Etika Membeli Seorang Pembeli, Terima Kasih @vfyprint

Assalamualaikum.

Salam hujung minggu. Tahu tak? Menulis dalam 2 blog yang kedua-duanya masih aktif tapi menggunakan 2 bahasa yang berlainan adalah sangat mengelirukan dan juga mencabar. Bila aku menulis di INIBELOGKDRAMA, aku banyak menulis dalam bahasa Inggeris, kadang ada waktunya aku teringin juga nak menulis dalam bahasa Cina tapi takut tak ada yang membacanya. Lari pula pembaca-pembaca setiaku.

Di Cahaya Yang Riang Gembira pula, aku suka bersastera dan bermadah dengan bahasa Melayu yang kadang aku rasa seninya mungkin cuma aku saja yang faham. Dan itu dinamakan syok sendiri ya. Haha. Okaylah, entry hujung minggu kali ini lebih santai dan tak ada sastera dan madah pujangga. Aku mungkin bukanlah seorang yang sesuai untuk melontarkan pandangan tentang ETIKA jadi aku menulis ini sebagai seorang manusia, yang neutral, kekiri tidak kekanan juga tidak.

Aku terpanggil untuk mencoret sedikit buah fikiran aku, barangkali semenjak dua menjak sudah bekerja dan meninggalkan title student, aku sangat aktif dan berjinak-jinak dalam dunia shopping online. Segalanya kini hanya di hujung jari.


Pembelian terakhir aku adalah pada 26 MARCH 2014 yang lalu, yang mana aku membeli CUSTOM PRINTED CASING HANDPHONE. Manusia pun berbaju, handphone pun teringin juga. Haha. Makanya aku berurusan dengan VFYPRINT untuk urusan membeli casing handphone. Servis mereka aku boleh katakan aku berpuas hati secara overall. Lambat sikit bagi aku standard, sebab bisnes mereka sekarang sangat maju dan berkembang, jadi aku faham keadaan mereka.

Di sinilah timbulnya idea aku untuk cerita pasal etika selepas melihatkan dalam dunia berniaga terutama online, peniaga kerapkali ditekan, dibebel, dan kadang sampai dimaki. Kenapa? Kadang sebab lambat balas mesej mereka, kadang sebab barang lambat sampai, kadang sebab benda yang bagi aku sangatlah remeh. Kalau peniaga buat silap, tak salah untuk tegur, tak salah untuk tanya. Tapi bukan ditekan, dibebel dan dimaki.

Prinsip aku sebagai pembeli, AKU NAK BELI SESUATU DARI SESEORANG, JADI AKU KENA SABAR. BUKAN KITA SAJA PELANGGAN MEREKA. Kalau peniaga boleh sabar dengan ragam dan kerenah pelanggan, kenapa pelanggan tak boleh sabar sedikit. RESPECT EACH OTHER!! Itu saja. Selagi mana mereka tak terlibat dalam menipu wang anda, apa hak kita nak melayan mereka dengan teruk. Kan?


Orang mungkin kata kereknya dan kecohnya aku nak sebut pasal etika. Mungkin sebab aku dah nampak banyak sangat masalah yang melibatkan etika di kalangan pembeli jadi tangan aku terasa gatal nak menulis. Bagi peniaga, ada juga yang bermasalah, tapi mungkin bukan tempat atau hak aku untuk bercakap sebab aku bukan peniaga dan tiada pengalaman berniaga. Jadi  aku ceritakan masalah di kalangan pembeli.

Mesti kita pernah dengar kan, kalau kita sebarkan aura positif, automatik segala yang positif akan datang melekat. Kalau kita buat baik dengan orang, berlembut, mesra, bertoleransi, sabar dan hormat, aku rasa sesiapa pun akan automatik hormat pada kita. For me, it's as simple as that.


Proses berjual beli ini aku boleh samakan macam sebuah persatuan. Ada presiden, ada naib presiden, ada setiausaha, ada bendahari, dan ahli jawatankuasa. Setiap dari mereka ada tugas mereka, bahagian mereka. Mereka yang memegang jawatan itu, mereka tahu apa yang mereka perlu buat. Masing-masing ada role, jadi selagi dia tak menyalahgunakan jawatan, tak mebuat kesilapan, dan melaksanakan tugasnya dengan baik, kenapa perlu kita nak tekan (push), condemn, ataupun caci maki. We can live peacefully, right?

  Sama macam penjual dan pembeli. Penjual tugasnya menerima order, memproses order, dan menghantar order. Pembeli pula membeli dan membuat bayaran. Betul tak perumpamaan aku? Kalau tak betul, aku susun 10 jari memohon maaf.

If you can live a life peacefully and full of love, why do you still want to choose hatred, anger, arguing and fighting? It will consume you inside and out, and it really tires you.

Well then I guess till here then. Take care people. Sorry if there is any word in my entry that may hurt you unknowingly, I'm deeply sorry. Have a great weekend. Assalamualaikum.

Ulasan

Nizam Gtz berkata…
Siyes cantik baju handphone Dr tu haha

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?