31/12/2011 Ke 1/1/2012
Assalamualaikum.. Tinggal lagi beberapa jam kita dah nak menginjak ke tahun baru 2012.. Sana sini dah tentu orang cakap pasal azam baru.. Hurm.. Azam.. Azam? Azam.. Hehe.. Sejak aku buka mata lihat dunia hingga kini dah cecah 24 tahun 11 bulan, macam-macam azam dah aku tanam.. Ada yang tercapai, ada yang ditunda, ada pula yang dah cancel.. Eh! Boleh cancel-cancel eh? Ekeke.. 2011.. Menyaksikan banyak kejatuhan dalam hidup aku.. Eceh.. Dah macam tuan pengarah sebuah syarikat pula, siap ada jatuh bangun bagai.. Kejatuhan apa, biarlah aku saja yang tahu.. Perit memanglah perit, tapi semangat kenalah tanam semula.. Jatuh lalu bangun, itu kejayaan yang sebenarnya.. Tapi kalau dah jatuh, terus duduk dan tak nak bangun, itu gagal yang sebenar-benarnya.. Saat-saat getir di tahun 2011 ini banyak buka mata aku tentang keadaan keliling aku, orang-orang yang ada dalam hidup aku, pendek kata apa yang aku tak nampak bila aku berjaya, duduk di atas.. Syukur! =) 2012.. Seperti ta...