Untuk Tontonan Wanita Yang Menjaga Keterampilan, Memelihara Kecantikan, Dan Menjaga Kesihatan | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Untuk Tontonan Wanita Yang Menjaga Keterampilan, Memelihara Kecantikan, Dan Menjaga Kesihatan

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Mesti nak kata tajuk entry kita panjang sampai sapu lantai kan? Alah. Sekali sekala sapu lantai blog Cahaya Yang Riang Gembira apalah salahnya. Haa! Haa! Haa! Itu mesti nak kata, "cerita Korea lagilah tu!!!" Hahaha. Eh! Okay apa. Aku kongsikan benda yang baik-baik saja, yang berilmu dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita seharian. Percayalah.
O_O

Bagi yang dekat rumah ada Astro dan memang selalu melekat depan TV tengok KBS World dengan ONE mesti tahu reality variety show apa yang aku nak kongsikan? Tepat sekali.

THE HUMAN CONDITION - FEMALE SPECIAL (Yang terdiri daripada 5 orang comedian wanita @ gag woman dan seorang announcer @ TV anchor bagi stesyen tv KBS)

P/S : Credit pictures to the uploader ^^

PICTURE TAKEN FROM GAG CONCERT FACEBOOK

The Human Condition adalah satu reality variety show yang mengetengahkan human experimentation project tentang unsur yang ada dalam kehidupan seharian kita sebagai manusia. Bagaimana kita boleh hidup tanpa unsur-unsur penting tersebut. Sebelum ini dah banyak projek yang mereka buat, antaranya adalah LIVING WITHOUT WATER, LIVING WITHOUT ELECTRIC, LIVING WITHOUT MONEY, LIVING WITH RECOMMENDED CALORIES, LIVING WITHOUT STRESS, dan banyak lagilah.

Projek kali ini ada 4 episod keseluruhannya dan temanya adalah LIVING WITHOUT CHEMICAL PRODUCT. Haaa! Macam mana nak hidup tanpa chemical product sebab boleh katakan kehidupan kita terlalu banyak menggunakan barang yang berunsur kimia. Contoh SKINCARE, MAKEUP, CLOTHES, SHAMPOO, SHOWER GEL, TOOTHPASTE, KITCHENWARE dan berjuta-juta lemon lagilah barang yang ada bahan kimia.

PICTURE TAKEN FROM HERE

Atas sebab itu, rancangan ini memang sangat aku sarankan untuk wanita yang menjaga keterampilan, memeliharan kecantikan tapi yang penting sekali, dalam masa yang sama dia nak jaga kesihatan. Sebab pemakaian barang-barang yang mengandungi bahan kimia tertentu untuk jangka masa panjang kadang boleh mendatangkan penyakit tak kiralah minor or major disease.

Jadi dalam rancangan ini anda akan lihat bagaimana orang yang dah memang biasa pakai makeup sebab muka memang selalu keluar TV especially TV anchor, mengatasi masalah LIVING WITHOUT CHEMICAL PRODUCTS. Macam mana dia nak makeup? Tak mungkin seorang TV anchor akan ber"bare" face di depan kaca TV. Betul tak? 

Jadi macam-macam research yang mereka cari, contohnya penggunaan bahan organik dalam pembuatan skincare, makeup, shampoo malahan juga ubat gigi. Contoh terbaik boleh tengok gambar di atas macam mana mereka buat SKINCARE SETS yang terdiri daripada cleanser, toner dan moisturizer dengan menggunakan cuma bahan organik. NO CHEMICAL.


Agak mencabar jugalah kehidupan seminggu mereka, dengan cuma gosok gigi guna garam, rambut tak bershampoo, muka tak bercuci dan banyak lagi kesusahan lain. Tapi mereka berjaya atasi satu demi satu. Belajar menggunakan pakaian yang 100% cotton, alatan dapur yang terdiri dari tanah liat dan sebagainya, ubat gigi yang dibuat sendiri oleh mereka, dan paling mengkagumkan adalah MAKE UP. Bahan-bahan yang mereka gunakan untuk makeup memang tradisional habis.

Dah kata ada 5 orang comedian, jadi dah tentulah rancangan ini kecoh dan akan buat anda ketawa tak kering gusi selain membuka besar mata anda. Makanya, ini adalah satu rancangan yang patut ditonton, tak kiralah untuk wanita atau lelaki. Paling kurang kita boleh belajar ubah sikit-sikit, minimalkan penggunaan bahan kimia dalam kehidupan harian, untuk diri kita dan alam sekitar juga sebenarnya. Betul tak?

Okay semua. Sampai sini. Bagi sesiapa yang berminat nak tonton boleh klik link di bawah. Selamat menonton. Assalamualaikum.


LIVING WITHOUT CHEMICAL PRODUCTS




PART 4 (22 MARCH 2014)

0 Comments Here:

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.