Coretan Dari Hati : Terima Kasih Sayang


Assalamualaikum.. Salam pagi Jumaat semua.. Terasa macam lama tak coret-coret.. Tak ada apa nak dikata dan dibicara.. Barangkali lepas entry kali ini, akan berhibernasi satu waktu.. Rehat-rehat kejap, ambil angin, cari mood baru, dan jumpa lagi.. Okay? Hee..

Entry yang ini dah agak lama juga aku peram.. Aku coret di hari lahirku 5 hari yang lalu.. Berfikir beratus kali, mahu dikongsi atau tidak, maklum saja belum bertanya lagi pada tuan punya idea asal karya ini.. Aku dapat idea untuk mengolah kisah ini lepas membaca karya asal, coretan Hariz Izuan bertajuk Selamat Hari Jadi Sayang.. Bukan prolog, bukan epilog.. Cuma karya Selamat Hari Jadi Sayang itu ditulis dari pandangan watak seorang suami, tapi karya yang aku coret ini, aku beri tajuk Terima Kasih Sayang, dari kaca mata seorang isteri..

* * * * * * * *

Dua pasang mata itu merenung jauh. Sekali sekala angin bertiup lembut menyapa pipi. Kelihatan parut-parut masih lagi bersisa di wajahnya yang mula muncul kedut-kedut ketuaan. Tersenyum dia memikirkan sang kekasih hatinya, sering saja memuji betapa cantiknya dia jika tersenyum walau usia sudah cecah angka 40.

Damai suasana petang itu, duduk di beranda petang-petang begini memang jadi rutinnya bersama suami tercinta semenjak di awal perkahwinan lagi. Itupun jika masing-masing tidak dihambat jadual kerja yang padat. Sayangnya, sudah 2 bulan dia tidak merasa nikmat berkasih sayang di beranda ini bersama yang tercinta. 2 bulan dia terlantar di katil hospital, dengan segala macam alatan dipasang di tubuhnya. 2 bulan itu juga, dia seolah terputus hubungan dengan dunia luar. Tidak dapat bergerak, tidak dapat berbicara walau sepatah pun kata, tidak mampu membuka sepasang matanya, dan tidak mampu mengukir walau sekuntum senyuman pun seperti selalunya. Dia koma untuk 2 bulan lamanya.
Namun, syukur dirinya ke hadrat Allah, kerana dia masih bisa merasa, mendengar dan mengerti apa yang berlaku di sekelilingnya, cuma tidak mampu dizahirkan saja. 2 bulan di perbaringan, hampir setiap hari, suaminya pasti datang menjenguk. Suaminya duduk di sisinya, mencapai tangan yang tiada mampu digerak itu, kadang mulut suaminya tak henti bicara, macam bertih jagung. Soal kerjanya yang sentiasa sibuk dan memenatkan. Mengadu perihal masakan yang dimasak, yang kadang-kadang hangus dan tak menjadi. Cerita anak-anak mereka di sekolah. Kadang waktu, suaminya diam membisu seribu bahasa, cuma yang mampu didengar, esak tangis dan air panas yang terasa menitik di tangan dan kadang di dahinya. Hatinya sakit. Benar-benar sakit mendengar tangisan suami tercinta itu. Dia cuba bangkit, paksa dia untuk membuka mata, tapi tiada dayanya.

