Orang Putih Kata "Teaser" Atau "Sneak Peek"
Assalamualaikum.
Semenjak dua menjak ini, semangat seperti berkobar-kobar. Semangat untuk meneruskan impian zaman dulu kala, impian menulis, bukan 1 bab, bukan 2 bab tapi mungkin sampai berpuluh bab hingga boleh dibukukan. Selepas menyiapkan satu cerpen dan publish, terasa kepuasan yang tak terhingga.
Maka datang lagi semangat untuk membuat projek baru, percubaan yang ketiga. Harap aku beristiqamah dan boleh kabulkan impian sendiri yang diangan-angankan sejak dari dulu lagi, iaitu hasilkan sebuah novel. Dan mungkin selepas itu, novel kedua, ketiga dan seterusnya. Doktor ini dah makin jauh dari dunia sains dan makin sakan pula bercinta dengan dunia seni. ^^
Rangka keseluruhan dan plotnya telah siap aku karang, cuma rangka untuk bab ke bab saja belum selesai lagi. Untuk prolog saja aku ambil masa satu jam untuk siapkan. Agak-agaklah, berapa lama masa akan aku ambil untuk selesaikan sebuah entiti yang dinamakan novel? Hehe.
Adik aku dah cadangkan, siap saja novel ini nanti, bolehlah hantar manuskripnya ke Karya Seni, Kaki Novel ataupun Penulisan2u. Heh. Entahlah, macam besar pula angan-angan nak hantar manuskrip. :)
Jenuh juga aku duduk fikirkan jalan cerita dan plot yang fresh sedikit. Sedikitlah. Haha. Tajuk pun sampai dah 3 kali bertukar, akhirnya aku decide untuk melekat dengan tajuk "MY LOVE, CIK DOKTOR." Ewah! Dah macam drama Korea My Love Madame Butterfly pula ya. Kekeke.
Novel ini memang imaginasi semata-mata. Tak seperti 2 buah cerpen aku yang sebelum ini, yang banyak memuatkan kisah hidup yang benar-benar belaka. Kali ini, third person narrative jadi pilihan. Sudah tentulah kan. Kalau novel gunakan first person narrative, memang payahlah. Kecuali kalau memang hebat menulis.
Dan macam yang banyak aku lihat di blog novel online yang lain, penulisnya suka mengimaginasikan siapa yang memegang setiap watak dalam novel mereka, jadi aku pun tak teragak-agak untuk mengikut trend tersebut. Dan barisan manusia pilihan aku, tadaaa!! Pening nak cari siapa yang sesuai untuk watak dalam novel My Love, Cik Doktor. Akhirnya, inilah dia tunjang utama novelku.
:)
JANG DONG GUN HAN HYO JOO LEE JONG HYUN UEE |
Kira ini macam teaser, sneak peek orang putih kata untuk novel aku. Semoga diberi kelapangan masa dan kesihatan yang baik untuk menghabiskan novel ini. Dan mungkin juga menghantar manuskripnya ke syarikat penerbitan. Mana tahu. Rezeki ada di mana-mana.
Salam Subuh semua. Salam hari Selasa. Jaga diri elok-elok. Assalamualaikum.
:)
Ulasan
nanti kalo dah terbit jgn lupa bgtau yerk...
Sis boleh singgah link yang ini. Sebab saya publish dalam blog yang lain. :)
http://karyarianggembira.blogspot.com/2013/09/teaser-novel-my-love-cik-doktor.html
ThroughMyRetina
InsyaALLAH. Akan dipublish. Tapi bukan blog ni la. Blog lain yang lebih privasi. Eceh! Gitu kan. Haha.
Jemputlah baca. :)