Bahasa Lelaki Bahasa Wanita : Susah Ke Nak Faham?

Assalamualaikum.

Tahukah anda bahasa lelaki dan bahasa wanita adalah berlainan dan berbeza sekali? Bahasa ini hanya boleh difahami atas landasan yang dinamakan persefahaman, toleransi dan terus terang. Sebab itu wujudnya buku WHY MEN DON'T LISTEN AND WOMEN CAN'T READ MAPS. Aku sendiri baru baca separuh buku tersebut, memang merangsang minda dan pemikiran bila membaca buku tersebut. Buat kita tertanya, berfikir dan angguk faham.

Koleksi gambar di bawah aku ambil dari drama Lee Soon Shin Is The Best Episod 40. Wah! Ada 10 episod lagi. ^^

Scene ini cukup untuk jelaskan bahasa lelaki dan bahasa wanita berbeza. Inilah juga yang kadang-kadang buat aku pening kepala. Haha. Kita faham lain, tapi sebenarnya dia kata yang lain. Kita cuba sampaikan sesuatu, tapi dia pula tak faham tersirat di sebaliknya. Heh. Payah kan?


Dah sifat wanita begitu, hatinya mudah tersentuh. Bila seseorang lelaki terlalu baik padanya, automatik kepala otak dia akan mula keliru, kenapa dia terlalu baik dengan aku, kenapa dia selalu ada bila aku sedih dan bila aku gembira, kenapa dan kenapa dan kenapa. Ada wanita yang akan mula rasa suka, ada wanita pula yang akan mula jauhkan diri bimbang melarat pula rasa suka yang ada, ada wanita pula buat tak tahu dan abaikan saja. Hehe. 

Aku pula jenis yang cuba jauhkan diri, kata pada diri sendiri elak kalau boleh elak, biar jauh makin jauh, kerana masa dan jarak kadang waktunya akan buat kita lupa pada rasa. Tapi, ianya tak semudah itu. Aku, selalu saja kalah. Bukan senang nak jauhkan diri.


Si lelaki dah tentu-tentu tak faham apa yang  mengelirukan pemikiran dan perasaan si wanita. Kalau si wanita tak beritahu, si lelaki tak akan tahu. Nasib kau baik Joon Ho, sebab Lee Soon Shin jenis yang berterus terang tentang rasa. Kalau aku, memang tidaklah. Tak ada keberanian dan muka tak tahu nak letak mana kalau berterus terang. Heh! Lee Soon Shin kata pada Joon Ho jangan terlalu baik padanya lagi sebab nanti akan buat dia keliru dan sedih. Sebabnya Lee Soon Shin suka pada Joon Ho. As simple as that.


Dan Joon Ho pun mula bersuara. Sebab dia sendiri pun tertanya kenapa. Dia sendiri menyukai Lee Soon Shin dan dia rasakan yang selama ini dia dah beri cukup "TANDA" dan "HINT" yang mengatakan dia sukakan Soon Shin. Tapi itu apa yang si lelaki rasa. Sebab itu aku kata bahasa lelaki dan bahasa wanita berbeza. Bagi si lelaki mungkin dengan selalu tanya khabar, selalu teman si wanita waktu happy dan sedih, selalu jaga dia, itu dah cukup untuk nyatakan rasa dia. Kau dah salah dekat situ Jah oii!!

Tak semua wanita boleh tangkap apa yang kau cuba nak sampaikan melalui perbuatan. Dan aku rasa aku boleh kata kebanyakan wanita tak akan faham. Atau akan buat-buat tak nak faham. Sebab nama kita wanita. Macam mana pun zaman dah berubah, wanita itu tetap dihiasi dengan perasaan malu. Dia mungkin faham yang kau ada hati pada dia melalui sikap kau walau kau tak pernah ucapkannya, tapi takkan dia nak berdepan dengan kau dan kata, "OKAY, SAYA PUN SUKA AWAK!" Dah kalau suka sama suka tak apalah kan, kalau yang selama ini sikap caring yang si lelaki itu tunjuk cuma sebagai kawan dan tak ada makna apa-apa, haaaaa, kan dah haru. Celah mana nak sumbat muka oii.


