Pakar Sakit Jiwa

Assalamualaikum.. Salam pagi Khamis.. Haih.. Rasa kekok menulis.. Dah 5 hari tak berconteng rumah ini.. Minggu yang sibuk.. Today is the day.. Interview SPA, sekarang pun sibuk duduk baca tentang Kementerian Kesihatan.. Naik mengantuk mata menghafal.. Wish me luck..



Minggu untuk praktikal Psychiatry dah masuk minggu kedua.. Sudah ke wad dan sudah ke Hospital Bahagia Ulu Kinta atau orang-orang kita suka panggil Tanjung Rambutan.. Hospital yang cantik.. Pertama kali berinteraksi dengan pesakit yang punya masalah jiwa.. Macam-macam kerenah dan gelagat dapat dilihat.. Mula-mula agak takut bila dikelilingi mereka.. Sebab masuk saja kita ke dalam wad, kita pasti akan dikelilingi oleh pesakit.. Apa yang boleh aku cakap, pesakit-pesakit ini sangat mesra dan suka dimanjakan.. Cuma ada segelintir yang hidup dalam dunia sendiri, dan seolah orang lain tak wujud, ada pula yang terlampau aggresif dan bercakap sendirian.. Senang bilang, mereka seperti kanak-kanak yang masih tak reti nak bezakan apa yang betul dan apa yang salah..

Well.. Apa-apa pun, mereka pun macam kita.. Ada sakit macam manusia biasa, cuma mereka sakitnya pada jiwa dan mental dan kita pula pada fizikal.. Diskriminasi? Tak patut wujud.. Tapi stigma masyarakat memang sukar untuk diubah, rata-rata aku lihat, ramai yang dicampak dan ditinggalkan oleh keluarga, dibiar berseorangan di hospital hanya kerana mereka punya sakit mental.. Seolah macam dikenakan hukuman atas kesalahan berat, dibiarkan tak diendah oleh keluarga.. Kata keluarga bimbang pesakit berada dalam luar kawalan dan mencederakan orang keliling, atau ada pula yang kata bimbang berjangkit.. Hmmm.. Sedangkan saat dan tika inilah, support dari keluarga adalah yang paling utama..



Dah masuk bidang ini.. Rasa macam dah tertanam cita-cita dan angan-angan satu hari nanti mahu sambung belajar dan jadi doktor pakar dalam bidang sakit jiwa.. Pendekatan dengan pesakit yang agak unik dan lain dari bidang lain, mengenali sisi lain manusia, memahami manusia dalam erti kata sebenar, itu apa yang aku rasakan bila dah 2 minggu praktikal.. Ada 6 minggu lagi, harap aku dapat enjoy dan belajar sebanyak yang mungkin.. Maaf kalau jarang dapat update.. Heee.. Till here.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Selamat hari lahir yang ke-17 untuk adik perempuanku, Nur Filzah.. Along doakan Uda dapat capai apa yang Uda nak dalam hidup.. Amin.. =)

Plus untuk Nadir Al Nuri, teman sePASUM.. Selamat hari lahir yang ke 23.. Terima kasih untuk sms anda.. Walau birthday kamu, tapi saya appreciate that.. Really really.. =)

Ulasan

adrinaqamarina berkata…
amin :)

morning glory akak :)

wah, ada satu ag impian tercipta, nak jadi pakar sakit jiwa.

fighting!
salamBEST berkata…
wahaha.

Dr Farhana
Consultant Psychiatrist.
rhapsody LiN berkata…
hehe... lin pun pernah terfikir nnti nk smbung study amek master in psychology. boleh jd cikgu kaunseling

>.<
Nur Suaidah Bachok berkata…
wahhhhh! semoga dapat jadi pakar dalam bidang ini :) hehe

btw, memang betul pun bimbingan keluarga sangat penting, kalau tak diorang terabai, lagi laaa susah.. boleh jadi makin teruk.. huhu
ieda berkata…
ermm minda kena betul2 kuatkan kalau masuk bidang ini ..

ingat masa kecik2 dulu .. cukup takut kalau ayah cakap kalau nakal2 nak hantar duk ngan org gile kat tanjung rambutan huhuhu
Fnd Rocka berkata…
Nak main jiwa2 ni kena hati2...takut jiwa sndiri tak tertanggung.hehe
Hizami Li berkata…
hehe.
my fren jadi nurse, so dia pernah ah masuk wad2 sakit jiwa ni.
dia kata seronok.
byk betol kerenah dorang.
XD
Liza berkata…
pelan2 kayuh dik, Insyallah, semua akan bejalan lancar
hysman berkata…
insyaAllah wish u luck n dpt kete wish..hehehe...

tapi nape pakar sakit jiwa??tak pakar sakit puan??glurpp...
huhuhuu...takpe walau ape yg diceburi moga cik Hana sakses dgn kerjaya mendatang..aminn...
belajo bebaik yer... ;)
Abe Long berkata…
Wah...makin maju n maju ang na...
sejak2 aku beberapa bulan nih tak aktif berbloging...

cun ah.....

nice2....

belajar memahami sisi lain bg manusia.
pakwe berkata…
emm .. rasa2nya sebelum ni ada tulis nk jadi dokter gigi. walau apa pun, moga suksess dah happy dgn apa jua jurusan yg dipilih.
pakwe berkata…
emm .. rasa2nya sebelum ni ada tulis nk jadi dokter gigi. walau apa pun, moga suksess dah happy dgn apa jua jurusan yg dipilih.
PuanPepel berkata…
terbaek

impian jugak nak sambung master saikoloji..
huwaa..
tpi da keja ni lambat sket la nak sambung kan..
black_mel berkata…
wah...best tu....my cousin yg jd nurse pun ckp best...diorg punya pemikiran lain dari yang lain..selalunya kelakar..
Kuwe berkata…
aku nak tanya sikit. sory lari topik sikit.

kalau golongan umur pertengahan remaja yang lahir normal. macam mana time remaja tu tiba tiba boleh jadi gila. ada faktor sakit kat otak ka apa? lagi satu, putus wayar tu macam putus urat ke apa? bunyi macam aneh. moga mereka mendapat tempat sewajarnya dimata masyarakat. amin.
ain berkata…
salam..nak tanyer cket buleh..ni doktor Psychiatrist eh,,,???nak mntak tolong...nak interview doktor..coz sye ade assignment dlm career doktr...plizzz...

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T