Kad Raya Pengganti Diri


Sedar tak sedar, dah masuk hari ke-13 kita berpuasa, macam mana dengan pengisian hari anda selama 12 hari ini? Bagi aku, masih banyak lagi lubang sana sini, perlu lebih giat lagi untuk mengisi hari-hari dalam bulan Ramadan ini.

 Dan rasanya sudah ada juga kita-kita yang menjenguk pasaraya dan membeli kad raya. Masa ini adalah time-time posmen sibuk menghantar kad raya ke destinasinya. Hmm. Orang kata kad raya dah semakin pupus, orang sudah terbiasa dengan kemajuan teknologi. E-Kad, ucapan raya melalui SMS, Facebook, blog dan sebagainya. Orang merasakan kad terlalu leceh. Perlu pilih lagi, perlu tulis lagi, perlu sampul surat lagi, perlu setem lagi, perlu pos lagi dan lagi dan lagi. Jadi kita sekarang lebih selesa mengambil jalan mudah, dengan menggunakan sebaik mungkin kemajuan teknologi yang ada.


Aku suka kad raya. Aku suka baca. Baca dari tulisan. Tulis ayat sepatah demi sepatah. Aku suka ucapan yang ditulis. Aku juga suka ucapan yang sudah tersedia pada kad. Ianya bawa makna. Kad untuk mak ayah, kad untuk atuk nenek, kad untuk suami isteri, kad untuk adik beradik, kad untuk yang tersayang. Setiap dari itu sangat berbeza dan ada makna.

Sebab itu jika ke pasaraya untuk membeli kad raya, aku boleh luangkan masa sampai sejam lebih, semata-mata mahu cari kad yang ada ayat yang bermakna. Biar orang ingat kita bila baca. Biar orang ingat kita walau untuk raya pada tahun akan datang, ianya tetap dalam ingatan.


Ada kartun kesukaan!! Haha. Tahun ini, aku masih teragak-agak lagi, mahu hantar kad raya, tak mahu hantar kad raya. Setiap kali Syawal menjelma, aku tak hantar banyak mana pun kad raya. Cuma untuk sahabat handai yang dekat saja. Paling banyak pun 5 ke 6 keping. Dulu-dulu pasti mengharap balasan. Abang posmen lalu saja aku pasti jenguk, mana tahu ada kad raya untuk aku. Tapi sekarang, aku dah cukup gembira dengan menghantar kad raya. Itu maknanya, aku masih boleh ingat tentang seseorang itu. ^^

Walau macam mana jauh pun, ingatan itu satu benda yang takkan pernah luput selagi masih ada daya dan upaya. Betul tak? Selamat berpuasa semua. Selamat malam. Assalamualaikum.



HEART SPEAKS : Serasa aku, adalah dalam 2 tahun aku menghantar kad raya nun di sana pada seseorang. Tapi aku tak pernah tahu, samada kad itu selamat sampai atau tidak, samada kad itu dibaca atau tidak, samada kad itu bermakna atau tidak. Orang kata, sesuatu yang tak datangkan makna pada seseorang, takkan ada dalam ingatan dia. Ia datang pada dia, dan berlalu begitu saja. Hmm. Mungkinlah.  

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
kad lain....kad ada sentuhan peribadi.....org yg baca tu bleh tau kita ni ikhlas ke x....kn..?tp skrg dh cnggih kn...org pun makin lupa pasal kad ni....cnggih sgt jd bukan2 plak...best gak kn main kad ni...emm...trigat masa dulu...ceh..

yg kau kuasa 3 tu dh tukar jd apa dh??abang kuasa 3?hahaha....kidding....cite ah...nk tau gak...tgh bosan ni cik ana oi....dok cadang nk buat air mcfizz mcd wat bukak.....sprite cmpur dgn minute maid oren....kiu kiu kiu.....xtahan...gigil2

throughmyretina
@AnonymousSaya pun harap orang yang saya hantar kad tu boleh nampak keikhlasan saya. Hihi. Teringat masa dulu selalu hantar kad raya dekat kekasih hati ke Cik Anon? Hehe. :p

Kau kuasa 3? Abang kuasa 3? Apa bendanya tu Cik Anon? Macam pelik saja bunyinya. Haha. Awak hari-hari pun menggigil ya. Haha. Apa pun, selamat berbuka puasa. :)
Tanpa Nama berkata…
emm....kot cik ana x letak nma kot...tu yg dia x balas...xpun dia malu nk balas..xpun raya ni dia nk suprise cik ana...best kn klau apa yg kita harap jd betul2...kiu kiu kiu....ada teringat kt dia tu...tp ntah la...nmpknya kena move on la kot...sape la kita ni nk tnggu bulan...kena pagar bntang lg..cctv pun ada...tp serius ni...mmg tnggu dia...

ala...wat xtau...yg abg abg abg tu...eh...kau kau kau....guna oppa pun best apa...;-)
kn.........?mau x gigil...dahaga la td...skrg dh ok....hahaha...semngat ni nk pg traweh...hoho...

melaluiretinasaya
@Anonymous Haha. Saya selalu berangan kalau itu terjadi kalau ini terjadi, alangkah indahnya. Haha. Tapi, ianya tetap angan-angan kan.

Wah. Penunggu yang setia. Tunggulah kalau ianya berbaloi ditunggu. Tapi jangan tunggu lama-lama, nanti dikebas orang. Heee. All the best. :)

Laaa. Kau kau kau ke. Benda tu cuma dalam entry dan habis di situ saja. Takkan pernah terluah dek mulut, dan melepas rasa. Biarlah jadi rahsia diri sendiri saja. Heee. :)
Tanpa Nama berkata…
hahaha.....bestkn berangan ni...mmg la...yg jd knyataan tu yg susah sgt...teringin bila bgn dari tido sbb tersedar oleh ketukan pintu...dan org yg ketuk pintu tu adalah org yg selama ni kita tnggu...kiu kiu kiu...ada ke cmtu?berangan kn...mmg xmasuk akal...huh...

tunggu.....brapa lama lg agaknya...ntah la cik ana..nmpk gayanya kena move on...klau diri ni stabil...mampu...lama dh sunting dia...walaupun kenal x smpai setahun..hahaha...kn?xpayah nk cita byk...lpas khwin cita la nk cita apa...skrg ni...biar la dia...lgpun dh ada awek
baru...nmanya cik canon eos...hahaha...

ala....biar cmtu je...emm...apa bleh buat...cuba la hntar kad raya ke...mana tau ada rezeki...hah...tido dulu ye cik ana....mlm..

throughmyretina.....lg..

@Anonymous Haha. Takde apa yang masuk akal pun bila sebut pasal berangan ni. Hmmm. Untunglah ada Canon EOS. Boleh snap sana sini. Saya belum termampu lagi nak sambar. Guna aje la phone samsung ni kalau gila nak snap gambar. Hehe.

Hmmm. Kad raya. Berkemungkinan besar akan hantar. Orang tak ingat kita tak apalah, yang penting kita selalu ingat orang. Heeee. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?