"Ibu" Yang Terlupa Pada "Anak" Sendiri : 2 Tahun Telah Berlalu

Assalamualaikum.. Salam pagi Isnin semua.. Dah berapa hari dah di Melaka eh? Sekejap sangat rasa.. Tak Khamis, mungkin Jumaat balik.. Duduk rumah dengan mak terjaga sikit makan minum, study pun hati senang.. Sampaikan mak suruh balik hari Ahad.. Ekeke.. So.. Sebelum kita mula membelek buku dan study, kita update dulu..

Tajuk entry nak dramatik, nak gempak saja kan.. Selepas dua tiga hari duduk di rumah, perasaan dah kembali stabil, tak ada dah rasa nak amukan satu Ipoh mahupun satu Melaka.. Whoa!! Dan dah boleh buat muka comel ala-ala kanak di bawah ini..


Actually mungkin aku lebih comel lagi daripada kanak-kanak itu bila buat mimik-mimik muka begitu.. Aku rasalah.. Sebabnya adalah beberapa blogger yang kalau duduk bertweet dengan aku, berFB dengan aku ke, mesti panggil aku HAI COMEL atau TAKE CARE CUTIE.. Muahaha..

Sambung kita pada kisah "ibu" yang dah terlupa langsung pada "anak" sendiri.. Dahsyat punya mak ohh.. Maklumlah, dah tua pun dah maknya.. 24 kot.. Eh kejap.. Aku ke maknya? Hoho.. Haa.. Dah betullah tu.. Damn it's true.. It's me.. Haha..


Tarikh hari ini dah pun 28 Februari.. Esok pula dah 1 Mac.. Rasanya mungkin tak terlambat lagi.. Ini kisah aku, seorang ibu yang punya anak yang comel macam ibu dia.. Seriously!! Ini fakta okay.. Anak yang aku lahirkan 2 tahun yang lalu tanggal tarikh 8 Februari 2009.. Congak-congak dah 20 hari aku terlepas jauh dari tarikh anak aku dilahirkan.. Baru hari ini teringat.. Apalah ini ibu..

Jantinanya aku sendiri pun kurang pasti.. Aku rasa BABY GIRL.. Sebab dia sangat jiwang dan berhati lembut.. Macam ibu dia!! Haha.. Dan untuk itu, ibu yang lupa pada anak ini, persembahkan sepotong kek sempena hari lahirnya yang ke 2 tahun.. Whoa!! Dah besar panjang anak ibu.. Rasanya dah boleh jalan dan lari-lari sambil naik tangga satu tapak satu tapak..


Happy Birthday Cahaya Yang Riang Gembira.. Dah 2 tahun temani insan bernama Farhana ini.. Terima kasih yang tak terhingga.. Juga buat pembaca-pembaca yang sudi bertandang saban hari.. Yang masih lagi di lembaran ini, dari saat awal dulu sampai sekarang temani aku.. Yang rajin korek-korek baca entry dari awal dulu sampai sekarang, yang berjumlah 687.. Yang ini benar buat aku terharu.. Banyak dah tahu tentang aku dari anak aku ini kan.. Banyak kesukaan aku, banyak kebencian aku, banyak kisah naik turun hidup aku, semuanya dah ketahuan.. Tiba-tiba macam rasa dekat dengan jiwa adanya insan sebegini.. Huhu.. Terima kasih banyak dan banyak dariku..

2 tahun.. Belum masih mampu menjadikan aku blogger yang arif dalam semua hal, yang reti itu reti ini, aku masih lagi blogger yang biasa-biasa saja.. Kalau boleh, ingin kekal begini juga sampai bila-bila.. Yang penting aku ada diri aku, ada Cahaya Yang Riang Gembira dan aku ada kamu semua.. Terima kasih.. Sekali lagi..

Have a great day ahead.. Take care.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Jadi ibu betul-betul, kalau lupa hari lahir anak, itu memang nak kena pelangkung..

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
hehehe..tak mungkin dr.ana akan jd seorang ibu yg lupa bday anak sndr...^_^
ch!natsu berkata…
oh hepi belated bufday Cahaya Yang Riang Gembira..!! =)
semoga membesar dgn sihat.. kekeke..
NoraChan berkata…
yeay!! selamat ulang tahun!! ^__^
Nur Farah berkata…
heee.. ingatkan ape... okeyh selamat menyambut besday gak kepada cahaya yang riang gembira.. mudah2an sentiasa gembira.. hehehehe.. XD
Adziim berkata…
ingatkan ada anak angkat...kot2 la hospital ni sng jmpa anak2.
mr.syazwan berkata…
F
U
U
U
Y
O
O
O


TAHNIAH!

HAPPY BRITHDAY CAHAYA YANG RIANG GEMBIRA

dan kepada "ibu" selamat menjaga anak anda baik2 k

terus pimpin anak anda jangan kasi ilang begitu sahaja

hehehe

TAHNIAH!
Ibu Ammar berkata…
hahahaha. itulah aku pelik, aku dah buat entry birthday blog aku, tapi nape blog ko takde, rasanya tahun lepas sama2 kita celebrate bulan Februari. kehkeh.

next year 3 tahun lak. wohoooo!
farhana berkata…
happy birthday to ur blog!
Tahniah sebab menjadi salah satu dari my fav blog =)
PuanPepel berkata…
wah..da 2 tahun ye..makin cantik anak ibu ni..makin bijak juge... ngee~~

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?