Hari itu suaminya datang menjenguk seperti biasa. Kedengaran kerusi ditarik ke sisinya. Suaminya bertanyakan khabar dirinya seperti biasa. Katanya dia bawakan sesuatu. Hidung itu terbau sesuatu yang memang sudah acapkali dibaunya jika suaminya datang menjenguknya. Bau segarnya epal merah. Buah kesukaannya.
“Sayang. Cuba teka hari ini hari apa?”
“Hari ini hari istimewa awak. Hari tua awak. Hik. Hik.” Ada sendu di hujung bicara suaminya dan gelak kecil itu seolah dipaksanya.
“Ingat lagi tak, 16 tahun lalu, di hari ini, saya ada buat sesuatu yang istimewa?”
Dia ingin bicara. Dia ingin menggerakkan sepasang bibirnya itu. Dia ingin kata pada suaminya, ya, dia masih ingat, 16 tahun yang lalu, suaminya itu bikin dia menangis teruk. Menangis di hari tuanya, semuanya kerana sebiji epal merah. Hatinya meronta ingin bangun. Dia ingin tatap wajah suami yang dicintainya itu. Dia ingin capai sepasang tangan itu, ingin disalam dan diciumnya seperti yang dilakukannya saban pagi sebelum keluar bekerja. Tiba-tiba kedengaran azan berkumandang.
Allahhuakbar. Allah Maha besar. Syahdu kedengaran azan pada hari itu. Usai berkumandang azan, tiba-tiba, mata itu seolah diberi satu kekuatan, dibukanya perlahan-lahan. Disoroti segenap ruang bilik itu, mencari wajah kesayangannya. Dalam kekecohan doktor dan jururawat yang keluar masuk biliknya itu, sepasang matanya tertancap pada sebiji epal merah di meja sisi. Tangannya yang masih lemah itu, diangkat perlahan-lahan. Masih terasa kebas-kebas. Epal merah itu berjaya dicapai lalu dipandangnya. Terukir atasnya perkataan untuknya di hari istimewanya itu.
Untuk kesekian kalinya, di hari istimewanya, epal merah bikin dia nangis lagi. Air mata kasih itu tumpah dek kerana kasih dan sayang yang menggunung dari suaminya. Tiba-tiba, matanya terpandangkan susuk tubuh yang amat dirinduinya di pintu bilik. Wajah itu ditatapnya dalam-dalam. Ada degupan terasa di dadanya. Degupan yang sama dirasanya seperti saat pertama kali mereka diijabkabulkan, dan menjadi isteri yang sah kepada suami tercinta. Degupan itu juga yang dirasanya kali ini tatkala melihat wajah itu. Sama dan tak pernah surut degupan itu.
Lelaki di hadapannya itu dilihatnya menangis lagi buat kesekian kali. Sebuah tangisan penuh kesyukuran.
* * *
Tiba-tiba sepasang tangan menyeka air mata yang jatuh di pipinya itu. Kepala ditoleh dan dilihat suaminya tersenyum berdiri di sisinya.
“Abang. Saya tak boleh janji apa-apa, tapi saya akan cuba untuk tak buat abang menangis lagi kerana saya.”
“Macam mana sering abang buat saya tersenyum, saya pun akan selalu buat abang senyum. Senyum untuk hari ini, untuk esok dan untuk bila-bila.”
Suaminya itu tersenyum. “Awak dah pun buat saya tersenyum saat awak bangun dan senyum ke arah saya.”
Si isteri menyambung lagi. “Sayang. Terima kasih ya untuk 2 bulan yang menyeksakan awak. Terima kasih untuk 2 bulan masa awak menjaga saya tanpa jemu. Terima kasih sayang.”
Tangannya mencapai sebiji epal di sisinya dan dihulurkan pada suaminya. Terukir sesuatu di atas epal itu.
“Saya tak pandai ukir cantik-cantik macam abang. Saya punya herot berot. Tapi tak apa kan?”
Suaminya mencapai dengan kedua tangan, dilihatnya epal itu.
Air mata lelakinya perlahan-lahan mengalir, dikucup dahi isterinya. Lama-lama. Dia tersenyum. Perlahan dia mendekatkan bibirnya pada telinga isterinya, “Sama-sama sayang. Saya cintakan awak. Dan kali ini yang ke satu juta kali dan dua.”
* * *
“Assalamualaikum!! Ummi! Abah!” Suami isteri itu menjengah dari beranda sambil menjawab salam. Kelihatan dua orang anak kesayangan mereka senyum lebar memandang mereka, manis berbaju kurung keduanya, mengendong beg sandang belakang, penat kelihatan pada wajah mereka, maklum saja baru pulang dari sekolah.
Itulah harta dia dan suaminya yang paling berharga, tanda kasih sayang dan cinta mereka. Alia dan Amira, anak kembar mereka yang berusia 14 tahun. Dia merasa bahagia kini. Terima kasih Ya Allah. Dipandang wajah suami di sisinya, terucap lagi buat kesekian kalinya, “Terima kasih sayang.”
Tamat.. Terima kasih buat tuan punya idea asal, saudara Hariz Izuan.. Moga semua yang membacanya dapat sesuatu dari coretan yang ditulis dari hati kecil ini.. Ketika menulis coretan ini, aku memasang LAGU INI.. Entah berapa puluh kali ianya berputar sampailah saat aku menulis patah perkataan yang terakhir.. Hee..

