Mungkin Anda Adalah Calon-Calonnya

Assalamualaikum semua.. Salam pagi Isnin.. Sempat lagi aku menaip satu dua coret perenggan di sini sebelum ke kelas.. Maklumlah, dah sehari dua tak menaip rasa kematu segala anggota tangan.. Selamat memulakan kerja semua.. Jangan malas-malas..

Jom nengok ciri-ciri yang aku nak listkan dalam entry ini.. Erm.. Mungkin anda adalah calon-calonnya? Haaa.. Bukan bukan bukan.. Bukan calon yang nak dijadikan suami sebab calon yang itu dah ada.. Lalala.. Agak-agak Anuar Zain sudi tak terima aku jadi calon dia yang keberapa juta ni? Ekeke.. =p



Anda perlu ada sekurang-kurangnya 5 ciri di bawah.. Salah satu ciri yang PERTAMA atau KEDUA perlu ada.. Paling koman pun dalam masa 2 minggu.. Jom usha jom..

1) Mood yang sangat depressed.. Kalau nak dibayangkan, hisap dadah, mood atas langit, tinggi terbang, tapi yang ini jatuh kedebub, di tahap yang paling paling paling bawah punya mood.. Muka kalau tengok, orang kata rezeki tak masuk..

2) Hilang semua segala minat yang mendalam pada sesuatu perkara yang amat kita sukai.. Contohnyalah.. Blogging.. Macam aku, dulu gila bagai nak mati dengan blogging, sehari update tak cecah 3, 4 tak sah.. Sekarang? 1 minggu nak ada 3 atau 4 pun dah payah..

3) Perubahan drastik pada tubuh badan dan selera.. Boleh jadi anda suka makan banyak dan badan mengembang macam tong drum.. Ataupun anda pandang makanan pun tak ingin dan dah jadi serupa lidi badan anda..

4) Anda punya rasa bersalah, rasa diri tak berguna, tak boleh diharap dan memang tak boleh pakailah orang macam anda.. Hidup pun tak guna.. Menyusahkan orang..


5) Tidur.. Samada anda jadi burung hantu tak tidur malam, susah nak tidur malam, ataupun anda dah tidur dan mudah terjaga, bila nak tidur balik, susahnya mak aih.. Mungkin juga anda suka tidur 24 jam sehari, 7 hari seminggu.. Erk.. Ada ke? =p

6) Mula hilang fokus pada kerja dan buat satu kerja pun anda susah sangatlah nak concentrate.. Fikiran melayang tak ada dalam otak.. Otak kosong..

7) Anda rasa tak senang duduk, bila berdiri pun rasa tak reti diam macam ada yang tak kena.. Ataupun anda merasa pergerakan anda sehari-hari menjadi sangat lembab macam siput..

8) Hilang tenaga, penat sentiasa.. Macam dalam iklan Super Power.. Muka tak boleh blah punya tak ada energy.. Keluar jin, terus muka bersinar-sinar, lari keliling rumah.. Auww..

9) Haaa.. Yang ini terpaling dahsyatlah.. Ada keinginan nak bunuh diri.. Haip.. Berdosalah.. Ataupun bukan takat teringin, dah buat dah pun.. Telan Dynamo, telan Clorox, telan itu ini.. Haiyo.. Telan makanan ke minuman ke, bukankah lagi elok..


Okey.. 9 semuanya.. Cuba anda tengok, anda ada tak salah satu ciri-ciri yang disebut-sebut di atas? Bila dah cukup 5 tanda di atas, dengan ciri wajib yang perlu ada, samada yang PERTAMA atau KEDUA dan mengalaminya paling kurang 2 minggu, anda sudah boleh dikategorikan mengalami Major Depression Disorder, MDD.. Atau bahasa yang kita selalu gunapakai, depresi.. Err.. Macam sama saja.. Kemurunganlah kiranya..

Aku baca dalam akhbar menyatakan, daripada 28 juta rakyat Malaysia, seramai 1.4 juta yang mengalami masalah kemurungan.. Purata kes bunuh diri di Malaysia 7 orang sehari dan 2000 yang bunuh diri dalam masa setahun mempunyai masalah kemurungan.. WHO juga meramalkan, menjelang 2020, penyakit kemurungan akan berada di tangga kedua teratas penyakit selepas penyakit jantung..

