Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

31/12/2011 Ke 1/1/2012

Imej
Assalamualaikum.. Tinggal lagi beberapa jam kita dah nak menginjak ke tahun baru 2012.. Sana sini dah tentu orang cakap pasal azam baru.. Hurm.. Azam.. Azam? Azam.. Hehe.. Sejak aku buka mata lihat dunia hingga kini dah cecah 24 tahun 11 bulan, macam-macam azam dah aku tanam.. Ada yang tercapai, ada yang ditunda, ada pula yang dah cancel.. Eh! Boleh cancel-cancel eh? Ekeke.. 2011.. Menyaksikan banyak kejatuhan dalam hidup aku.. Eceh.. Dah macam  tuan pengarah sebuah syarikat pula, siap ada jatuh bangun bagai.. Kejatuhan apa, biarlah aku saja yang tahu.. Perit memanglah perit, tapi semangat kenalah tanam semula.. Jatuh lalu bangun, itu kejayaan yang sebenarnya.. Tapi kalau dah jatuh, terus duduk dan tak nak bangun, itu gagal yang sebenar-benarnya.. Saat-saat getir di tahun 2011 ini banyak buka mata aku tentang keadaan keliling aku, orang-orang yang ada dalam hidup aku, pendek kata apa yang aku tak nampak bila aku berjaya, duduk di atas.. Syukur! =) 2012.. Seperti ta...

Zikir Buat Dhia

Imej
Assalamualaikum.. Salam malam minggu semua.. Hari Jumaat, hari yang agak memenatkan, sampai saja bilik, terus tertidur tak sedarkan diri.. Bangun-bangun, terus aku feeling-feeling nak layan Tentang Dhia episod akhir.. Maklumlah orang tak ada tv, kenalah tunggu orang upload online.. Motif gambar bawah ini diletak dengan Tentang Dhia? Entahlah.. Cuma nak cakap, semua orang mimpikan nak ada keluarga bahagia.. Zikir dan Dhia pun mesti macam tu juga.. Kau, aku, kita semua dah tentu-tentu inginkan benda yang sama juga.. Kan? =) Tentang Dhia, yang mana sebelum itu tajuk yang diberikan adalah Zikir Buat Dhia, dah pun berakhir semalam.. Aku tengok ramailah duduk mengulas dekat Facebook, dekat Twitter.. Kerja aku? Refresh sejuta kali.. Dah ibarat macam aku tengok betul-betullah membaca semua ulasan yang ada.. Ulasan yang ditulis dengan macam-macam perasaan dan emosi, ada marah, benci, kasihan, sedih, geram dan banyak lagilah.. Dan macam-macam juga ayat tak puas hati yang aku baca.. Hehe...

Home Sweet Home : Memperkasakan Skill Rumahtangga

Imej
Assalamualaikum.. Salam pagi Rabu.. Eh.. Dah Rabu ya.. Tak sabar nak merasa cuti tahun baru pula.. Seksa aku nak menghadap keadaan sekarang.. Stress sampai tahap nak memandang muka orang pun aku rasa, alahai, lemah sangat.. Tapi cuti tahun baru nanti tak adalah menarik mana sebab hanya berkampung di Kuala Lumpur saja, tak seperti cuti Hari Natal, yang mana aku dapat pulang ke rumah setelah hampir sebulan tak balik.. Tak kisah, asalkan HOLIDAY!! Stress free day!! Kalau orang yang tak kenal aku singgah blog ini, baca tajuk atas nun, orang dah tentu-tentu akan anggap aku wanita yang dah berkahwin.. Kan kan? Ecewah.. Wanita okay.. Auwww! Berbalik pada tajuk, bukan apa pun, aku cuma nak sampaikan, rumah adalah tempat terbaik untuk memperkasakan skill rumahtangga.. Tak kisahlah, yang dah berkahwin, atau pun belum.. Memandangkan, usia pun dah nak masuk suku abad tak lama lagi (ouh.. sungguh sukar nak percaya..), makanya sesi memperkasakan skill rumahtangga harus dilakukan dengan lebi...

