Oh Juniorku Di Royal College Of Medicine Perak

Assalamualaikum.. Hai hai.. Muka aku lagi ke update blog? Ya ya.. Bila saja tiada kelas dan duduk memerap di rumah sewa di Galeri Kepayang ini, inilah kerja aku.. Cergas mengupdate.. Belek bukunya sekejap, belek blognya pula meleret-leret..

Entry kali ini soal adik junior dan kakak senior.. Oh ya.. Tiada kena mengena dengan Choi Si Won si Super Junior ya.. Ekeke..

Semenjak buka fanpage untuk blog Cahaya Yang Riang Gembira, aku lihat ramai adik-adik junior yang rajin menge"LIKE".. Terima kasih ya wahai adik-adik junior semua.. Atas sebab aku batch terpaling tua dan terpaling final di Kolej Perubatan Diraja Perak malah berlainan program, maka aku dan adik-adik junior adalah agak kurang mengenali.. Seriously!! Kami rapat pun kerana blog.. Ya.. Terima kasih wahai blog.. Ngee.. =p


Dengan wujudnya fanpage pun aku mula kenal sikit-sikit junior-junior aku.. Buka profile dia ini dalam hati terdetik, "OH DIA, AKU SELALU NAMPAK DI FOYER.." Bila buka profile Facebook seorang lagi, getus dalam hati, "EH DIA PUN AKU SELALU NAMPAK DI LIBRARY.." Ada juga profile yang aku buka, hati aku menjerit, "WOW!! ADIK JUNIOR YANG KACAK TU LAA.." Belek satu lagi profile, "OKEY.. ADIK JUNIOR NI YANG SELALU NAMPAK KAKAK SENIOR NI DAN TAK SENYUM.." Muahahaha.. Macam-macamlah kakak senior yang ini.. Sangat gatal juga.. Dush dush.. Eh eh.. Apalah salahnya kan.. Ada adik-adik junior aku yang sebaya aku, 23.. Ada juga yang lebih tua.. Yang lebih muda pun apa salahnya.. Lalala..

Pang sekali di situ kerana tak berjaya mengawal kegatalan.. Haha.. Aku tak pernah kisah pun kalau ada adik-adik junior buat muka berlagak dengan aku dan tak senyum, serius aku tak pernah nak marah dan malas nak ambil hati sebab kita bukan artis, budget semua adik-adik junior boleh cam muka kita.. Ya tak??? Aku nak jadi kakak senior yang low profile dan sempoi.. Orang senyum, aku senyum balik.. Bila aku senyum orang tak senyum balik??? Haaa.. Siaplah korang.. Wakaka.. =p

Tujuan utama entry ini sebenarnya adalah untuk membuat satu pemberitahuan.. Bahawasanya kakak senior ini bukanlah seorang contoh pelajar medik yang terbaik ya adik-adik junior.. Kakak senior ini tersangatlah pemalas baca buku dan tersangatlah rajin mengupdate blog.. Kadang segan dan malu pun ada dengan adik-adik junior yang rata-rata memang rajin, ada blog tapi jarang update.. Malu seyhhhh!!! Tutup muka tutup muka..

Tahun depan dah final.. Jika ada khilaf kakak senior ini, maka haraplah dimaafkan.. Jika lihat kakak ini terlalu leka, maka tegurlah.. Farhana tak kisah.. Heee.. Saling menegur ke arah kebaikan adalah sesuatu yang terbaik wok.. Okey adik-adik sekalian.. Till here.. Happy weekend.. Buat yang sedang exam, GOOD LUCK.. Buat yang dah selesai, TAHNIAH sebab berjaya melalui satu lagi fasa dalam hidup seorang pelajar medik.. Chaiyok..

Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Inilah adik-adik junior Royal College of Medicine Perak yang aku kenal lebih rapat tapi melalui blog dan bukan di alam realiti.. Heehee..


Ulasan

lalink7 berkata…
gud luckk semua budak medic..huhuhu
adrinaqamarina berkata…
bilalah rina nak ade dalam list tu~
syanabel berkata…
adoi lawak je lah akak nih..senak perut gelak

Thanks Kak. Yeah satu fasa dah lepas, ada lagi next fasa bakal dilalui. Entah bila la nak abis..hehe

Good Luck Kak Farhana! Keep on Blogging~
ieda berkata…
cayuk2 jugakkk :)
PuanPepel berkata…
alaaaaaaaaaaaa..... da tak pepel!~~
Kak Mahh berkata…
Keutamaan pada BELAJAR...itu tanggungjawab PELAJAR.
salamBEST berkata…
hehehe. best nye dh nak grad.

Oh akak wajib belanje sy before keluar kolej. :P
hysman berkata…
hai cik hana..
lama lg..
hang ade lg setahun lg kan..
awat tak sabo nk mengesay gewd bye kat anak2 junior..
oh nmpk kamu sungguh tak kesabaran meninggalkan zaman blajo dan mahu belajo jd isteri yg solehah..
kann???
kekekeke
Taufik Jusoh berkata…
hoho nampaklah disini kekuatan blog anda :P HOHO~
Khairy berkata…
ko ngan aku ni lebih kurang je...popular dikalangan junior...hehe boleh jadi wakil rakyat ni...haha

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?