Temuduga SPA: Ada Tips Tak?

Assalamualaikum dan salam Jumaat untuk semua.. Oh ya.. Dan selamat bercuti.. Bagi yang menyambut Deepavali, hoyeh, raya!! Heehee.. Dah masuk hari kedua di Melaka, tujuan balik kali ini pun sebenarnya nak ambil surat beranak dan sijil SPM.. Ya adik-adik sekalian.. Lepas anda menapak keluar dari sekolah, silalah ambil terus sijil SPM anda ya.. Jangan jadi macam Kak Farhana, lepas 6 tahun, baru nak balik SMK Tinggi Perempuan Melaka dan cari sijil SPM.. Nasiblah ada.. Ekeke.. *bukan sengaja tak mahu ambil, tapi LUPA* =p



Google SPA, gambar atas yang keluar.. Haha.. Rasa macam nak pergi "sepa" pula memanjakan diri.. Hoho.. Okey okey.. Back to the story.. 10hb dan 11hb ini temuduga SPA akan dijalankan, dan seramai 26 orang calon akan ditemuduga untuk jawatan Pegawai Perubatan UD41 termasuklah aku.. Berdebar? Tak usah katalah..

Aku cuba untuk cari tips-tips berguna dalam internet untuk temuduga SPA, cari E-Book ke, tapi kebanyakan E-Book perlu dibeli.. Haish..Tinggal 4 hari saja lagi.. Tapi preparation satu apa pun tak buat lagi.. Stuck!! Tak tahu nak baca tentang apa..

Senior pesan, sila hafal carta organisasi Kementerian Kesihatan Malaysia, Visi, Misi, Objektif dan sebagainyalah.. Lagi tentang Malaysia Medical Council.. Isu semasa itu isu semasa ini.. Wah.. Fengsan!!



Untungnya jadi seorang blogger, isu semasa tak adalah masalah sangat.. Blogwalking pun dah satu advantage untuk tahu tentang perkembangan semasa kan.. Heee..

Ada sesiapa tak di kalangan rakan blogger yang pernah went through interview dengan SPA? Any tips? Or tricks? Hehe.. I'm stuck on where and how I should start to prepare for this coming interview.. Cadangan, idea dan nasihat anda amatlah dihargai.. Hihi.. =)

Till here.. Masa untuk lunch.. Hehe.. Have fun guys on your holiday.. Assalamualaikum..


P/S: Lupa segala ID dan Password untuk Shoutbox.. Nak tak nak kena tukar baru..


Ulasan

joegrimjow berkata…
spa ek
urmmmm

xtau
huhu
Blog Eazy Izzuddin berkata…
spa?

x tau gak..
gle ah
br nak amek sijil spm..
xD
Mohd Sukur Ibrahim berkata…
bulan lepas baru je pergi temuduga spa utk jawapan pegawai IT gred 41 gak kt putrajaya..
memang mencabar..soalan dari pihak spa xsusah sgt..tp pasal teknikal part seriusly u kena thu..tu yg i xleh jawab..tensen
Tanpa Nama berkata…
akak!!!!!!!
yg pasti..
akak kne pakai baju tow!
jgn telanjang!!!!!
tow!!!
@Eazy Izzuddin Hahahaha.. Tau takpe.. Meme gilo.. Ahaks.. :p
@Mohd Sukur Ibrahim Tengkiu untuk info.. Tgh korek2 info sana sini ni.. Heee.. :)
@Lelaki Ini Wuit!!! Umar!!! Kamu ni kannnnn.. Memang ler kene pakai baju.. Ish3.. :p
Cik Lizi berkata…
Akak pernah pegi tp tak berapa nk ingt details,

mula2 dia suruh kita cerita pasal b/ground/psl experience keje *kalau ada*, more or less, mula2 tu dah macam sembang2 ja, dia cuma nak test ability utk communicate.

Lepas tu dia tny pasal gov, mcm akak haritu dia tny psl pelan integriti nasional, dan akak tak tau....hahahaha, gila ah general k/ledge sgt kurang,

part last tu dia dalam bahasa inggeris, pasal famili....

akhir sekali dia bg tips kt akak, jgn neves sgt, sbb akak mmg neves gila masa tu, tp depends pada interview apa adik pegi tu, mcm utk ptd, ada dua panel, kalau yg len xsure brapa panel.

Apa pun, best of luck, jgn neves tau! ;)
Hizami Li berkata…
haha.
tak pernah.
tp,
nak bagi ucapan,

moga berjaya !
^.^
Adziim berkata…
Kena amik tahu pasal kementerian kesihatan, perlembagaan kerajaan..kurang2 basic info kerajaan r kot.

Tpi lps dah panggil(dapat jawatan) akan ada kursus induksi plak...kena brainwash..sumbat segala hal2 kerajaan.
Azuan berkata…
spa... gud luck aje lah...hohoo
Tukang cerita berkata…
all the best ye hana...
jgn gabra sangat...
:)
IRAH HAJERAH AZMAN berkata…
Tatau. tp x pe la.aku nak ucap.all d best :P
ISZA berkata…
pakai baju biru..
:)
misSbLurRy berkata…
1.comunication
2. just relax ( jgn nampak sgt gabra)
3.yakin even apa kita ckp blom pasti kebenarannya dan jgn diam bila di tanye, kalau tak tahu hentam saja.
4. mantapkan diri dgn general information. ( soklan nie kompem wajib tanye)
5. hal2 politik sila amik tahu juga
6. tentang job yang kita mintak.
7. jangan terlalu ghairah bercerita.
8. eye contact and body language kene jaga.

sekian,

gudluck
Kuwe berkata…
adik tak pernah pergi lah kak. interview biasa biasa tu pernah la pergi. oleh hal demikian.


kalau aku bagi tips pun, semua jahanam! haha.
Cik Bee berkata…
gud luck dear! =D

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?