Warna Warni Protokol Hantu Bersama Abang Tom Cruise

Imej
Assalamualaikum.. Salam pagi Khamis untuk semua.. Senyum.. =) Seperti dalam tajuk, kisah janjitemu bersama Abang Tom Cruise kelmarin memang diisi dengan momen indah warna warni.. Bukan nak bincang luar dalam al kisahnya filem Protokol Hantu a.k.a Ghost Protocol, itu anda boleh pergi saksikan sendiri.. In summary, what I can conclude about this film, it was not bad or should I say, great? Hehe.. Entertain jugalah kepala otak aku menontonnya.. Take note! Aku tak pernah follow Mission Impossible dari yang pertama sampai ketiga.. Alih-alih terus aku tengok yang keempat.. Heh.. Perasaan aku dipenuhi dengan rasa ngeri, gayat, dan ouch sana ouch sini bila menonton filem ini semalam.. Haha.. Despite dari wajah abang Tom yang tampak calit-calit ketuaannya, overall filem ini dikategorikan dalam boleh tahan.. Dari 5 bintang, aku bagi 3.8.. Aku deduct 0.2 sebab Abang Tom tua dah.. Okay kan? =p Dan satu benda yang paling memikat mata aku, haip, bukan Tom Cruise, dan bukan juga...

Berdendang Anak Jalanan

Imej
Assalamualaikum.. Tajuk entry adalah inspirasi yang terbit selepas menonton short film bertajuk Oley.. Sebuah filem pendek yang agak bagus dari pandangan mata aku, mudah difahami dan jelas apa isinya dan pengajarannya.. Alunan yang mengakhiri filem pendek tersebut yang buat aku tergerak hati mahu menjadikannya tajuk untuk entry kali ini.. Syukur Alhamdulillah, aku sudah beransur sihat.. Selsema sudah makin hampir ke penghujung, cuma tekak saja yang masih lagi tak berapa nak elok.. Sepanjang aku tak berapa nak sihatlah, kereta aku tak boleh dibawa berjalan ke mana-mana.. Ibarat lumpuh sebelah kakilah terasa hidup aku.. Mahu tak mahu, terpaksa cari alternatif lain, cara dan jalan lain untuk bergerak, semua masalah ada jalan penyelesaiannya.. Iya tak? Kena usaha sedikitlah.. Tak boleh nak manja selalu.. Selalunya kalau aku tak sihat, aku wajib makan buah.. Tak kiralah buah apa, tekak aku, waktu sakit, makanan yang wajib nak ditelan adalah buah.. Entah kenapa, tapi memang ...

Perut Meragam Mati Kutu

Imej
Assalamualaikum.. Hujung minggu yang membosankan.. Sabtu berlalu begitu saja.. Apa aku buat hari ini, aku pun tak tahu.. Haha.. Sampaikan tulis entry pun, tajuk entry agak pelik lagi memelikkan.. Adeh! Ketika dan saat menulis entry ini.. Perut sedang meragam.. Meragam bukan apa, tapi sebab lapar.. Mengada! Selalu boleh bertahan, makan sehari sekali, tapi sekarang manja pula nak minta disuap makan sehari dua kali.. Heh..  Al kisahnya, hujung minggu ini aku berseorangan.. Nak ditambah lagi perencah cerita kita, roadtax kereta aku dah mati.. Memang mati kutu aku duduk dalam bilik seorang diri.. Selalunya menumpang kereta roommate aku bila dia nak keluar makan ke, beli barang ke, aku tumpanglah sekaki.. Tapi takkan asyik nak menumpang kan sedangkan kereta sendiri ada.. Haih.. Tak apalah.. Bersabar sikit saja lagi, abah kata roadtax akan dapat dalam masa seminggu lagi, paling lewat pun hujung bulan.. Credit picture to THIS SITE Muka aku sekarang saling tak tumpahl...

I Won't Be Offended

Imej
Assalamualaikum.. Hujan masih lagi renyai di luar sana.. Selesai makan malam.. Lauk dewan makan hari ini adalah ayam masak sambal.. Kenyang Alhamdulillah.. Sebenarnya sudah agak lama aku tak turun ke dewan makan.. Entahlah, malas barangkali.. Haih.. Nak makan pun malas.. Apa nak jadi.. Tapi kedatangan aku ke dewan makan pada hari ini cukup untuk bikin aku senyum gembira lewat petang Khamis ini.. Cukup cukup gembira.. Again.. I believe it's the small little thing that make people smile.. Tak percaya? Tadi masa ambil nasi, aku hulurkan kad makan pada makcik yang jaga dekat situ.. Makcik pandang aku dan senyum, tiba-tiba dia bersuara, "Lama Acik tak nampak kamu turun dewan makan.." Aku pun tersenyum lebar dan mengangguk, mengiyakan kata makcik.. Bayangkan, setiap hari beratus-ratus pelajar yang akan beratur ambil makan, makcik yang tukang tick kad makan pun mesti tak ada masa nak ingat seorang-seorang.. Tapi tak sangka, makcik boleh ingat juga aku yang d...

