Not Everything Comes Easy In Life :)
Assalamualaikum.
Salam hujung minggu dan salam kasih sayang untuk semua.
"Not everything comes easy in life."
Tak pelik pun. Memang ini diakui semua. Kau tahu, aku tahu dan kita semua tahu. Tak semua di dunia ini datang dengan senang dan mudah. Ada benda yang memang senang kita dapat, ada pula yang sukar. Dan antara kita dan orang lain juga berbeda. Ada sesuatu yang kita senang dapat tapi sukar untuk orang lain, begitu juga sebaliknya.
Tergerak hati aku untuk mencoret sesuatu selepas apa yang aku lalui hari ini. Satu pengalaman
orang kata. Walaupun hakikatnya pengalaman ini memang selalu dah aku lalui. Ianya bukan kekalahan atau tak keberuntungan. Cuma ibarat batu penghadang jalan yang buat kita jatuh dan tersadung, luka sedikit, sebelum sampai ke destinasinya.
Dek kerana usia aku yang makin hari makin menua (Menua? Haha!), ramailah rakan dan saudara mara yang cuba mengkenenkan dengan orang itu, memadankan dengan orang ini, berkawan dengan yang di sana, berkenalan dengan yang di sini. Aku sikit pun tak berkecil hati dengan cakap-cakap orang dan usaha orang untuk aku. Kadang kalau aku rasa mahu
mencuba, aku lakukan juga. Kata orang, manalah tahu kalau ada jodoh di situ. Dan seperti yang sebelum-sebelum ini, kali ini juga sama seperti yang sudah. Belum rezeki dan bukan jodoh.
Tengahari buta inbox facebook aku dah digegarkan dengan seseorang yang berstatus "bekas kekasih". Mahu tahu aku siapa. Mahu tahu itu mahu tahu ini. Aku layankan dengan baik. Aku jawab satu persatu supaya tiada salah faham. Susah juga sebenarnya perjalanan awal nak mengenali hati budi orang. Jadi aku ambil keputusan untuk berhenti di situ. Tipulah kalau kata tak terasa hati, tak tercalit rasa yang dinamakan sedih tapi itulah satu lagi batu yang menghadang jalan. Bukan terasa dan bersedih kerana cinta dan perasaan, tapi kerana usaha yang terkandas di tengah jalan.
Ada orang perjalanannya ke arah itu mudah. Ada pula yang banyak ranjau dan dugaan, jatuh tersadung berkali-kali sebelum sampai ke destinasi. Jadi bersabarlah, dan percaya pada ketentuan DIA.
Allah beri rezeki kepada aku dari segi pekerjaan yang elok, keluarga yang menyayangi, sahabat yang sangat baik cuma rezeki untuk sebuah hubungan yang membawa kepada perkahwinan itu belum lagi. Jadi, aku mengerti. Aku terima seadanya dan redha. Tak salah kita mencuba, mencari rezeki untuk kehidupan kita, cuma kita kena kuat dan tabah. Sabar, itu perisai utama selain doa, dalam hidup untuk menuju ke arah sesuatu yang lebih baik.
Semoga ada kisah bahagia untuk mereka yang berdua itu. Aku doakan. Dan untuk anda-anda semua juga, semoga beroleh kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Aamin. Mudah-mudahan. Selamat berhujung minggu semua.
Assalamualaikum.
HEART SPEAKS : Kadang aku bermimpi, ala-ala drama Korea, ada orang yang datang dengan "cool"nya mengeluarkan aku dan back up aku dari situasi pertelagahan tiga sudut dan berkata, "Dia saya punya." Haha. Gila punya imaginasi. Banyak sangat tengok drama oii!
Hmm. I miss a friend, Penyebab Senyuman Dalam Rahsia. Itulah Farhana, tangan kau gatal sangat tulis, bila dah baca cerpen jangan komen jangan respon jangan tanya. Jadi, bila orangnya dah baca, memang jangan komen jangan respon jangan tanyalah. Haha. Otak aku serta merta teringat kisah gadis kejuruteraan awam dan dia. Ahh! Aku tak patut menanti sebuah jawapan. (Tapi Menanti Sebuah Jawaban itu terlalu ekstrem sangat pula. Haha.) Sudahlah. Nanti kau alami rasa sama seperti rasa di atas. Rasa kecewa, lagi. Ya, ingat Farhana. LAGI!!! Shuh! Shuh! Jangan difikir lagi.
Ulasan