Sebab itu wanita dia perlukan kata-kata sebagai reassurance, baru dia mengerti dan faham. Kata-kata lebih simple dan direct dari perbuatan yang kompleks dan perlu diterjemah. Betul tak? Memang betul kan. Wanita bagi lelaki memang kompleks dan susah nak faham, tapi itu tak bermakna kau kena handle dia dengan cara yang kompleks juga. Sebab bila si wanita dah selalu immerse dalam pemikiran kompleks mereka, kadang-kadang apa yang dia perlukan, cuma satu ayat yang simple saja. 

Kalau tak dia akan selamanya buat-buat tak faham atau anggap kau cuma main-main. Melepas meloponglah kau!! Kekeke.

Tapi, ada sesetengah perbuatan yang lebih besar maknanya dari kata-kata. Dan boleh buat kita faham saat dan ketika itu juga. Kekeke. Amboi, gelak gatai nampak. Heppp!! Cuma boleh diaplikasikan untuk ORANG YANG SUDAH BERKAHWIN saja okay, untuk keharmonian rumahtangga. ^^


It's true action is louder than word, rather than just talking and talking, you better doing it. But there are a few circumstances, usually in the early process of relationship where words are louder than actions. Because you need words, a reassurance to start a relationship and make sure that it goes on. 

Tapi ini lagi satu yang unik tentang wanita, yamg buat ramai lelaki pening dan susah nak faham, akan sampai satu tahap dalam perhubungan, usually starting in the middle of it and all the way through, kata-kata dah kureeeenggg sikit  kepentingan dia. Perbuatan pula akan jadi lebih bermakna dari kata-kata. Bukan nak kata dah 5, 6 tahun kahwin tak perlu dah say I LOVE YOU, I MISS YOU, I WANT YOU. Perlu juga. Cuma tempoh waktu itu perbuatan lebih terasa mengeratkan. Jadi wahai lelaki, faham-fahamlah ya. Heee. ^^

Aku sendiri belum berkahwin dan aku bukanlah nak jadi pandai dan memandai-mandai dalam soal keharmonian rumahtangga, ilmu aku cuma sikit saja, itu pun dari pembacaan, selebihnya adalah buah fikiran aku saja. Jadi sekiranya ada yang mana tak berkenan di hati, dan terasa aku hanya memandai-mandai saja dalam soal perkahwinan, aku susun sepuluh jari mohon maaf. Entry ini cuma pandangan picisan aku saja. Heee. 

Selamat berbuka semua. Jaga diri. Assalamualaikum.


P/S : 幸福是靠勇气去争取的
:)

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Perempuan tu la sifat dia. Tak straight forward. Lelaki pulak memang tak dia nak layan kias-kias ni. Nak benda senang je. Itulah yang susah sangat dorang nak paham kot. :)
@Rara Nasiha Betul. Perempuan suka berkias tentang rasa dia, tapi bila dia nak tahu perasaan seseorang pada dia, dia nak terus terang yang simple.

Lelaki pula bila dia tak suka layan kias perempuan tapi suka menyampaikan rasa melalui tindakan yang perempuan susah nak faham kadang-kadang.

Hehe. Unik tapi itulah yang indah sebenarnya. :)
Tanpa Nama berkata…
hoh.....xtau nk ckp apa......betul kot....hahahaha......kn byk taip kn kena jap g....baik mnyerah dulu....bab yg bleh d aplikasi oleh yg khwin tu lawak la....cik ana xmau komplen pasal pelakon khwin kt siam tu.....?hahahaha...anyway...bini no 2 dia cntik kn....sekali tgk mcm tiz zaqyah....kesian bini no 1 dia tu....kn?kn?kn?.......hahaha....

throughmyretina
@Anonymous Haha. Kan. Sampai tak terkata apa dah kan. Haha. Dulu saya selalu tulis entry macam ni, tapi orang selalu macam pertikaikan, sebab saya tak kahwin lagi, apa yang saya kata ni bukan boleh pakai sangat. Sebab tu lama saya tak tulis entry genre macam ni. Huhu.

Tak nak la complain-complain. Itu masalah mereka dan mereka-mereka saja yang tahu apa sebenarnya yang dah jadi, mana salah silapnya. Kita orang luar ni kalau silap complain boleh jadi fitnah. Jadi berdiam sajalah. Memang rasa kasihan kan, tapi mungkin adalah tu hikmah tersirat untuk mereka bertiga. :)
azuan berkata…
banyak sangat episod drama ni...tak sanggup nak tengok hahaha...
@azuan Tak sanggup ke malas? Haha. Aku pun layan lompat-lompat. Tak sempat layan full. Haha.

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?