Oh Endorfin.. Aku Perlu Kamu..

Assalamualaikum.. Salam malam Jumaat semua.. Hey.. Esok Jumaat.. Dan aku tak ada kelas.. Boleh meroyan atas katil sepanjang hari.. Kikiki.. Tapi di malam yang sejuk dek hujan yang renyai renyai ini, aku mengidamkan endorfin.. Walau kini dalam euphoria, tetap juga inginkan endorfin.. Mana tahu euphoria ganda dua.. Heee.. =p

Dan salah satu makanan yang paling aku inginkan di saat ini dan boleh merangsang pengeluaran endorfin dalam tubuh adalah COKELAT.. Cadbury Fruits And Nuts menjadi pilihan aku.. Sincerely said, aku tak gemar coklat yang ada banyak kacang.. Hazel Nut.. Almond.. Even Black Forest.. Walaupun Cadbury Fruits And Nuts ada kacang tapi tak banyak.. Tak adalah terselit susah payah nak cungkil.. Hehe..

COKELAT.. Dalamnya ada banyak sangat khazanah.. Tapi endorfin jadi fokus utama kita hari ini.. Menurut kajian, pre-menstrual women punya peratus mengidam coklat yang agak tinggi.. Semasa pre-menstrual, tubuh kita mengalami kurang Magnesium dan coklat pula adalah salah satu makanan yang tinggi Magnesium.. Jadinya, anda fahamkan sekarang ada sesetengah wanita yang begitu gilakan coklat sebelum menstruasi? =)



Bila kita makan coklat, tubuh kita merangsang pengeluaran endorfin.. Endorphin dikatakan hasil gabungan dua perkataan iaitu endogenous (dari dalam badan) + morphin.. Fungsi morphin dalam dunia perubatan dan digunakan di wad-wad untuk mengurangkan sakit.. Jadinya, makan coklat secara tak langsung boleh bertindak sebagai satu cara mengurangkan sakit.. Sakit PMS? Logiklah kiranya wanita-wanita pre-menstrual gemar coklat.. Betul tak? =)

Pesanan untuk aku yang dependent pada ubat penahan sakit dan juga mungkin anda-anda, endorfin sebenarnya boleh jadi 18 atau 500 kali lebih berkesan daripada mana-mana ubat-ubat penahan sakit.. Jadinya Farhana.. Kurang-kurangkanlah makan ActiFast dan makanlah coklat BANYAK-BANYAK.. Muahahaha.. =p



Antara kelebihan lain endorfin adalah mampu menentang stress yang kita alami selepas penat kerja seharian.. Tak rasa ke lepas makan coklat kita rasa tenang dan lega malah happy? Itu yang aku selalu rasa.. That's why I love chocolate.. Tapi aku tak kurang gemar kek chocolate.. Heee.. Kelebihan lain endorfin ianya boleh mengawal rembesan hormon tumbesaran.. Malah boleh mengurangkan simptom-simptom penyakit yang berkait rapat dengan soal pemakanan..

Banyakkan jasa endorfin dalam badan kita? Makanya, anak-anak muda tiang negara, daripada ambil dadah untuk mencapai euphoria, adalah lebih baik makan coklat dan merangsang pengeluaran semulajadi endorfin dalam badan lalu capai kesan euphoria.. Lagi banyak kebaikan endorfin pada tubuh badan kita daripada mengambil dadah yang sah-sah merosakkan otak dan merosakkan diri.. =)

Bukan saja coklat.. Lada benggala juga mampu merangsang pengeluaran endorfin.. Bolehlah amalkan ya, makan lada benggala begitu saja.. Untuk kesihatan tubuh badan kita juga.. Heee..

Sampai sini.. Selamat malam.. Assalamualaikum..

Ulasan

nora berkata…
saya stress saya layan citer korea kak..
heeee

=)


coklat ni x jalan..
cn berkata…
patut ah skang kempunan cekelat. adeh :'(
Tanpa Nama berkata…
hahaha
terus kepala sy penin2!
adeyh..
x tau ape pun bnde2 sains n bio nieyh
\hahaha
ISZA berkata…
makan coklat memang menenangkan.. apalagi coklat itu diberi oleh yang tersayang..:)
Tanpa Nama berkata…
huhuhu..perlukan endorfin saat ni..huhuhuhu,..
Khairy berkata…
haha...ramai suke makan coklat, patut ramai makin chubby....ahaks =)
farhana berkata…
Tapi kan, sy bila nak P ngidam makan asam..
Cane tu?
Unknown berkata…
okeh.. ayat seorang dr... haha... sy pun perlukan coklat skrg
GKSB nk p langkawi nanti bleh la beli cokelat byk2 haha


LATEST ENTRY

JANGAN SESEKALI COPY ENTRY ORANG ADA PAHAM?
hysman berkata…
heheh....
igt edorfin tu nama mr.X tuu...
terkejuk shayer...
:p

klu saye rindukan kafien boleh tak??
ngheee
@Lelaki Ini Alamak.. Susah ke nak faham Umar? :p
@cikgu isza Oh.. Kalau itu lagi laa menenangkan kak.. Heee.. ;)
@Khairy Hahahaha.. Termasuk aku laa.. Kikiki.. :p
@farhana Hoho.. Saye ni jangankan kate cekelat, asam, air gas sume laa ngidam.. Adehhh.. :p
@cahayachenta Hehe.. Ayat bese2 je ni.. Jangan sesedey ye.. Makan cekelat.. Senyum selalu.. ;)
@hysmanHahahaha.. Ade ke plak endorfin tu nama orang.. Nama Mr. X adelah tuuuttttttt.. Saye pon tarak tau.. :p

Ngada2 nak rindu kafein plak.. Rindu orang lagi bagus pokcik.. :p
MOMMY CGG berkata…
sama cam cgg..
shuek coklat.
dan ice cream!
Hizami Li berkata…
hehe.
coklat sedap.
zami suka coklat kalau ada hazelnut.
minat gilerrr dgn hazelnut.
cehhh.
eh.
kalau macam tu, bila nak wat bedah perut, dokotr bagi coklat je ah.
tak payah bagi ubat penahan sakit.
haha.
XD

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?