Love Story : Kalau Lelaki Hati Keras Bilang Touching, Maka Kebarangkalian Adalah Tersangat Besar Ianya Memang Touching

Assalamualaikum.. Salam petang Sabtu semua.. Hah!! Hari ini mood adalah ke laut dan tenggelam tak jumpa-jumpa dah.. Sesi mengembalikan mood untuk aku selalunya adalah makan dan menonton..

Tajuk entry kali ini adalah lebih panjang dari biasa.. Tak payah susah-susah aku nak jelaskan lagi rasanya.. Hihi.. Selalunya, orang lelaki yang mana kita tahu hati mereka adalah keras (mostly) dan kebanyakannya susah sikit nak tersentuh.. Jadi apabila lelaki recommend sesebuah FILEM CINTA atau CERITA CINTA untuk ditonton, kalau mereka kata TOUCHING dan BEST, maka kebarangkali FILEM CINTA itu adalah touching dan best adalah hampir kepada 100%.. Tambahan kalau lelaki yang jenis tak ada perasaan.. Muahaha.. =p


Pagi tadi berblogwalking sebentar, aku singgah ke blog seorang jejaka, KUMBANG JINGGA nama diberi.. Entry beliau adalah tentang review sebuah filem cinta Thailand yang diterbitkan pada tahun 2010, bertajuk First Love / A Little Thing Called Love..



Seperti yang kita tahu, Thailand terkenal dengan filem seram.. Jadi pada awalnya aku tak adalah tertarik mana dengan filem cinta dari sana sebab kurang yakinlah senang cerita.. Maklum saja, aku rasa demand aku pada filem cinta agak tinggi.. Haha..

Atas sebab mood yang ke laut pada hari ini, dan melihatkan pada review seorang jejaka yang memberikan FULL RATING dan BERAIR MATANYA sebab menonton filem ini, jadinya aku pun downloadlah dan menonton dengan teman serumah.. Hoho..




Kisah seorang pelajar yang tak berapa cantik wajahnya, jatuh cinta dengan seniornya.. 3 tahun cintanya pada sang jejaka tapi tak diluahkan sampailah saat mereka ingin menghabiskan pengajian.. Barulah gadis tadi ada keberanian, dan diluahkan.. Nak tahu samada pengakuan yang dia buat tadi terlambat atau masih sempat, dan samada lelaki itu punya perasaan pada dia atau tak, kenalah tonton sendiri okay..

Aku bagi 5 bintang daripada 5 bintang untuk filem ini.. Filem yang kelakar gila, romantik, sweet, semangat setiakawan, shot shot cantik dan macam-macam rencah lagi ada dalam filem ini.. Seriously aku recommend untuk tonton filem ini.. Kalau tak percaya review dari aku, boleh baca sendiri review dari Kumbang Jingga okay.. Hahaha.. =p

Filem ini filem kedua yang aku jatuh cinta hasil daripada cadangan dan review seorang jejaka selepas Anime bertajuk Kimi Ni Todoke.. Hee..


Ini scene confession yang meruntun hati.. Antara scene yang aku suka selain daripada scene si hero menyelak buku CINTA milik dia.. Hoh!! Cerita cinta yang pure dan honest dari pandangan mata aku.. Aku duduk layan filem ini yang berdurasi 1 jam 57 minit dengan teman serumah.. Dua-dua melekat duduk tak gerak-gerak.. Kawan aku kata, keromantikan dalam filem ini sangat menyentuh hati.. Mana tak tersentuh hati, dua-dua mata berair kot.. Haha.. =p


Filem ini rasa macam dekat dengan aku.. Tapi aku tak seberani watak heroin dalam filem ini.. Huhu.. Sampaikan teman serumah aku kata, "TENGOK TU FARHANA".. Haha.. Aku lagi!!! Tak ada kena mengena kot dengan aku.. =p

Okaylah.. Bagi yang berminat nak tonton, hope you're enjoying it as much as I do.. Tak rugi tengok.. 2 jam yang tak bosan sikit pun.. Selamat menonton dan selamat berhujung minggu semua.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Entah kenapa rasa macam nak suruh seseorang tonton filem ini.. Haih.. Tapi.. Dia tak minat kot..


Rasa nak TERIMA KASIH pada SELIPA SINDARELA untuk entry beliau ini.. Huhu..

Ulasan

black_mel berkata…
semua x tgk lagi...kebizian tahap cipan melompat skrng ni...
Boneka Tak Sakit berkata…
dr cinta mesti la jiwang haha..

btw aku
rasa kalau aku suka someone aku nak cakap depan2 la
mesti menjadi sestau yg istimewa
kan?

zaman skrang ada ke yg cakap depan2..

awwwww malo lah abg merah pipi tulis nie
@SyUhAdA Bukan macam tapi memang best.. Heehee.. Ada masa try laa tengok.. :)
@black_mel Haha.. Lama tak nampak anda black mel.. Memang sibuk ni.. :p
@Boneka Tak Sakit Aku dah bersara laa bang dari jadi dokter chenta.. Aku rasa aku tak layak kot.. Haha.. :p

Caya laa bang.. U're the man laa.. Memang patot camtu pon, baru nama dia lelaki.. Berani kerana benar.. Kikiki.. Perempuan tetap perempuan maa.. Mesti dia malu dia segan.. Hihi..

Hahahahaha.. Ko memang dari dulu sampai skarang mmg pemalu laa bang.. :p
PuanPepel berkata…
haha,.... rs nk komen farhana punya td... tp gelak baca komen boneka trus lupa...
Nur Farah berkata…
waaaaaa.... suka suka,... dulu suka sangat ngan citer citer dari thailand nih.. antara yang best love chain... tapi da berzaman dah citer tuh.. tapi suke...XD
Unknown berkata…
wahhh mcm beshhh !
nk tgk ahh !
hihi
ayie berkata…
macam besh je..pempuan dia pon leh tahan cute..hehe
mr.syazwan berkata…
pelakon perempuan itu sangat cun!

dr apa yg dinda tulis

mcm romantik habis

ke dinda terfelling lebih ni

hehehehe

=_=
farhana berkata…
Ohhhh..mesti tgk nih..
rasa mcm dekat pulak dgn jiwa =P
@ayieBukan macam tapi memang.. Hahahaha.. Try laa nengok.. Heroin dia mcm budak2.. :p
@mr.syazwan Haaaa.. Memang romentik habesss ponnnn.. Sangat sangat.. Lelaki pon boleh kate romantik tau.. Ape lagi pompuan.. :p
@farhana Memang dekat dgn jiwa kita dua pon fana.. Hihi.. :p

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T