Resepi Sarapan Pagi Atau Minum Petang Yang Mudah Dan Menyelerakan?


Assalamualaikum.

Orang jangan dipandang pada rupa, selalu pandang pun pasti ada manisnya. Sama jugalah macam makanan, jangan dipandang nampak sememeh tapi rasanya dah rasa sekali nak dua kali. Eh! Percayalah! Kekeke. Dah lama tak memasak dalam blog. Ya tak? Sebelum ini sibuk nak memasak masa bulan puasa saja. Giat post makanan itu makanan ini.


Kali ini resepi mudah dan menyelerakan adalah untuk sarapan pagi atau minum petang. Tekak aku kalau nak ikutkan tak adalah western mana. Tekak Asia lebih dominan. Tapi sekala sekala layan roti dan keju apa salahnya. 

Resepi kali ini memang senang. Pejam mata pun boleh buat. Jom tengok bahan apa yang diperlukan untuk buat sarapan mat Salleh yang mereka selalu sebut, "EGG IN A HOLE". Resepi yang agak popular dikalangan kanak-kanak tapi tambah sikit apa yang patut untuk menyedapkannya.

Boleh aku beri nama ROTI TELUR BERLUBANG RIANG GEMBIRA??? Erk! Macam buruk! Haha.


BAHAN - BAHAN :

Sekeping atau dua keping roti (Macam yang kuat mencekik seperti aku, dua kepinglah.)
Cheese setengah keping atau sekeping ikut selera
Telur sebiji
Marjerin sedikit
Lada sulah ikut selera masing-masing
Gelas atau cawan kecil

CARA - CARA :

1) Tekap roti dengan menggunakan mulut cawan dengan tujuan untuk mebuat lubang bulat pada roti.

2) Bulatan kecil roti yang ditekap keluar itu tak perlu dibuang. Boleh dibakar sekali atas pan.

3) Panaskan pan non stick. Sapukan marjerin di atas pan yang telah dipanaskan. Masukkan roti yang telah dilubangkan tadi. Tekap sedikit pada pan.

4) Pecahkan telur ke dalam lubang pada roti. Hati-hati jangan sampai kuningnya pecah. Nanti tak cun. Gunakan api kecil supaya roti tak hangus semasa dibakar dan supaya telur dapat masak. Kalau nak bubuh lada sulah sedikit ke dalam telur yang dipecahkan tadi pun boleh juga.

5) Bila dah agak-agak telur dah masak dibawahnya, roti pun dah coklat-coklat, dengan perlahan-lahan terbalikkan roti untuk masak telur yang dibahagian sebelah lagi. (Aku suka roti dia garing-garing, bila dipotong masa nak makan memang pergghhh!)

6) Ini pun ikut selera. Ada orang suka makan telur kuning yang separa masak. Ada yang suka masak sepenuhnya. Ikut andalah ya.

7) Bila dah diterbalikkan, biarkan seketika untuk telur masak. Ketika ini, anda boleh carik-carikkan cheese dan tabur di atas roti. Haba yang datang dari bawah roti akan mencairkan cheese.

TIPS : Aku tak suka letak cheese dulu baru terbalikkan roti sebab somehow cheese cepat hangus. Tapi terpulang pada anda.

8) Dah agak-agak masak, boleh diangkat dan makan. Tapi kalau aku, aku akan bakar lagi sekeping roti untuk dijadikan pengapitnya. Aku bakar sebelah. Dah agak garing, aku terbalikkan sebelah lagi untuk dibakar. Ketika ini pun, aku carikkan sedikit cheese untuk ditabur.

9) Bila dah siap, aku kepitkan kedua roti tersebut dan bolehlah dimakan menggunakan garfu dan sudu. Kekeke. 


Sarapan ini agak memuakkan bagi aku sebab cheese, sebab itu aku lebih prefer gunakan setengah keping cheese saja. Sebab cheese pun dah masam dan masin, banyak sangat nanti tak sedap. Tapi itu juga terpulang. Sebab ada orang suka gila makan cheese.

Jadi beginilah hasilnya. Cheese yang mencair di atas roti kelihatan sangat menggoda kan? Dia macam ada rasa roti telur sikit, pizza sikit, roti bakar sikit. Hehe. Memang sarapan yang bagus untuk memulakan hari anda. Memberi tenaga untuk bekerja. Hehe.


Jadi, bagi sesiapa yang nak mencuba, selamat mencuba. Selamat berhujung minggu. Assalamualaikum.





Ulasan

Time Traveller berkata…
Waaa. menarik nie.. boleh cuba.. eh .. memang akan cuba nie hahaha..

memang terbaik.. :D
Adziim berkata…
xleh mkn hari2 ni..mau kena fatty liver ni.
@Time Traveller Ni kanak-kanak punya kegemaran. Sebab dorang kan picky eater. Tapi bak kata orang bawah, tak elok makan selalu. Hehe. :)
@Adziim Haha. Tu dia. Sampai fatty liver. Memang tak boleh makan hari2, sbb cheese memuakkan. Sekali dalam sekala takpe. :)
akira sendoh berkata…
hehe..da buat dlu..msa tingkatan 5..keke...sbb suka deco masak dengan kakak..hehe
Tanpa Nama berkata…
tq so much for sharing this recipe!
@Anonymous Nothing much. Just a simple recipe that I took from the internet and modify it to suit my taste. Anyway, you're welcome. :)
nurun berkata…
yum yum sdeap
Tanpa Nama berkata…
Emmm..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?