Lelaki.. Man.. Nan Ren.. Namja..

Assalamualaikum.. Salam pagi Ahad untuk semua.. Dah 2 hari berada di Melaka.. Badan pula mula menunjukkan tanda-tanda akan menjadi kurang sihat.. Terkejut dengan cuaca barangkali.. Di Ipoh panasnya terik yang amat.. Sampai di Melaka 2 malam yang lepas, hujan dan sejuk.. Terkejut badan.. Weather shock.. Huhu..

Entry pagi-pagi Ahad, sentuh tentang lelaki.. Ini respon selepas menonton Cerekarama malam tadi yang bertajuk Mesej Terakhir.. Bagi aku, drama itu macam nak buka satu pandangan pada wanita-wanita, tentang seorang lelaki.. Terutama sekali bagi yang bergelar suami dan isteri.. This is my personal opinion.. Sila jangan marah.. =)



Cerita mengisahkan Marina dan Hafiz yang merupakan pasangan bahagia.. Namun selepas pemergian Hafiz kerana kemalangan, Marina mengetahui wujudnya wanita lain dalam hidup suaminya.. Ia memaparkan bagaimana Marina pada awalnya tak dapat menerima dan menyalahkan suaminya dan punya prasangka buruk pada suaminya dan wanita rahsia tersebut..

Di satu kisah yang lain, bagaimana wanita rahsia ini, Kartini yang baru saja bercerai dengan suaminya, bertemu dengan Hafiz di satu malam.. Hafiz bersimpati dengan keadaan Kartini dan dalam tak sedar, mereka jatuh cinta walaupun Kartini tahu Hafiz sudah berkahwin.. Saban hari Kartini menunggu Hafiz untuk datang berjumpanya lagi kerana Hafiz berjanji ingin menikahinya tetapi kebenaran yang tidak diketahuinya, lelaki itu telah pun meninggal dunia..

Akhir cerita, Marina berjaya mengatasi perang emosi dirinya sendiri.. Dia akhirnya dapat memahami tindakan suaminya.. Kartini pula pasrah dengan pemergian Hafiz.. Hafiz coretkan dalam diarinya, dia yakin Marina dapat menerima Kartini.. Rasa Hafiz pada Kartini bukanlah nafsu tetapi lebih pada tanggungjawab.. Dan dia sayangkan kedua-duanya.. Marina dan Kartini.. (sebab dalam diari Hafiz ada gambar kedua-dua wanita itu)


Perempuan.. Kalau kata teman lelakinya ada wanita lain pun dah amukan satu dua tiga macam.. Apatah lagi kalau lelaki itu bergelar suaminya.. Kebanyakannya kita perempuan susah sikit nak berkongsi kasih.. Hati kita selalunya kalau untuk yang itu, memang yang itu sajalah.. Tapi lelaki, dalam satu saat, dia boleh cintakan dua orang wanita serentak.. Hati dia ada daya dan upaya untuk membahagikan kasih yang mana itulah yang ramai perempuan "tak mahu" faham dan susah sedikit nak terima.. Betulkan saya jika saya silap..

Dalam ruangan maya ini, pernah aku coretkan dulu.. Aku ingin lelaki SUPER SETIA.. Makna SUPER SETIA bagi aku, adalah yang mampu teman aku, jaga aku, kasihkan aku, sampai bila-bila.. Kasih, sayang dan cinta untuk aku yang takkan pernah berkurang walau 1% sekalipun.. Sukar untuk aku definisikan setia itu sebagai "milik aku seorang sahaja".. Sebabnya, hati lelaki tak sama dengan hati wanita.. Itu saja yang aku boleh kata..

Masa tonton drama ini, aku bertanyakan soalan mengenai drama ini pada 2 orang adik lelaki aku, abang yang berusia 14 tahun dan adik yang berusia 12 tahun..


"Salah tak bercinta dengan suami orang?"

Jawab adik.. "Tak elok.. Tak baik.. Berdosa.."

Jawab abang.. " Tak salah.. Cuba dengar lagu Kalimah Cinta.. Ada lirik SIAPALAH AKU MENOLAK CINTA YANG HADIR DI JIWA TANPA DIPAKSA.."


Okay.. Aku tergamam sekejap.. Huhu.. Budak-budak.. Banyak lagi asam garam kehidupan yang mereka tak lalui dan tak tahu.. Tapi pemikiran mereka memang tulus.. Okay.. Till here.. Have a great day ahead.. Assalamualaikum.. =)

Ulasan

SyahmiFikri berkata…
huhu!

tak salah berkongsi cinta andai itu takdir Ilahi!

perkongsian mungkin menyakit kan! tapi andai mampu fair! taksalah!! hehee
ch!natsu berkata…
sesungguhnya perkongsian kasih itu amat menyakitkan..
tp klu itu takdirnya, kita sbgi perempuan harus tabah dan redha mghadapinyer..
tbe2 sedey.. =(
nora berkata…
dengan adik beradik nak berkongsi pun kadang2 payah ni kan nak berkongsi lelaki...

noooooooooooooooooooooo
Nur Farah berkata…
fara setuju.. lelaki even sayang setara mana pun pada kekasihnya ke wife dia ke tapi hatinya tetap juga boleh dibahagi dua tiga..

sebagai perempaun of course fara pun tak mampu terima tapi bila look at positive site sometime apa y terjadi ada reason kan?? everthing happen for a reason..

tapi.. tapi.. ouh tidak..tetap jugak tak mahu diduakan.. huhuh.. XD

p/s:- suka citer tu.. banyak mesej untuk penonton.. ;p
@SyahmiFikri Yeah.. Kalau dah itu ketentuan kan.. Tapi tu laa.. Kalau boleh memang ramai perempuan yang taknak.. Hak hak.. :p
@ch!natsu Tu laa.. Semalam nengok cite tu pun sedey gak.. Macam faham jek perasaan depa2 tu.. Hmmmm..
@Nur Farah Hani Huhu.. Dah hati mereka dicipta begitu.. Susah kan? Tengok ceita semalam tu buat terpikir.. Memang bukan senang.. ;)
mr.syazwan berkata…
cerita semalam ok cuma entah ler..

huhu

tak salah nak seorg lelaki nak kahwin lebih dari 1 asalkan DIA MAMPU DAN BERT/JAWAB

bagi perempuan pasti org akan kata dia perampas kan?

tpi itu mulut org pedulikan asalkan bahagia..

=_=

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?