The Precious One | " Cahaya Yang Riang Gembira "


The Precious One

9 comments
Assalamualaikum.. Salam malam Selasa.. Esok tak ada kelas, lusa pun tak ada.. Ada masa-masa yang seperti sekarang, selaklah buku sikit-sikit.. Sambil-sambil taip apa yang patut dalam blog..

Malam sebelum tidur ini tergerak jari nak tulis tentang "The Precious One".. Precious itu bernilai.. Sesuatu yang amat bernilai.. Ianya boleh jadi satu, boleh jadi dua, boleh jadi leih dari itu.. Dalam kehidupan kamu dan aku, ada terlalu banyak perkara dan benda yang bernilai yang kita miliki.. Mak abah kita, adik beradik kita, sahabat-sahabat kita, dan jangan dilupa agama kita.. Malah benda tak bernyawa juga boleh jadi sesuatu yang tak ternilai dalam hidup kita..


Lumrahnya kita manusia, bila kita sedar akan nilai sesuatu itu maka kita akan hargai.. Tapi sebenarnya, sedar tak sedar kita kurang mahir dan agak lemah dalam menilai apa itu sebenarnya yang bernilai dalam hidup ini.. Benda yang ada dengan kita, yang bernilai kita hargai.. Tapi kadang ada juga benda yang ada dengan kita, tak kita sedar nilainya, jadi kita lupa untuk menghargainya.. Itulah selalunya lumrah, kita dah terhantuk baru kita terngadah.. Kan bagus kalau kita tak terlalu bersikap menilai, sibuk kita tentukan mana yang bernilai mana yang tak, alangkah baik jika kita cuma teruskan perjalanan dan kita hargai segala apa yang ada depan mata.. Hmmm..

Eh.. Sebenarnya kan.. Aku tak berniat nak berfalsafah banyak sangat.. Maaflah panjang pula berfalsafah.. Ekeke.. Nak cakap pasal the precious one.. Dalam hidup aku, antara benda yang aku cukup tak ambil pusing adalah jam tangan.. Ada atau tak ada, memang aku tak berapa kisah.. Tapi bila dah masuk medik, tak ada jam, susahlah.. Nak kira denyutan nadi pesakit, takkan nak guna jam dinding yang jauh beratus meter di dinding sanun..


Polisi penggunaan jam aku adalah pakai buang.. Sebab aku pakai jam RM10 yang jual di Pasar Malam saja.. Tak mampu nak beli yang canggih-canggih, yang cantik-cantik dan ala-ala kewanitaan walaupun dalam hati sebenarnya memang teringin.. Jam sekarang aku pakai pun, jam nenek aku beli di Mekah.. Aku jenis tak kisah, cekau saja yang mana ada, asal ada nombor, ada jarum dan bergerak, dah okay.. Tapi 2 hari lepas, jam aku telah jatuh dan terbarai.. Jam murah.. Ya ya.. Aku boleh faham.. Huhu.. Tapi bila begini baru kita nak sedarkan, betapa pentingnya jam dalam hidup kita.. Jam itu penunjuk masa.. Demi masa.. Hmmm..

Ikut hati teringin nak ambil jam dinding sangkut dekat leher, tahan lama pun tahan lama.. Haha.. Aku korek balik beg lama, usha usha jam tangan yang masih ada dan boleh dipakai.. Terjumpa dengan jam Bonia hadiah dari mak yang dah rosak.. Lama jangka hayat jam tersebut, dalam 3, 4 tahun juga.. Jam paling aku sayang.. Sebab itulah antara jam ala kewanitaan yang aku pernah pakai.. Ekeke..

Hope satu hari nanti, aku ada peluang nak beli jam tangan brand kesukaan aku, Bonia.. Huhu.. Untuk aku satu, untuk mak satu..



Kalau ada Encik Suami, memang lama dah minta.. Agak-agak dia nak merungut dan kata "Botaklah kepala abang.." tak? Haha.. =p

Learn to appreciate everything.. I mean every single thing.. Coz we never know, the "nothing" may ends up being "you are my everything".. Or when we come to know that the nothing is actually the everything, maybe it's too late.. Huhu..

Take care peeps.. Selamat malam.. Have a great Tuesday.. Assalamualaikum..

9 Comments Here:

hysman berkata...

amboiii...
berfalsafah dimalam hari..
buatkan lena ku tejaga dr mimpi..
huhuhu...

cik hana prefer jam digital or manual...?
rasenyer jam manual kan?
pesal siap nk gantung kat leher,jelas skit..
klu nak gantung yg digital amek yg kat masjid waktu solat tu pnya skali yer..
hahahaa..
guraw.. :p

the GirL berkata...

cepat2 le kawen.. bleh botakkan kepala Abang tu... hahaha..

saya pon ske jam pasar malam... siap ada lampu2 lg... wakaka

lalink7 berkata...

wauwwwiii...

InsyaAllah tanpa encik suami pun farhana boleh beli sendiri jam Bonia kesukaan Farhana tuee....beli masa sale pasti lebih murah..hehehe

FarhanaDr berkata...

@hysman Memang nak buat hang terjaga dari mimpi pon.. Takmo kasi hang tidoq.. Hahahaha.. :p

Amboi.. Sedapnya dia nk suruh ambik jam mesjid ye.. Err.. Jam dekat pejabat agama banyak lagi tak? Heee.. :)

FarhanaDr berkata...

@the GirL Hahahahahaha.. Lambat lagi laa nak botakkan.. Kene selak satu-satu borang permohonan ni nk cari yang banyak rambut.. Ekeke.. :p

Haha.. Dulu kecik2 jam lampu2 ni memang yg dikejar laa..

FarhanaDr berkata...

@lalink7 Betul gak tu.. Pakwe pun takde, suami apetah lagi nak ada.. Lambat laa lagi nak botakkan kepala suami.. Haha.. :p

Mudah-mudahan dpat satu ari nanti.. Bila dah keje.. :)

Nur Farah Hani berkata...

saya setuju.. hehheeh...

selingan sekejap.. kita selalunya memang sukar or tak reti menghargais esuatu yang berada depan mata..

back to your story..

sama la cam fara suka beli jampakai buang jerk.. teringin gak nak beli jam y berjenama.. heheh!!

Liza berkata...

it's little tiny things in life that matters, must learn to appreciate that too kan?

farhana berkata...

Baru td jam tangan saya hilang kat surau. Rupa2nya misplaced. Nasib baik masa asar datang balik, jam tu ada. Alhamdulillah. Tak sedap hati sepanjang ketiadaan jam.

owhhh..i really like the last quote. Sangat2 bermakna =)

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.