Lalat Bukan Tahi Lalat
Assalamualaikum.. Salam malam Isnin semua.. Ouh.. Dah nak Isnin dah rupanya.. Esok bermula rutin harian seorang pelajar.. Pagi-pagi dah kena ke Hospital Bahagia, petang-petang baru jejak kaki semula ke rumah.. Sangat cemburu pada student course lain yang sakan bercuti.. Haih..
Disebabkan PM Deus ERK888 kita dah berbunyi, "asyik bicara soal cinta saja ya doktor sekarang.." Maka kali ini, kita cerita pasal lalat.. Haha.. =p
Tajuk entry tunggang langgang.. Lalat bukan tahi lalat.. Ekeke.. Nak bercerita perihal lalat dan bukan tahi lalat mahupun pemanis di tepi bibir.. Keh keh.. Saja tergerak nak conteng-conteng sini lepas ada insiden dengan lalat dua malam yang lepas..
Seperti kebiasaannya, kami gadis-gadis manis Royal College of Medicine Perak akan keluar lepak bersama selalunya Jumaat malam Sabtu.. Al maklumlah, seminggu masing-masing sibuk dengan kelas masing-masing, kumpulan pun berbeza, mana ada masa nak ketemu berbual mesra.. Batch aku punya jumlah student yang kecil lingkungan 20 orang, maka ukhuwah antara kami memang rapat terjalin.. =)
Nak dijadikan cerita, pergilah ke sebuah kedai makan yang agak famous di area Tambun tapi nama dirahsiakan.. Keh keh.. Insiden antara kawan aku dengan lalat.. Makanan diorder, bihun pataya dan cili potong.. Kakak seorang ini memang kena makan ada cili potong, alah yang cili padi potong comel-comel bubuh kicap.. Baru terbuka selera nak makan.. Memang tak perasan, dah sampai suapan terakhir dan cedokan cili potong yang terakhir baru terperasankan seekor lalat terapung dengan comelnya di dalam kicap.. Berenang bersama-sama dengan cili potong.. Pheww!! Mata terbeliak tapi apa nak buat, dah suapan terakhir dah pun.. Hoh..
Nasib beliau baik, keesokan harinya, perut sihat dan tak meragam..
Pasti ramai dah sedia maklum tentang kisah di sebalik lalat, aku tahu tentang perkara ini pun masa sekolah menengah, baca sebuah buku agama tentang soal pemakanan.. Bagi yang masih tak tahu, kalau jumpa lalat dalam makanan, kena celupkan keseluruhan lalat ke dalamnya lalu dibuangkan.. Sebab menurut sebuah hadis yang sahih, sebelah kepak lalat beracun manakala sebelah lagi adalah penawar.. Aku kongsikan sedikit info di sini tentang hadis yang menyentuh bab lalat, racun dan penawar..
"Khâlid bin Makhlid menceritakan kepada kami, Sulaimân bin Bilâl menceritakan kepada kami, beliau berkata : ’Utsbah bin Muslim bercerita kepadaku bahwa beliau berkata : ’Ubaid bin Hunain mengabarkan kepadaku bahwa beliau berkata : Aku mendengar AbÅ« Hurairoh Radhiyallâhu ’anhu berkata : RasÅ«lullâh Shallâllâhu ’alaihi wa Sallam bersabda : ”Apabila seekor lalat jatuh ke dalam gelas salah seorang dari kalian, maka celupkanlah lalat itu lalu angkatlah (buanglah) karena pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap satunya terdapat obat.” [Shahîh al-Bukhârî, bâb Idzâ Waqo’a adz-Dzubâb fî Syarôbi Ahadikum, XI:99, hadîts no. 3073]
Kredit kepada ILUVISLAM.. Kesahihan hadis ini juga ada dinyatakan di dalamnya..
Itu saja perkongsian kali ini.. Heee.. Yang penting, jaga kebersihan, kesihatan pun terjamin.. Sampai sini.. Assalamualaikum.. =)
FOOT NOTE: Lalat ada racun ada penawar.. Tahi lalat? Of course ada manisya.. Lalala~~~
Ulasan
=)
tp xpernah jumpa lalat dlm makanan lagi..
semut selalu laa..
tahi lalat tu manis kan..
lagi lah kalau kat bawah bibir kan.. auww...
~ pemanis ditepi bibir ... macam pernah dengar jerk. siapakah gerangan nya itu ... keh33
Semua minat tahi lalat tepi bibir nmpk gyanya..
tapi yg ada tahi lalat tuu dikk penuh rahsia ..:)
xD
oh tambun..
ku tahu d mana...
ku pun asal tambun gak
xD
Entry Baru:
Oh Result
btw, thanx bgtau psl lalat tu..b4 nh x penah tau pun psl tu..
tp pngalaman b4 nh, jumpe lalat dlm mknn mmg da slmt trendam da :-S
so buang trus je
kena buat lab test ni nak tau mana satu beracun mana satu tak racun.
kan?