Mak Dah Pesan Dah!!!

Assalamualaikum.. Salam Jumaat semua.. Esok dah Sabtu.. Hoyeh!! Eh kejap.. Ini ada satu kisah yang nak dikongsi dengan semua.. Satu dua tiga.. Enjoy baca.. =)

* * * * * * * * * *

Tiba-tiba handphone berbunyi.. One new message.. Nina buka dan baca.. Daripada Man.. Here goes the message..

"Saya rasa saya dah tak mampu simpan apa yang saya rasa untuk awak.. Entah bila rasa yang saya rasa berubah menjadi cinta, saya sendiri pun tak pasti.. Cuma yang pasti, dalam kepala saya ada awak, di mata saya ada awak, di ingatan saya ada awak dan semuanya pasti ada awak.. Boleh tak saya nak awak ada dalam kepala saya, dalam ingatan saya dan dalam mata saya sampai bila-bila?"

Oh.. Nina tersentak.. Satu lamaran cinta yang tidak dia sangka-sangka.. Dalam hati ada suka, sama rasanya, tapi untuk membalas dan menjawab, dia rasa masih belum tiba masa dan ketikanya.. Dibiarkan mesej itu tidak berbalas.. Hampir sehari masa yang Nina gunakan untuk berfikir, dan akhirnya dia dah bersedia untuk buka hatinya.. Dibalas mesej Man keesekon harinya..

"Kalau saya tak ada dalam kepala awak, ingatan awak, mata awak mulai kini sampai sekarang, SIAP AWAK.." =p

Nina menanti dengan sabar balasan dari Man.. Satu hari.. Dua hari.. Berlalu serasa perlahan sungguh setiap detik itu..



Nina mencari Man merata.. Telefon tidak berjawab, mesej tidak berbalas.. Ke sana ke mari dia mencari Man dengan hati yang penuh debar dan resah.. Sampai di kampung Man, terdengar berita, Man meninggal dunia akibat kemalangan.. Menangis Nina di saat itu juga.. Terjurai titis titis air mata.. Sebak di dada bagaikan ingin pecah dada..Terasa Nina.. SATU KEHILANGAN..

Tiba-tiba.. Terpisat-pisat.. Buka mata.. Nina masih lagi menangis dan airmata jatuh tak henti-henti.. Ohh.. Dia tertidur selepas Asar rupanya.. Basah lencun bantal.. Menangis rupanya.. Sebak pun masih lagi terasa..

Haih.. Bukankah mak dah pesan jangan tidur selepas Asar.. Diganggu syaitan.. Tengok!! Mimpi yang bukan-bukan.. Sampai menangis basah lencun bantal kepala.. Aigoo~~~

Janji.. Tak buat lagi dah lepas ini.. Tak sanggup menangis dengan begitu dahsyat lagi.. Hoho.. Okey semua.. Jaga diri.. Enjoy weekend.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Penat gila aku menangis!! Ekeke.. =p

Ulasan

Jard The Great berkata…
dramatiknya menangis dalam mimpi. hehehe
Khairy berkata…
ai...mimpi pun sampai menangis ke? aku mimpi siap gelak lagi, kucing aku lari ketakutan bile dengar...hehe
nora berkata…
puas hati tau menangis dalam tidur..
beria manis
Tanpa Nama berkata…
ingatkn cite betul la td..hahahaha
hysman berkata…
hahahaa..
i like da man whos da name MAN..
mera mannnnn....
yeeehaaaa...
tp jgn le penghabisan kisah hidup Man dgn eksiden..takmo ler cik Hana..
hehehee...kesian Nina tu..dah jd janda..opsst blum kawen ye..ehe..

nasib baek saye dah tuko henpon..cepat sikit boleh balas msg tu..
hahaha
Tanpa Nama berkata…
uiks!
leh plak akak nangis mase tdoq??
pelik2!
@Jard The Great Kan?? Melampau sungguh.. Sampai meleleh basah bantal.. Haha..
@Khairy Ko memang.. Gelak ko kan maha dahsyat.. Jangankan kate kucing, kutu atas rambut pun melompat kuar dengar ko gelak.. Ekeke.. Kan khairy kan? Hahaha.. :p
@.alie. Haah.. Puas rasa hati.. Tapi penat wo.. Haha..
@Nem0 o0h Nem0 Hik hik.. Takde laa.. Dalam mimpi jek.. Tapi takmo laa jadi betul2.. Sedeh.. ;(
@bUdAk kEnTaNg U ni.. Everything u like laa.. Ur name MAN ke??? Hahaha.. :p

Eh.. Idak ler nak mnghabiskan riwayat hidup Man.. Nina ngan Man kene ade happy ending maa.. Kene ade anak-anak yang comel loteh gitu.. Wakaka..

Haaa.. Tu laa.. Tak ler sampai tetido nunggu.. Eh.. Kejap.. Man ke? Hahaha..
@Lelaki Ini Hoho.. Boleh laa umar.. Real punyerrr!! :p
ISZA berkata…
petang tadi.. akak mimpi akak bersalin tapi tersedar takdan tunggu baby lahir..
pakwe berkata…
itu ler, x ikut pesan mak. lain kali tidor ler lagi lepas asar erk .. ish33

~ picit cni nak pesan ckit ni
adrinaqamarina berkata…
haip! laen kali dengar cakap mak tau.
Tanpa Nama berkata…
hehehe..klakar la ana..bole pulak dlm mimpi nangis betul2..
Hizami Li berkata…
haha.
ingatkan betul2.
haish.
XD
pandai betul.
cham's berkata…
hurm...abis tu man camner? hehehe enjoy ur holiday cik epal merah!
PuanPepel berkata…
penah nanges dalam tidur gak...siyes penat..bgn2 mata bengkak..
Adziim berkata…
Dasyat...smpai menangis.
oranglidi berkata…
macam arwah sudirman pelakon tu

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?