Sampai sini saja.. Salam berhujung minggu untuk semua.. Jaga diri.. Assalamualaikum.. =)


“If you fight like a married couple, talk like best friends, flirt like first love, protect each other like brother and sister.. Then.. It is meant to be..”

"What kind of guy would I be if I walked out when she needed me the most.."
- Chris Medina -


Gambar ihsan Google Image..
Pada tuan punya mana-mana gambar di atas, terima kasih.. =)

Ulasan

Gieyana berkata…
Selamat berhari minggu dear..pic yg dua owg tue pic my friends..kesian kt dier psl byk owg amik pic nie n edit taruk mcm2..huhu
pearl apple berkata…
best sgt....sukanya...nice story nice ending~~
Azuan berkata…
nak link ke tak ikut suka tuan blog la...hihii

terbaik!
ch!natsu berkata…
touchingnyer..
sedih pun ada..
sweet.. tbe2 trbrangan.. huhu..

salam berhujung mggu jgk utk kamu.. =)
Faaein Himura berkata…
citer best.. tapi tak smpat nak habiskan semuanya... andai dpt pasangan yang memahami dan sentiasa berada di sisi.. bahagianya hidup.. =]
hysman berkata…
kamu ni klu buat org tak touching2 takleh ker?
naseb baek abg kental taw...

tp klu 1 hari nnt jd lagu tu..perghhh!! juz fe u la babe..
hehe
nora berkata…
saya nak hehehehhehe je
boleh?

hehehhehhehehe

=)
mr.syazwan berkata…
arhhhhhh stimmm nya baca

boleh? hahahaha


mujur kanda wan kuat iman

da nak g solat jummat ni

kang baca byk kali kang x leh tahan

da jatuh cinta pulak

heheh

selamat berhujung minggu

dinda farhana

=_=
Liza berkata…
marriage is never easy, Insyallah, kalau kedua2nyer berusaha menjaga dan mempertahankan rumahtangga, Insyallah, it will last....
Tukang cerita berkata…
tacing!

akak tk kental mcm man...
huhuhuhuhuu
@Gieyana Laa.. Yeke kak Gie.. Huhu.. Thanx untuk picta kawan akak ni.. Suke gambarnye.. :)
@ch!natsu Dapat rase ke? Banyak bende saye nk sampaikan dalam cerita ni.. Banyak makna.. Entah sampai ke tak.. Huhu..

Thanx cik mimi sebab terberangan bace cerita ni.. :)
@hysman Haha.. Yeke abang kental? Nampak sebelah tu ade kotak tisu tu bang.. :p
@.alie. Hehehehe.. Shhhh.. Ini rahsia kita.. Rahsia hati kita.. :)
@mr.syazwan Haha.. Ape lak perasaan camtu? Canggih bebeno.. :p

Jatuh cinta.. Ape salahnya.. Heehee.. :)
@LizaInsyaAllah kak.. Learn a lot from you.. :)
@Tukang cerita Man buat2 kenatl je kot kak.. Heehee.. :p
PuanPepel berkata…
nama sy amira..nama adik alia.... hehe
Cikgu Fonik berkata…
salam,

hai terbuai emosi malam2 ni...
lalink7 berkata…
farhana..awak berjaya buat kite menitiskan air mata...sedihnyee baca..ini cerpen farhana wat sendiri ek??
ieda berkata…
adoii ngaper nie dikkk
tak mo sedey2 ok .. senyummmm :)
Sufy berkata…
hihiiiii, tersenyum baca..so nice esp part ending tuh!!

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?