"Ibu" Yang Terlupa Pada "Anak" Sendiri : 2 Tahun Telah Berlalu
Assalamualaikum.. Salam pagi Isnin semua.. Dah berapa hari dah di Melaka eh? Sekejap sangat rasa.. Tak Khamis, mungkin Jumaat balik.. Duduk rumah dengan mak terjaga sikit makan minum, study pun hati senang.. Sampaikan mak suruh balik hari Ahad.. Ekeke.. So.. Sebelum kita mula membelek buku dan study, kita update dulu.. Tajuk entry nak dramatik, nak gempak saja kan.. Selepas dua tiga hari duduk di rumah, perasaan dah kembali stabil, tak ada dah rasa nak amukan satu Ipoh mahupun satu Melaka.. Whoa!! Dan dah boleh buat muka comel ala-ala kanak di bawah ini.. Actually mungkin aku lebih comel lagi daripada kanak-kanak itu bila buat mimik-mimik muka begitu.. Aku rasalah.. Sebabnya adalah beberapa blogger yang kalau duduk bertweet dengan aku, berFB dengan aku ke, mesti panggil aku HAI COMEL atau TAKE CARE CUTIE.. Muahaha.. Sambung kita pada kisah "ibu" yang dah terlupa langsung pada "anak" sendiri.. Dahsyat punya mak ohh.. Maklumlah, dah tua pun dah maknya.. 24 kot.. Eh ke...