How Do I Live Without You
Assalamualaikum.. Selamat malam.. Baru habis menonton satu filem Hindustan yang didownload seminggu yang lalu petang tadi.. Lakonan Bobby Deol dan Kangana Ranaut bertajuk Vadaa Raha.. Bagi yang minat Hindustan, I strongly recommended you to watch this film.. Sabtu yang lepas dah ditayangkan pun di TV3.. What can I say, sebuah filem motivasi yang bagus.. Motivasi untuk insan-insan yang dah hilang harapan dalam hidup.. Two thumbs up for this film.. =)
Cukuplah pembuka cerita tentang filem Vadaa Raha.. How Do I Live Without You pula.. Jangan kecewa!! Ini bukanlah sebuah entry kejiwangan sepertimana bunyi tajuknya.. Cik Farhana cuba nak larikan diri sebentar dari imej kejiwangan yang melampau.. Overdose sangat dah rasanya aku ini.. Ekeke.. =p
Esok pagi, aku ada case presentation.. Macam biasa, interview patient dan present keesokan harinya.. Sekarang tengah menyiapkan rangka-rangka repot hasil dari interview petang tadi.. Seorang pesakit yang dimasukkan ke Hospital Bahagia atas cubaan membunuh diri.. A nice case though..
Perlahan-lahan aku dah boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran pesakit-pesakit yang bermasalah jiwa.. Mula dulu agak takut, sebab mereka sangat unpredictable, tapi bila dilihat, pesakit dapat detect bila kita takut dengan mereka dan kadang ada yang mungkin marah atas respons kita yang kelihatan takut.. Sekarang dah lain, dah rasa macam kawan pula.. Seorang demi seorang menegur, dan bertanya, "doktor, bila boleh balik.." "Doktor, esok lusa dah nak raya.. Saya nak balik jumpa suami, jumpa anak-anak.." "Doktor, tolonglah discharge saya.."
Balik tadi, aku sempat melayan seorang dua berborak kosong.. Bertanyakan asal aku dari mana, itu dan ini.. Rasa macam dah dekat pula dengan mereka.. Sebelum balik, aku beranikan diri tepuk-tepuk belakang pesakit, usap-usap bahu, dan aku ucapkan selamat hari raya.. Makcik-makcik di sana kelihatan gembira.. Aku pun rasa happy.. Macam satu keajaiban dan ubat bila pesakit gembira.. =)
Ahh!! Banyak pula aku meluah rasa dalam entry kali ini, bercerita perihal kisah kehidupan aku sebagai seorang pelajar yang tak adalah menarik mana pun.. Tapi itulah hakikatnya.. Aku gembira sangat-sangat.. Macam rasa dah bina satu ikatan dengan pesakit yang jarang dapat aku rasa bila aku posting dalam disiplin lain macam Orthopedik, Medikal, Pembedahan dan lain-lain.. Aku boleh kata, aku rasa macam WE ARE FAMILY.. Heehee..
Ada satu quote dari Johann Schiller yang mengatakan, "It's not flesh and blood but the heart which makes us fathers and sons.." =)
Sayu dengar mereka meminta izin mahu pulang rumah jumpa keluarga, jumpa suami, isteri dan anak-anak.. Maklumlah, dah nak raya.. Bagi yang bukan Islam, mahu pulang pastinya sebab rindu.. Ikatan kekeluargaan yang erat sebenarnya satu terapi, satu ubat.. Lain rasanya bila duduk dalam wad dengan duduk dalam rumah.. Family is indeed everything.. And.. How do we actually live without them, our family? Aite?
Aku pula yang lebih sedihnya.. Sebab kali ini tak dapat pulang beraya.. Gonna miss my family damn much.. Huhu.. Till here.. Good night.. Assalamualaikum..
FOOT NOTE: Dulu kawan-kawan aku pernah bincang, nak cari suami, kalau boleh yang tak ada family, senang nak balik kampung.. Keh keh keh.. Pemikiran zaman tak matang gadis zaman muda-mudi.. But now.. I guess my future husband should be A FAMILY GUY.. Kan? Where can I find him huh? Ngeee.. =p
"Sometimes our hearts get tangled
And our souls a little off-kilter
Friends and family can set us right
And help guide us back to the light.
~Sera Christann"
Ulasan
plg best nk kawin dgn muaalaf,adooii
dia org kt sner blh mintak nk kuar ae..baru tahu
=)
doktor kegemaran pesakit ni.
XD
apa2 pun, family comes first.
dah lalu rumah akak tu.. singgah2lah.. :)
dulu sy cite2 mau jd doktorsakit jawa..
hehehehehe
moga sihat dan ceria
selalu empunya blog ni..
~ Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat makwe sefamily :)
xD
salam aidiladha
~Eazy Izzuddin~
hari hari kau hidup dengan orang bermasalah jiwa. kau mesti dah jadi seorang yang pandai menjiwai masalah orang sekarang. ke lagu mana?