Resepi Sarapan Pagi Merangkap Pemanis Mulut Yang Pelik Tapi Tak Sangka Sedap

Assalamualaikum.

Gila betul. Tak boleh panjang lagi ke tajuknya? Haha. Style juga sebenarnya bila buat entry dengan tajuk yang panjan meleret. Okay, sebenarnya ada banyak sangat resepi nak dikongsikan, tapi semuanya duduk terperap dalam draft, malas benar nak mengarang. Sibuk memikirkan tentang kehidupan, almaklumlah.
:)

Jadi kali ini, resepi yang akan aku kongsikan sebenarnya adalah untuk sarapan pagi tapi dalam masa yang sama juga boleh jadikan sebagai pemanis mulut, ala-ala puding gitu. Haha. Aku tengok rancangan Happy Together, resepi ini dikongsikan seorang atlet ice skating, hari-hari pertandingan memang dia makan makanan ini saja. Katanya cepat, mudah dan sedap. Aku memang tak percayalah, aku kata PELIKNYA!!!

Jom tengok. Dua keping gambar, satu di zaman gelap dan satu lagi selepas mengalami pencerahan. Haha.


Aku rasa ini sangatlah sesuai untuk budak-budak yang liat nak sarapan. Maklum saja, budak kecil suka makanan manis-manis belaka. Ya tak. Tapi tak elok makan selalu, nanti jadi comel macam aku. Haha.

Kalau anda atau anak anda yang liat sarapan suka makan ROTI, JAM, CHEESE dan SUSU, inilah sarapan paling sesuai. Sangat cepat, mudah, sambil tutup mata pun boleh siap. Dan bagi aku, definisi sedap terpulang pada individu, orang yang jenis tekak western, mungkin boleh terima. Tapi kalau jenis tak suka cheese, this is not a breakfast for you. Aku sendiri kejap suka cheese, kejap tak suka. Ikut selera.

CARA-CARA :

1) Bakar sekeping roti. (resepi sebenar tak bakar pun, tapi aku suka bakar)
2) Selesai bakar, sapu selapisan nipis marjarin / butter. Lalu sapu pula jam. Suka hatilah nak strawberry ke, blueberry ke, blackberry ke. Aku guna strawberry. Berry berry lain aku tak pasti kesedapannya.
3) Letak sekeping cheese di atasnya.
4) Curahkan susu segar di atasnya. (aku pakai susu FULL CREAM. Pergh! Menggemukkan semua bahan yang aku guna.)
5) Potong 4 supaya susu mengalir dan meresap.
6) Makan dengan kadar segera, kalau tidak nanti soak rotinya, confirm tak sedap.

*Kalau guna butterscotch, without cheese, aku rasa confirm-confirm sedap juga rasanya. Nyum nyum.


Kalau mak aku nampak, confirm dia akan cakap aku CACING. Sebab makan benda manis berganda-ganda. Haha. Sekali sekala bolehlah nak layan makanan pesen begini. Selalu memang tak bolehlah. Tekak Melayu, macam mana pun nak nasi goreng, nasi lemak, bihun goreng. Kan kan kan?

Anyway, selamat menjamu selera, itupun kalau berani cuba. Kekeke. Salam pagi Rabu semua. Jaga diri. Assalamualaikum.

Ulasan

Hazlin Nazri berkata…
mesti sedap masa roti tu tengah crunchy! yummy..
Tanpa Nama berkata…
ai..... :)

through my retina
@Anonymous AIII!!! Haha. Lama tak dengar khabar cik retina. Hilang dibawa angin lalu. Baru sekarang terbang kembali. Hehe. :P
Amieynna berkata…
tak pe hana..
makan manis2 nanti muka pun bertambah manis.. :p

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?