Dahsyat bukan? Mungkin kita pandang enteng tapi seringkali di dada akhbar semenjak dua menjak kita boleh orang sana nak bunuh diri, orang sini nak bunuh diri.. Puncanya? Masalah dalam kehidupan seharian.. Stress kerja, stress belajar, konflik keluarga, pergaduhan suami isteri, boyfriend girlfriend dan macam-macam lagi.. Tapi semua manusia ada masalah, tapi kenapa ada yang tak mampu nak menghadapinya dan bunuh diri?

Jawapannya, berbalik kita pada agama kita.. Iman dan ilmu agama yang mengisi kekosongan dalam diri yang mana jika kekosongan itu tak diisi, kelak syaitan akan datang dan diisikan dengan pujuk rayu dan godaan rayuan yang akhirnya memakan diri sendiri.. Tapi jika ianya kita isi dengan ilmu agama secukupnya dan keyakinan kita pada Allah yang satu, nescaya ianya akan jadi penunjuk arah untuk kita menempuh hidup yang penuh pancaroba ini.. Ya tak? Heehee..

Semoga ada manfaat untuk semua.. Jadi pesanan untuk aku dan untuk semua.. Sampai sini saja.. Assalamualaikum semua.. =)

Ulasan

pakwe berkata…
Ingatkan calon2 apa tadi .. keh33

Biasa nya hidup di kota besar seperti KL ni tahap tekanan perasaan bermula di awal pagi lagi. Bermula dengan kesesakkan jalan raya, situasi tempat kerja, rakan2 sepejabat lebih2 lagi boss, bebanan kerja. Bila nak balik kerja sesak juga jalan raya. Bila sampai rumah dgn family / housemate, jiran tetangga.
Kesimpulanya hidup ini penuh dengan tekanan. Bergantung kepada kita bagaimana untuk menyerap tekanan itu.

~ emm ... berkata2 memang mudahkan. Hari ni nak gi sepital chek up lagi. Harap2 dapat jumpa doter yg comel2 belaka. turun ckit BP bila diperiksa ... he33
joegrimjow berkata…
semua xde diatas
wahaaa
rhapsody LiN berkata…
lack of love. hmm... betul2. boleh buat stress.

:P
Hizami Li berkata…
hehe.
alhamdulillah.
tak sampai 5 pun.
XD
hysman berkata…
masih ade tp tak cukup kuota lg...
maseh normal...
bile minum super power trus makin sihat...takyah nk murung2..
ape de hal.....
hahahaa....
tp awatnya smpai nk bunuh diri..
hilangkah iman...
adehh....
cik hana jgn dpress ye,kesin ur beloved nk kena cari lain..
larikss.....
:p
Nazz@Purple berkata…
Thanks dr farhana..
Jard The Great berkata…
hehe.. seb baik tak kena
Khairy berkata…
setakat ni aku memang tak de lagi ciri-ciri depression ni...ciri2 aku pemalas ada lah..haha lagi pun aku memang jenis kuat makan...sume main blasah je...

ahhh...ku tulis pasal ni mesti ko ngah depress kan...tak yah tipu la...hehe
PuanPepel berkata…
ada...kepayahan nak mentidurkan diri...pernah ada la,..tp skng tade hal...sbb ada yg tidurkn....bgn pg dgn senyuman..haha
Abe Long berkata…
xsemestinya yang di bandar2 besor je berkemungkinan mcm tu hingga smp nk bunuh diri cume mgkin di luar bandar jumlahnya kecik saje kot.
ieda berkata…
hehehehh tq dikk for sharing dik :)
Kuwe berkata…
Bila doktor berhujah hujah pasal masalah organ. heh :P

Aku taktau la apa benda yang boleh buat aku depressed. Tak pernah pulak rasa hilang fokus ke, duduk tak senang ke hape ke. Nak bunuh diri tu masalah lain, lain kali hantar tadika islam.



Aku cool barangkali. kahkah.
cikmemy berkata…
ade la sket2....tp x lame la..pas problem setel hilang la semua tu..paling2 pon 2 3 hari jek gitu dr.hehehe
Linglung berkata…
yesss! gua tak murung..gua ada 3 saja! maknanya masih terkawal..ye dak?
farhana berkata…
Dr....!!!!!
Boleh kata i ada semua benda kat atas except errr bunuh diri =P
Tapi itu cerita semalam..
So last nite end up depression dgn tidur awal...

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?