I'll Not Give Up On You

Imej
Assalamualaikum.. Eh! Kejap.. Dah nak tidur ke? Kalau dah nak tidur, selamat malam, selamat tidur, mimpi indah ya.. =) Hiburan perasaan di malam hari.. Jiwang pun jiwang juga, tak nak give up ke nak give up ke, apa-apa pun, jangan sesekali give up dengan diri kita sendiri.. Kalau hidup kita selalu temui kegagalan, kebuntuan, jangan kita rasa diri kita dah sampai tahap tak ada guna, giving up, sebab mana ada jalan raya yang tak ada selekoh, tak ada bonggol, tak ada lubang-lubang, kan? Traffic light merah pun tetap akan hijau.. Jalan sehala pun boleh U-Turn.. Hendak seribu daya.. Tak hendak? Hendak juga!! Heee.. Okay peeps.. A motivation to myself actually.. Good night then.. Take care.. Assalamualaikum..

Wordless Wednesday The 13th

Imej
Assalamualaikum.. Achuummm.. Ouh.. The nose is running.. LOL! Credit picture to this site Credit picture to this site It'll be great if this device exists.. But hey, wait!! Pergi ukur hidung dulu.. Tata.. Have a great day people.. Assalamualaikum..

Ini Bukan Kisah Sains Fiksyen

Imej
Tersebutlah kisah, ada seorang gadis yang terlalu menyukai epal.. Bersama epal, hadir juga sebuah senyuman.. Senyuman yang sentiasa di bibir, menguntum indah tapi entah esok lusa, bila layunya epal, senyuman itu juga akan turut pudar dan suram.. Siapa tahu.. Hari-hari yang dilalui diisi dengan senyuman.. Senyuman yang sentiasa terlekat di wajahnya..  Epal hijau, epal merah, semuanya disukai.. Bila dah suka, sukar nak kikis dan ingin selalu ada sebiji epal setiap hari.. Tapi, mana mungkin.. Setiap hari? Pun begitu, sukanya pada epal masih ada dan terus terukir dalam diri.. Entah bila akan lenyap atau hilang, dia sendiri tidak pasti.. Selagi ada epal, selagi ada senyum.. Atau mungkin saat itu telah tiba? Dan epal itu akan pergi membawa bersama senyuman yang terukir lantas memudarkan terus rasa suka dan kenikmatan yang pernah dirasai.. Yang ada kini, hanyalah . . . . .  * * * Assalamualaikum.. P/S : Rapuan malam hari.. 13 D...

Gone With The Wind

Assalamualaikum.. Sebenarnya masa dah time untuk aku tidur.. Tapi jalan-jalan usha Facebook kejap, terpandangkan di news feed status yang ditulis oleh adik Innz kita.. Boleh tak nak tepek dekat entry? "I never fail to wish him good night and sweet dream even though I know he won't reply my text.. I hope he gonna miss me when I'm gone.." Aku? No further explanation.. It's just that.. Good night.. Assalamualaikum..

In Time Of Test, Family Is Best

Imej
Assalamualaikum.. Pejam celik, Isnin pun dah hampir nak melabuhkan tirai.. Ini bermakna, dah masuk minggu ketiga aku tak pulang ke rumah.. Dan mungkin akan terus berada di sini sehinggalah pertengahan Januari tahun hadapan.. Jadual yang sangat suntuk menyukarkan aku untuk cari masa pulang ke rumah.. Ahh! Rindu! Berada jauh dari keluarga, di perantauan, dugaan dah tentu-tentu berlambak.. Keserabutan kepala, itu dan ini.. Ahh! Terlalu banyak permasalahan orang dewasa ya.. Heh.. Dalam masa 3 hari, dah 2 kali aku jatuh terseliuh.. Dulu pernah aku ceritakan, kedua-dua belah kaki aku yang tak berapa kuat dan selalu jatuh terseliuh.. Entah bilalah keadaan ini akan bertambah baik.. Urat-urat kaki aku pun rasanya dah bersimpul mati agaknya sebab asyik saja terseliuh.. Petang tadi, lepas angkat baju yang dijemur, tak sengaja terpijak sabun cecair yang tertumpah di lantai di depan pintu, apa lagi, buat split depan pintu bilik.. Haha.. Jatuh terseliuh dan terduduk memang sakit kan.. K...

