Aidiladha.. Semalam Yang Hangat..

Assalamualaikum.. 18hb November dah menjengah.. Semalam yang hangat.. Hari raya Aidiladha.. Selamat ya buat semua.. =)

Haih.. Macam manalah boleh jadi semalam yang hangat sedangkan terkurung di Ipoh dan tak dapat pulang ke Melaka.. Malam raya lagi aku dah terbayang-bayang menu-menu wajib yang mak akan masak..

Ketupat
Rendang
Kari ayam
Sambal kacang
Lodeh
Nyum nyum.. =p


Diari sepanjang semalam yang hangat.. Pagi-pagi buta bangun, buat itu buat ini, pukul 10.00 pagi aku tidur semula.. Sampailah pukul 1.. Dush dush.. Apa ni anak dara tidur waktu matahari terpacak atas kepala? Nak buat macam mana.. TERtidur.. Ekeke..

Bangun lalu bersiap menuju ke tempat di atas.. Jumpa kawan-kawan tersayang di Tanjung Rambutan.. Seronok.. Hee.. Orang semua tanya, tak cuti ke doktor.. Haiyo!! Wa manyak sedihlah dengar itu soalan.. Sentapssss!!! Pukul 4 balik.. Singgah makan.. Terima kasih abang mamak di Pelita Nasi Kandar kerana menyediakan Nasi Goreng Ayam untuk saya di Hari Raya Haji.. Sob sob.. Untuk mengurangkan kesedihan, aku belikan sebiji kek untuk diri aku sendiri.. Hoh.. Gemuk gemuk.. Banyak dah makan..

Malam pula, housemate pulang.. Suka suka.. Tak sunyi dan tak sedih dah.. Haha.. Dapat makan ketupat, makan rendang, terubatlah rasa ralat dan sadis tak dapat merasa masakan Puan Hayati.. Huuu.. Terima kasih wahai sahabatku sekalian.. Love ya!! =)

Mungkin ini namanya pengorbanan.. Kan? Ada hikmah di sebalik setiap kejadian.. Hee.. Assalamualaikum semua..


FOOT NOTE: Suka dengan pesanan "orang sana pun makan banyak-banyak''.. Nasib orangnya tiada buat masa ini.. Selamat aku.. Wakakaka.. *gelak jahat budak jahat*

Ulasan

adrinaqamarina berkata…
rina pon! makan banyak, kerja pon banyak
MeyLah Techik berkata…
beznyer.. mila yg xblik... sbr je la..
ftrhd berkata…
raya haji tahun ni tak terasa sangat ar..mungkin sebab saya tak dapat balik kampung...sampai sekarang still tak merasa lagi daging korban..adehhh
Abe Long berkata…
aku raya kat cherating ja nih...
dak balik pon kt kampung.
huhuhu
Kuwe berkata…
selamat hari raya!

apsal tak attach alamat rumah. boleh orang kat melaka tolong makan kan!
Khairy berkata…
selamat ari raya gak...

cian dia tak balik..aku balik sehari je, pastu balik sini balik...dah umah dekat kan....jangan jelaous..hehe
miss cloudy berkata…
salam singgah... 1st time here.. best gak blog ni,,. hehe

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?