Debaran Hari Bahagiaku.. Jemputan Untuk Semua.. =)
Assalamualaikum semua.. Malam ini aku sungguh bahagia dan gembira sekali dan di kala ini juga aku ingin kongsikan bersama kalian agar kalian juga merasa sedikit bahagia yang aku rasa ketika ini.. Heehee.. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi menjelang hari bahagiaku.. Banyak persiapan yang aku kira sudah hampir siap.. Tempahan baju pengantin, pelamin, mak andam, hantaran dan macam-macam lagi.. Aku begitu teruja sekali menanti kedatangan hari bahagia itu.. Kad jemputan juga sudah mula aku edarkan.. Kepada pembaca-pembaca blogku, silalah tinggalkan alamat anda supaya aku boleh poskan kad jemputan itu.. Aku ingin meraikan hari bahagia ini bersama dengan kalian semua.. Tanpa kalian nanti, mungkin majlis aku tidak akan semeriah seperti blogku ini.. =) Apa? Kalian semua tertanya-tanya siapa gerangan orangnya yang berjaya menambat hatiku? Haha.. Si dia, insan yang amat aku cinta, yang amat aku kasihi dengan setulus hati, jiwa dan ragaku.. Si dia yang berjaya menambat hatiku dengan sikapnya yan...