Pertemuan, Jodoh Dan Ajal Itu Di TanganNYA

Assalamualaikum.. Salam untuk semua yang sudi bertandang.. Hujung minggu yang lalu, tak aku lepaskan peluang memanjakan diri, bercuti seharian di Tanah Tinggi.. Walau penat memandu seharian, rasa bagai nak tercabut segala sendi tangan, ditambah dengan sesaknya jalan, hujan yang rintik-rintik menambah sejuk yang memamah, tapi tetap enjoy.. Nanti bila dah pegang gelaran doktor, entah punya lagi masa atau tidak untuk memanjakan diri begini.. Cuti pun susah nampak bayang, apa lagi mimpi nak bercuti ke sana dan ke sini..

Nun di atas sana, hujan turun titis-titis namun matahari masih juga gah berdiri.. Angin sejuk menyapa tubuh mencium pipi, nikmatnya anugerah Allah.. Tak disangka, terjadinya pertemuan yang tak dijangka.. Perkenalan dah lama, namun tak pernah lagi bersua, sejak dari zaman Friendster, hingga ke Facebook jejak pula ke blog.. Tok Guru blog akulah, siapa lagi.. El Zaffril nama glamour.. Bersama isteri, berbulan madu katanya, pengantin baru sakan berjalan ya..

Siapa lagi, oh ya.. Abang yang seorang ini, macho kacak dulu-dulu sangat popular orangnya.. Sekarang, dah kurang berblog tapi ada juga updatenya.. Sekarang pun popular lagi rasanya.. Ekeke.. Sharif John empunya nama.. Seorang diri di sana.. Tak sempat bertegur sapa, hanya pandang sekali dua kali tiga kali lalu saja.. Nak ditegur, bimbang pula silap orangnya.. Tapi entry terbaru mengiyakannya.. Memang Bro Sharif orangnya yang aku jumpa.. Cuma tak sempat say hai saja.. Hihi..

Lagi siapa ya.. Matju, tuan punya blog Pauh Putik.. Ada di atas sana bersama geng motornya.. Tapi tak sempat pula berjumpa.. Hari yang hujan renyai renyai itu, dengar di telinga ini berita kematian seorang penduduk sana, tertancap sebentar jugalah kerlingan pada rumah yang dipenuhi manusia, perkhabaran diterima, datuk kepada seorang sahabat.. Sesungguhnya itu janjiNYA.. Dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali, namun yang tak pasti, hanya masa dan ketika..






Itu kisah sebuah pertemuan.. Kisah ajal dan kematian.. Kisah jodoh? Tersenyum lagi tatkala bait kata jodoh ini ku taip satu-satu aksaranya.. Tanah tinggi itu aku tuju, aku bawa rindu.. Niat dalam hati hanya satu, rindu ini mahu ku tebar dari atas sini biar terbang turun ke bawah sana, agar sampai pada dia.. Kira-kira, sampai atau tidak ya? Hah.. Aku tergelak kecil sendiri memikirkan telatah gadis ini yang kadang ada merengnya.. Haha.. Mahu dikhabar terus rindunya, yang namanya gadis tetap perempuan jantinanya, ada malu ada segannya.. Biarlah begini, jika rindu dan rasa gadis ini adalah punyanya si dia, biar jauh dari puncak sana, tetap akan turun tepat ke hatinya dia.. Heee.. Bak kata orang tua-tua, ada jodoh tak ke mana..

Lengkaplah kisah malam Selasa.. Sebuah pertemuan, ajal dan jodoh yang semuanya ada di tangan DIA.. Pertemuan terjadi kerana DIA.. Ajal juga itu janjinya DIA.. Jodoh, cinta dan rasa juga pastinya anugerah dari DIA.. Dan syukur kita, hanya pada DIA atas kurniaan yang tak terhingga..

Sampai sini mencoret kata.. Mata dah layu minta didodoikan pula.. Sampai jumpa lagi semua.. Assalamualaikum.. =)

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
bleh tahan mereng juga entry nie lompat2.. ;P

xsampai apa ko nak cer selalu ko cer sampai dol

BTS (PAKAR KRITIK BLOG HAHA)
@Anonymous Ceh.. Tapi prkataan mereng ko nampak je ek daus.. Hahaha.. Yeke tak sampai? Aku kene perbaiki lagi ni, tukang kritik blog hebat dah ckap.. Hihi.. :p
farhana berkata…
Bait2 kata makin indah...
i like!!!!
Bestnya pergi bercuti kat atas bukit...
sejuk, pemandangan cantik, suasana tenang [pakej lengkap] =)
lalink7 berkata…
bestnye bukit tinggi menyegarkan bukan macam di Fraser Hills..walaupun sy belum pernah ke bkt tinggi..hehe =))
ieda berkata…
seronoknya bercuti kat sana .. akak nie bilerlahh nak gi .. duk jer pahang .. tapi xpernah sampai ponnn huhuhhu
@farhana Heee.. Sekali sekala keluar bait2 kata.. Tak leh selalu sangat.. Nanti orang kate ayatku bisa.. Haha.. :p

Yep.. Sangat best.. Sejuk jek.. :)
@lalink7 eh.. bukan bukit tinggi.. Tapi tanah tinggi cameron.. Heehee.. :)
@iedaHaha.. Saye ni pon sebab dok ipoh kak.. Sejam je drive.. Dekat jek, tu yang pegi.. Hee.. :)
Blog Eazy Izzuddin berkata…
bile lah jodoh ku nak smpi
xD
ISZA berkata…
salam..
indahnya menikmati keindahan alam sambil melayan perasaan..

lama dah akak tinggalkan..
ada rindu di situ..
Kuwe berkata…
haa. tu lah. mana pauh putik pergi ya? pah cceroh dengan motor. kehkeh.

ya ya. jumpa kawin dan mati. kita merancang tuhan menentukan.
Liza berkata…
tak pernah lagik pegi bkt tinggi, must make time to go one day

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?