Mandarin Dan Hujung Minggu | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Mandarin Dan Hujung Minggu

2 comments
Assalamualaikum.

Orang kata, skill kalau ada, tapi tak guna apatah lagi diasah bagi sentiasa tajam, lama-lama nanti akan tumpul. Samalah macam apa yang aku lalui sekarang. Walaupun pada hakikatnya aku habiskan hampir 10 tahun hidup aku di zaman muda belia dulu bersekolah di sekolah Cina tapi atas sebab aku tak selalu praktis, makanya sedikit sebanyak skill aku untuk berbahasa Cina dah mula berkarat sedikit.

Bila berbahasa pun dah karat, membaca dan menulis apatah lagi. Ya tak? Makanya hujung minggu aku selalu aku isi dengan asah balik skill lama. Apa yang aku buat? Senang sangat. Bagi sesiapa yang tahu Mandarin tapi dah sama berkarat macam aku pun boleh tiru macam saya, kasi asah itu skill. Ecewah ayat.

1) Muat turun koleksi lagu Mandarin. Dan jangan lupa cari sekali liriknya, TAPI dalam tulisan Cina ya. Barulah namanya belajar. Kalau memang dah tahap karat sangat tak ingat satu apa pun, cari lirik dalam tulisan Cina berserta dengan sebutannya.

2) UBAH setting bahasa dalam handphone anda. Itu yang aku buat sekarang. Aku ubah setting dan aku taip nota, reminder, semuanya dalam bahasa Cina. Ini secara tak langsung boleh tolong aku ingat semula mana-mana tulisan Cina yang aku dah lupa.

3) Beli buku nota. Tulis semula lirik lagu Mandarin yang kau dah selalu dengar di bahagian 1. Ini cara untuk praktis menulis. Mudah kan?

4) Download banyak-banyak rancangan variety show dari Taiwan yang ada subtitle Cina, ataupun drama Taiwan. Boleh belajar semula sebutan Mandarin dengan sedap dan melalui subtitlenya dah tentu boleh belajar menulis.


And, itulah step-step yang aku tengah praktikkan sekarang. Mula-mula susah sikit tapi bila dah boleh recall, makin hari makin mudah kerja. Lagipun zaman sekarang nak cari kerja, boleh berbahasa selain dari Melayu dan Inggeris pun satu kelebihan. Betul tak? Especially untuk job seeker, macam aku. Heee.

Salam hujung minggu semua. Have a great weekend ahead. Jaga diri. Jaga kesihatan. Minum air banyak-banyak. Assalamualaikum.


P/S : Kadang-kadang kita nak luahkan perasaan, tapi kita tak nak orang tahu, cara macam dalam gambar di atas tu yang selalu aku buat. Hmmm.


2 Comments Here:

Megat Mohd Hisemudin Megat Kasim berkata...

Boleh juga ke www.ebookmandarin.com untuk mendalamai serta asah balik yang berkarat tu.

Time Traveller berkata...

Setuju tu... Bahasa lain yg pernah kita belajar tapi kalau tak praktikan nyyer mmg berkarat abis :D

ok will take note tu asah balik huhuuu.. well thumb up sebb ada usaha nak asah balik :D

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.