Gila Gadget?

Assalamualaikum.

Salam 5 September. Hujan lebat di pagi hari membasahi bumi Melaka, enak kalau dapat berbungkuskan selimut sambil melepak kemalasan di atas katil. Ya tak? Tapi lebih enak kalau dapat duduk menghidu bau hujan di tepi tingkap. Hehe. Sambil-sambil merenung langit, menikmati hujan, memikirkan juga masa depan, kesihatan yang turun naik, bagaimanakah nanti? Huhu.

Semalam selepas berjumpa dengan pakar tulang, macam-macam benda bermain di fikiran. Kita manusia, bukan selamanya akan sihat. Akan datang waktunya kita sakit dan uzur, jadi bersyukurlah selalu dengan nikmat sihat yang Allah beri. :)

Eh kejap! Apa cerita gila gadget dengan pembuka kata yang bercerita pasal kesihatan tubuh badan? Hehe. 


Sebenarnya aku cuma nak kongsikan kegembiraan perasaan selepas Samsung baru melancarkan SAMSUNG GALAXY NOTE 3 dan SAMSUNG GALAXY GEAR WATCH! Waduh waduh waduh! Mabuk sebentar dengan rasa excited yang melanda. Haha.

Aku bukan wanita yang gila shopping baju, kasut, tudung, rantai, gelang, tudung dan apa juga yang dipakai pada tubuh badan. Orang tengok aku kali pertama pun dah boleh agak rasanya. Aku pakai baju, kasut, tudung yang pusing-pusing balik cuma itu, ini saja. Asal selagi boleh pakai, aku akan pakai sampailah lunyai. Mak selalu bebel bila aku pergi shopping complex cuma pakai baju kaftan, seluar slack, tudung kalau tak hitam, purple atau biru gelap dan akhir sekali sarung sweater. Mak akan kata, kenapalah suka mengutuk diri. Pakailah benda yang elok sedikit. Haha.

Mungkin aku tak gila semua benda yang disebut di atas, tapi aku adalah seorang yang sangat gilakan gadget. Satu lagi sifat yang membuat mak aku pening dengan anak daranya yang seorang ini. Keluar Galaxy Note 2, nak beli Note 2. Keluar Samsung Galaxy S4, nak beli S4. Tapi nasib baik sebab gila yang ini datang bila aku sudah mula bekerja. Nice timing!! 



Dan sekarang dua peranti dari Samsung ini berkemungkinan akan dipasarkan pada 25 September dengan speks yang cukup mencairkan hati. Mana tak tergodanya. Ouch!! Selain dari Samsung, Sony juga telah melancarkan Xperia Z1 (HONAMI) yang turut sama nak menggoda para penggila gadget. Dan tak lama lagi, khabarnya Apple juga akan melancarkan Iphone 5S dan 5C. Haaa!! Pilih jangan tak pilih ya.


Setulusnya, aku dah terpaut dengan Note 3. Harus bekerja keras membanting tulang mulai sekarang. Kekeke. Jadi bagi sesiapa yang nak tahu berita lebih lanjut boleh singgah ke OhGeekz dan Amanz.My.

Selamat berhari Khamis semua. Jaga diri. Assalamualaikum.


:)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?