Jangan Pernah Salahkan Bawang..

Assalamualaikum.. Malam semua.. Jam hampir ke pukul 12.. Mata pun dah layu.. Sebelum mata layu di tasik tilam, merepek kejaplah.. Alah.. Macam tak biasa.. =p

Siapa dekat sini pernah tengok nenek korang, mak korang, makcik-makcik korang, ataupun atuk atau ayah korang, duduk di dapur, potong bawang? Hee.. Siapa lagi pernah tengok mereka-mereka semua yang memotong bawang itu, di hujung pisau dicucukkan seulas bawang putih? Haaa.. Serius.. Aku pertama kali dalam seumur hidup tengok.. Itupun dalam televisyen.. Tengok drama Ungunya Cinta..

Teman serumah aku bilang, itu petua orang-orang veteran, cucuk seulas bawang putih di hujung pisau semasa memotong bawang, supaya mata kita tak terasa pedihnya dan tidaklah kita menangis..

Rupanya ada petua sebegini rupa.. Berapa banyaklah air mata aku mengalir keluar sebab potong bawang.. Especially bawang besar dan bawang merah.. Wow!! Masyuk kot air mata.. Nanti boleh dicuba, nak tengok sejauh mana keberkesanannya.. Hihi..

Tapi kan.. Kadang-kadang, tak payah salahkan bawang pun, kita keluar air mata memang sebab kita menangis, sebab kita sedih.. Menangis masa potong bawang itu adalah satu taktik biasa okay untuk mengelak dari diri anda disoal..
"Eh.. Kenapa menangis?"

"Mana ada menangis.. Bawang ni haa.. Pedih mata.."

*Okay fine!! Orang dah tahu taktik aku cover nangis..* =p


Kadang-kadang kan, macam mana pun kita nak elak sesuatu benda dari terjadi, tapi benda itu tetap akan jadi.. Mungkin itu ujian Tuhan untuk hambaNYA.. Dugaan yang kita tak nampak lagi hikmahnya.. Mungkin hikmah nampak di mata, esok, lusa.. Semuanya di tangan DIA.. =)

Selamat malam.. Selamat tidur juga buat semua.. Tinggalkan cebisan entry ini dengan sebuah KENANGAN TERINDAH buat halwa telinga.. Jaga diri.. Assalamualaikum.. =)


Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang telah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah


:)

Ulasan

farhana berkata…
Tak perasan la scene cucuk bawang putih tu...ralit dengar celoteh mak ungu =P
Nadiene berkata…
erk, ada eh? memang tak perasan. LOL
Nadiene berkata…
erk, ada eh? memang tak perasan. LOL
adrinaqamarina berkata…
rina nak komen pasal barang tu jee. hehe.

ada juga dengar petua pasal cucuk3 bawang tu tapi yang paling senang, letak garam dalam mulut sambil potong bawang~
mr.syazwan berkata…
adrina petua terbaru dgr tu

tpi kalau petua moden makan piza sambil potong bawang konpem x pedih

hahahahaahahahhah

mak kanda kata siapa yg potong bwh x tahan pedih itu namanya

orang tu "RAJIN" masuk dapur..

huhu
PuanPepel berkata…
rendam dlu..ataupun bukak kipas lju2
my mom pun ada bagi petua tu. sebelum cucuk kat pisau, cucuk2 banyak kali dulu kat keseluruhan bawang tu, macam tikam2 gitu.
Shahada Fauzi berkata…
eh?ade eh petua mcm tu doc??pestime dengaq..nnt nk try la wat mcm tu..^_^
ch!natsu berkata…
wah me br tau.. huhu~
Tak pernah pula mendengar teori utk mengelak dari menangis ketika memotong bawang..

p/s:nak tau cara lain elak menangis masa kopek bawang..Pakai cermin mata hitam...hehe
sorarasyido berkata…
haha takdak petua lar...but nak ckp jew terharu giler tgk cerite Ungunya Cinta tu....mati gak mamat tu las2..
pastu jmpe balek mamat perangai same, muke pon same kt restoren.
Zuwairi berkata…
dr.. ni petua satu lagi.. pakai spek mata itam masa potong bawang :P
Miss Pija berkata…
kena salahkan bawang jugak...hehehe...



tapikan...apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita, kecewa, bahagia, sedih, gembira, semua yang berlaku ada hikmahnya. Tambah-tambah perkara yang sedih tu...hikmahnya memang kita tak nampak dalam jangka masa terdekat...tapi percayalah, semua yang berlaku, ada hikmahnya.kekecewaan semalam membuatkan kita jadi kuat untuk hari ini dan esok....;)
Nur Farah berkata…
betul gak kan... sebenarnya na nangis tapi cakap bawang yang buat.. tehee...

kalo fara suka kopek bawang dalam air.. hehehe... insyaallah tak pedih jugak mata...

btw sokong kata kata fizz... XD

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T