This Boy Is The MC For Running Man? Really?

Imej
Assalamualaikum.. Salam pagi Ahad semua.. Wah.. Pagi Ahad, cuaca yang cantik untuk mengular dalam bilik.. Walalupun Subuh aku tadi dimulakan dengan sedikit amarah, tapi rasanya dah reda as the day goes by.. Semenjak petang semalam hingga ke tengah malam bekalan air di asrama tak ada.. Puas juga aku merantau dari blok ke blok petang semalam, dekat 3 blok juga tak ada air.. Akhirnya di blok keempat, Alhamdulillah ada air, itu pun dah nak habis.. Syukur Alhamdulillah, pagi tadi air dah ada semula.. Seksa juga tak ada air.. Walaupun tak ada air, tapi masih ada lagi yang begitu "rajin" membuang air di bilik air yang tak ada air.. Air kecil okay lagi kot, tapi yang besar? Maaf! Tertulis benda tak elok pula pagi-pagi begini.. Bukan apa, marah jugalah.. Nak tak nak, kena cuci dulu tandas baru selesa nak guna.. Lagipun hari Ahad, cleaner dah tentu bercuti.. Emosi terlebih bukannya apa, bukan selalu pun kakak senior nak emosi, kena ingat, kita hidup dalam komuniti kot, where we...

Awak Suka Saya Tak?

Imej
Assalamualaikum.. All pictures credited to the writer of ASST, Melur Jelita.COM Serasa mahu berlari ke kedai buku berhampiran, capai senaskhah coretan ini dan berhibernasi sambil melayan rasa di bilik kecil ini.. Oh.. Cik Iman telah membangkitkan tanda tanya dan perasaan yang pelik bila mana nama Hilman Yong disebut-sebut.. Sudah agak lama aku tidak membaca.. Mungkin sudah tiba masa dan tikanya.. =) P/S : Tiba-tiba seolah terlihatkan nama Melur Jelita di Shoutbox, ya, Melur Jelita si penulis ASST.. Terima kasih untuk penulisan yang terasa indah walau belum ku baca lagi.. =) Aku tidak pasti coret kata di bawah ini dipetik dari buku ini atau tidak tapi sekali saja membacanya, buat aku terkesan.. Ahhh.. Rasanya ramai yang sudah lama demam dengan kisah Hilman Yong dan Intan Zulaikha, aku baru nak merasa bahangnya.. * * * - Kenapa tanya 'awak suka saya?' Kenapa bukan 'do you love me?'  Atau katakan saja 'i love you' - "Hm...

Kotak Hati

Imej
"Terang terang Bersama rasa sayang Ku biarkan kau terbang Terang terang Sudut kecil ku isi Untuk senyuman mu lagi" * * * * * Tertutup! T.U.T.U.P Selamat malam.. Assalamualaikum..

The Entry That Speaks My Mind

Imej
Assalamualaikum.. Hari yang memenatkan.. Balik bilik pun dah hampir pukul 5.. Esok juga bakal jadi hari yang memenatkan.. Dari pagi sampai ke petang.. Ahh!! Kenapakah aku sukar nak menyemai cinta pada hospital? Kerapkali aku merasa dan bosan, seolah merasakan ianya bukan tempat aku, bukan dunia aku.. Heh.. Gila bukan? Sempat aku berblogwalking lewat petang tadi.. Terjumpa dengan satu coret dari gadis manis bernama CIK IMAN .. Terpaut aku pada coretan itu kerana dulu aku pernah bertemu dengan persoalan seperti itu, tapi aku tak jumpa patah kata dan susun ayat untuk zahirkan apa yang di dalam hati aku.. Aku petik baris ayat yang mencuit tangkai hati aku dan mengingatkan aku dengan perbualan aku dengan seseorang tak lama dulu.. Sedikit lebih kurang dengan situasi macam di bawah.. " Perempuan tak kan bertanya :  'Awak dah makan? Penat ke keje arini.. Kesian awak..  Or  Awak lapar ke? Saya boleh tolong masakkan'  just for the sake of asking.. And we don't ...

