri aku seperti ini..

14 Comments Here:

adrinaqamarina berkata...

kadang3, barang yang lepas tu lah nak dikenang sangat.

muka rina abes ruam3, perubahan cuaca :(

ieda berkata...

setuju sgt dgn ayat farhana nie .. :) life goes on .. kena hadapi dgn kuat :)

Boneka Tak Sakit berkata...

footnote respond
boleh ke? adik hana yg sensetip mudah tersentuh boleh ke bersikap keras hati?

dan xambik serius benda penting!
*kene kut!!

sekian respond sy atas entry yg 30% sy pahami hahaha

.alie. berkata...

sedang berduka.bersedih..
merasai kesakita itu

T_T

FarhanaDr berkata...

@adrinaqamarina Kalau manis, selalu kita kenang pun takpe.. Hee..

Selamat pulang.. :)

FarhanaDr berkata...

@iedaTapi kadang nak jadi kuat tu laa susah kan kak.. Huhu..

FarhanaDr berkata...

@Boneka Tak Sakit Bang.. Ko mmg mengenali adikmu ni laa bang.. Haha.. Aku boleh jadi kuat.. Tapi kadang2 jek aku pancit, sensitip dan tersentuh.. Haha.. Lama2 nanti aku keras laa hati.. :p

FarhanaDr berkata...

@.alie. Moga kesedihan cepat berlalu pergi ye.. :)

mr.syazwan berkata...

wawawaw kenapakah ini

silap?

semua org buat silap..

berlajar dari kesilapan..

kalau silap lagi duku laju2

hehe

farhana berkata...

Pengajaran dalam setiap sesuatu itu penting supaya kita sering beringat.

Liza berkata...

barang yg lepas kalau dikenang cuma utk pengajaran, jgn jadik beban utk teruskan kehidupan

Dholna berkata...

woo mcam tu erk. That's why lah.Paham2 .. :D

ch!natsu berkata...

setuju ngan liza.. =)

Yg Disana berkata...

ZINDAGI EK SAFAR HAI SUHANA

life is a wonderful journey, no one
knows what will happen in the future

tread life joyfully
don't wory about the rest of the world
pass the day smilingly ... :)

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.