Resepi Lasagna Yang Tak Berapa Nak Cun Tapi Boleh Tahan Sedap

Assalamualaikum.

Petang Sabtu yang penuh nikmat. Hujan turun dengan agak lebat di bumi Melaka walau cuma sekejap saja. Kisah pesawat MH370 juga sudah menemukan klu terbaru, moga doa kita yang tak pernah putus ini didengariNYA. InsyaALLAH.

Dah lama tak berkongsi makanan, kali ini walaupun makanan western ini tak secantik mana tapi habis dimakan sekelip mata. Satu loyang besar aku bikin, tak sampai semalaman dah pun selamat masuk ke dalam perut adik-adikku. Inilah dia Lasagna selera Melayu yang sedap tapi tak berapa nak ada rupa sangat. Haha. Buruk sikitlah.

Lasagna ini aku ambil resepinya dari blog Cik Epal, jadi bagi sesiapa yang nak cuba bolehlah ke blog beliau untuk step-step memasak LASAGNA. Tapi aku cuma ambil resepi sos putihnya saja sebab resepi intinya aku gunakan resepi aku sendiri, resepi yang sama ketika aku masak SPAGHETTI BOLOGNESE SELERA MELAYU. Cuma apa yang berbeza adalah :

1) 1 botol sos spaghetti saja digunakan TAPI ayam tetap satu bungkus (400gm)
2) Aku tambah oregano, lada hitam dan cendawan butang
3) Aku TIDAK tambah air sebab inginkan intinya kering

Dek kerana ini kali pertama aku cuba, jadi aku agak failed bila masak kepingan lasagna tersebut, silap aku kumpulkan sekali sebab ianya melekat. Hahaha. Padan muka aku. It's okay. We learn from mistakes. Lain kali tak buat dah. Janji!! :)

Sampai jumpa lagi dalam segmen resepi dan masakan kita. Eceh. Salam hujung minggu semua. Jaga diri. Assalamualaikum.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?