Dulu Tak Berkenan, Sekarang Dah Sayang

Imej
Assalamualaikum.. Selamat pagi Isnin semua.. Segar terasa bangun pagi Isnin selepas berpenat jalan seharian semalam.. Janji temu dengan sahabat baik tercinta, bersama dua orang yang lain, cukup seronok.. Menonton wayang di E@Curve, makan-makan di Kenny Rogers, layan bowling, jalan-jalan usha booth yang menjual barangan untuk perayaan Krismas nanti, dan makan dan jalan dan makan.. Fuh!! Buncit rasanya perut..  Balik pada tajuk kita, apa benda yang dulunya aku tak berkenan? Apa lagi kalau bukan KUCING!! Aku kurang berkenan atau dalam erti kata lain aku seram, ngeri, geli dan takut pada kucing, terutama sekali anak kucing.. Kalau ada kucing yang tiba-tiba didukung dan disuakan pada aku, memang akan kedengaran jeritan aku sebatu jauhnya.. Takut weh!! Haha.. Tapi selepas bertemu dia, aku dah jatuh cinta.. Sebab dia sangat comel!! Tambah bila dia buat muka seperti di bawah dengan mata bulat besar.. Tolonglah, rasa nak dukung dan bawa balik okay.. Itulah dia, si Pu...

Kod Rahsia : Eh, Ini Kes Malas Menaip Ke Apa?

Imej
Assalamualaikum.. Sabtu dah berlalu begitu saja.. Untuk akulah, mana tidaknya, lepak dalam bilik, makan, tidur, tengok cerita Hindustan, sedar-sedar dah malam.. Haha.. Sebenarnya, mood sekarang malas sikit nak menulis.. Tapi nak up entry.. Haaa.. Macam mana kes tu? Jadi aku up saja entry dengan QR Code, bukan kod rahsia apa pun.. Silalah scan untuk melihat isinya.. Malam-malam kalau aku tak ada kerja, aku jalan-jalan dalam internet cari QR Code dalam blog orang sebab kadang-kadang ada yang suka tepek benda alah ini, seronok sangat duduk kerja scan, macam budak-budak.. Kerja tak berfaedah kan? Haha.. Di bawah ini, yang paling besar ini, bukanlah kejiwangan melampau, tapi kesukaan buat masa sekarang.. Mood TENTANG DHIA membuatkan aku cenderung menyukai sesuatu di bawah.. Best juga TENTANG DHIA.. Hehe.. *Eh, panjang dah entry ni..* =p Okay.. Sampai sini.. Selamat malam semua dan enjoy hujung minggu anda.. Assalamualaikum.. HEART SPEAKS

Malam, Kau Bawalah Rinduku Untuk Dirinya Yang Jauh Dariku

Imej
Assalamualaikum.. Selamat  malam semua.. Jam dah pun menunjukkan pukul 10.17 malam.. Esok dah mula free sampailah Ahad.. Jadinya, harus diisi dengan apa yang patut.. Bukan selalu ada masa terluang, kalau ada pun, selalunya kerja aku memang membuta saja.. Heh.. Sedap kan tajuk entry aku? Haaaa!! Mesti ada yang kata, layan jiwang manjang aku ni kan.. Hehe.. Dalam lebih kurang 1 jam 43 minit, jiwa, minda dan emosi akan masuk ke alam cinta yang membuai jiwa dan perasaan.. Entah apa mimpi malam ini, ter"booking" wayang tengah malam, layan jiwang di OU2 bersama Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Bront Palarae.. Harapnya aku tak menangis.. Haha.. Jom kita berOMBAK RINDU.. Habis wayang pun mahu dekat jam 2 pagi.. Round-round Kuala Lumpur pun style juga.. Layan perasaan orang kata.. * * * * * OMBAK RINDU Tuhan tolong lembutkan hati dia Untuk terima ku seadanya Kerna ku tak sanggup Kerna ku tak mampu Hidup tanpa dia di sisi ku Tuhan aku tahu bany...