Mak Dah Pesan Dah!!!
Assalamualaikum.. Salam Jumaat semua.. Esok dah Sabtu.. Hoyeh!! Eh kejap.. Ini ada satu kisah yang nak dikongsi dengan semua.. Satu dua tiga.. Enjoy baca.. =)
* * * * * * * * * *
Tiba-tiba handphone berbunyi.. One new message.. Nina buka dan baca.. Daripada Man.. Here goes the message..
"Saya rasa saya dah tak mampu simpan apa yang saya rasa untuk awak.. Entah bila rasa yang saya rasa berubah menjadi cinta, saya sendiri pun tak pasti.. Cuma yang pasti, dalam kepala saya ada awak, di mata saya ada awak, di ingatan saya ada awak dan semuanya pasti ada awak.. Boleh tak saya nak awak ada dalam kepala saya, dalam ingatan saya dan dalam mata saya sampai bila-bila?"
Oh.. Nina tersentak.. Satu lamaran cinta yang tidak dia sangka-sangka.. Dalam hati ada suka, sama rasanya, tapi untuk membalas dan menjawab, dia rasa masih belum tiba masa dan ketikanya.. Dibiarkan mesej itu tidak berbalas.. Hampir sehari masa yang Nina gunakan untuk berfikir, dan akhirnya dia dah bersedia untuk buka hatinya.. Dibalas mesej Man keesekon harinya..
"Kalau saya tak ada dalam kepala awak, ingatan awak, mata awak mulai kini sampai sekarang, SIAP AWAK.." =p
Nina menanti dengan sabar balasan dari Man.. Satu hari.. Dua hari.. Berlalu serasa perlahan sungguh setiap detik itu..
Nina mencari Man merata.. Telefon tidak berjawab, mesej tidak berbalas.. Ke sana ke mari dia mencari Man dengan hati yang penuh debar dan resah.. Sampai di kampung Man, terdengar berita, Man meninggal dunia akibat kemalangan.. Menangis Nina di saat itu juga.. Terjurai titis titis air mata.. Sebak di dada bagaikan ingin pecah dada..Terasa Nina.. SATU KEHILANGAN..
Tiba-tiba.. Terpisat-pisat.. Buka mata.. Nina masih lagi menangis dan airmata jatuh tak henti-henti.. Ohh.. Dia tertidur selepas Asar rupanya.. Basah lencun bantal.. Menangis rupanya.. Sebak pun masih lagi terasa..
Haih.. Bukankah mak dah pesan jangan tidur selepas Asar.. Diganggu syaitan.. Tengok!! Mimpi yang bukan-bukan.. Sampai menangis basah lencun bantal kepala.. Aigoo~~~
Janji.. Tak buat lagi dah lepas ini.. Tak sanggup menangis dengan begitu dahsyat lagi.. Hoho.. Okey semua.. Jaga diri.. Enjoy weekend.. Assalamualaikum..
FOOT NOTE: Penat gila aku menangis!! Ekeke.. =p
Ulasan
beria manis
i like da man whos da name MAN..
mera mannnnn....
yeeehaaaa...
tp jgn le penghabisan kisah hidup Man dgn eksiden..takmo ler cik Hana..
hehehee...kesian Nina tu..dah jd janda..opsst blum kawen ye..ehe..
nasib baek saye dah tuko henpon..cepat sikit boleh balas msg tu..
hahaha
leh plak akak nangis mase tdoq??
pelik2!
Eh.. Idak ler nak mnghabiskan riwayat hidup Man.. Nina ngan Man kene ade happy ending maa.. Kene ade anak-anak yang comel loteh gitu.. Wakaka..
Haaa.. Tu laa.. Tak ler sampai tetido nunggu.. Eh.. Kejap.. Man ke? Hahaha..
~ picit cni nak pesan ckit ni
ingatkan betul2.
haish.
XD
pandai betul.