Melawan Kesepian

Assalamualaikum.

Salam 4 pagi. Semenjak melalui sebuah kehidupan yang dinamakan "cuti panjang" ini, banyak jugalah masa yang terluang. Selain dari aku isi dengan pembelajaran skill itu dan ini, aku juga kerap berjalan dalam dunia maya, cari bahan bacaan, tambah ilmu mana yang kurang mana yang dangkal.

Sempat lagi aku belek coretan-coretan lama yang dipahat di dalam lembaran blog ini. Banyak tulisan-tulisan yang pelik lagi jiwang aku baca, yang ditulis oleh seorang aku, aku yang dulu. Lawak juga membacanya. Aku perhatikan komen-komen di setiap coretanku. Zaman itu memang banyak kunjungan, komen cecah berpuluh-puluh, ramai kenalan, terasa seperti dunia maya ini seperti sebuah keluarga besar. Walau ramai yang mendiaminya, tapi setiap dari mereka, adalah kenalan.

Tapi bila dijejak setiap dari mereka, ramai yang sudah menyepi. Hilang. Tanpa khabar dan berita. Malah ramai juga yang memilih untuk memprivasikan coretan dalam laman blog mereka. Yang dulunya rapat pun, boleh dibilang dengan jari berapa banyak yang masih berhubung dan bertukar cerita. Tapi ada juga yang jarang-jarang aku bertanyakan khabarnya. Masing-masing sudah ada kehidupan yang lebih penting untuk diuruskan.

Orang-orang yang tinggal berblog sekarang, begitu terasa sekali bezanya dengan mereka yang aku kenal saat aku mula berkecimpung dalam dunia tulisan maya ini. Tak ramai lagi rasanya mereka-mereka yang aku kenal, yang seperti dulu, yang boleh aku masuk dan ngam. Mungkin aku tidak berapa cocok untuk bercampur dengan komuniti blog zaman sekarang. Yang mana aku sangat terasa dengan bezanya, dulu dan sekarang. Huhu.

\

Kadang, aku menulis. Tapi perasaan aku ketika menulis itu adalah sepi. Sepi yang tak pernah aku rasa saat mula aku menulis dulu. Tapi selepas hampir 5 tahun, perasaan itu yang aku rasa, yang aku bawa sekali dalam penulisan aku. Sepi dunia maya. Huhu.

Aku ingin terus menulis. Tapi tak mahu lagi sepi. Melawan kesepian? Bisa dilakukan barangkali. Dan harapnya, aku terus menulis di sini, terus. Terus. Selamat pagi semua. Salam Subuh.

Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?