Agak-Agak

Assalamualaikum.

Semenjak dua menjak, entry kita banyak pasal sakit, penyakit. Entry makanan, masakan, nyum nyum macam lama dah tak ada. Jadi kali ini, jom rendang bersama Chef Gordon Ramsay. Aku tertonton video di atas selepas seorang rakan berkongsikannya di mukabuku.

Imej Gordon Ramsay dalam kepala otak aku padam begitu saja selepas menonton video ini. Seriously funny. And, ada dirty jokes di dalam ini. Kurang manis sedikit. Ish!!

Video ini memaparkan macam mana Gordon Ramsay belajar masak rendang dari Aunty Aini. Gigih Gordon nak tahu berapa sudu itu, berapa senduk ini. berapa lama nak tumis, berapa banyak nak bubuh dan berapa berapa berapa. Kononnya dia mahu resepi lengkap supaya dia boleh ingat. But tell you what, Aunty Aini ajar Gordon, tak ada sukatan, berapa lama itu dan ini, cuma AGAK-AGAK.



Sebenarnya AGAK-AGAK adalah prinsip terbaik yang boleh kita pegang bila sentuh bab-bab masakan. Bagi aku, dengan prinsip agak-agak, lagi banyak kita belajar. Aku tak berapa tahu macam mana mahu susunkannya dalam ayat tentang prinsip agak-agak ini, tapi begitulah ceritanya. Agak-agak itu dah jadi macam salah satu essence kalau memasak. Aku petik antara komen yang best dan seronok dibaca.

*****

"The best cooks are agak-agak cooks. 
Why? Because they cook with love and love cannot be measured." 

"It's not necessarily a bad thing if you're learning from your parents or a close family member, which means you have an entire lifetime of learning how to identify nuances in flavor and then recreating them, and how the texture of the food should change in order to get the results you want (the most obvious one being oil rising to the top from the rempah). It's not at all random, there's a method to their madness. They just don't deal with digits and numbers."

*****

Cuma satu saja aku kurang berkenan kalau dalam duduk gurau dan berseronok berbual tentang masakan, ada yang perlu merosakkan mood dengan mempertikaikan RENDANG itu berasal dari INDONESIA dan bukan MALAY. Oh!! Aku cukup tak suka. Perlu ke pasal makanan pun nak bergaduh. Tak boleh ke kita duduk sama-sama, menikmati saja makanan itu, nikmat rezeki yang Allah bagi, yang mana Allah turunkan rezeki pada semua, tak kiralah MALAYSIA ke INDONESIA. Muak sebenarnya dengan gaduh-gaduh.

Okaylah. Jangan gaduh-gaduh ya. Bermuafakat dan berbaiklah kita. Oh ya! Dan jangan lupa, senyum sentiasa. Jaga diri. Assalamualaikum.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
klau nk cari bakal suami bleh x agak2 cmtu.....haha....rendang mkn dgn ketupat best gak.....kena plak air sirap..oh..bahagianya...
@Anonymous Kalau cari suami guna agak-agak, habislah. Teragak-agak nanti. Agak-agak okay ke tak okay. Hehe. Rendang ketupat lodeh tunggu raya ya cik Anonymous. :P
Tanpa Nama berkata…
ui...raya xlama dah...hahaha..bestnya...sy slalu jeles dgn girl...time shoping barang diorg byk pilihan...cntik plak tu..ada yg mahal..ada yg mampu beli...oh...sungguh x adil...barang laki plak..malas nk cita...geram...haha..cik ana masak apa mlm ni?
@Anonymous Haah. Tak lama dah. Selamat berpuasa. :)

Saya tak jealous, sebab lagi banyak pilihan lagi tambah pening kepala. Saya suka datang, terus beli then balik. Hahaha. Tak payah geram-geram nak beli itu ke ini ke, semua sekali nak beli ke. Haha.

Malam ni masak apa? Masak-masak. Hehe. :p
Tanpa Nama berkata…
ai...morning dear..hah..bkn ke girl ni kalis pening kepala ke bila shoping...hahaha...betul x?
@Anonymous Ai ai. Morning cik. Kalau gitu mungkin saya je tak kalis sebab saya tak suka shopping. Tapi saya kalis dekat kedai buku, kedai gadget dan kedai CD. Heee. ^^
Tanpa Nama berkata…
ai..suka gak ye pg kedai buku?haha...sama la..sebulan sekali.....kdg2 klau bosan pg gak kt bandar....tringin nk baca novel kelabu dari nadia khan...tp segan la skit...laki baca novel...hahaha...klau mjalah digital camera tu slalu...pelik ke laki baca novel?
@Anonymous Suka pergi kedai buku sebab bau. Sesuatu sangat. Minat membaca tak adalah besar mana, cuma sangat minat menulis dan harap satu hari nanti boleh tulis buku. ^^

Baru baca sinopsis Kelabu. Boleh tahan. Apa nak peliknya, lelaki ke perempuan ke, kita manusia. Ada keperluan, ada kehendak, ada minat. Bukan buat benda salah pun baca novel. So chill and jom pergi kedai buku. :)
Tanpa Nama berkata…
ai....suka bau?bau tu best kn?lega je bila dalam kedai buku...haha...moga hajat cik ana smpai...bkn ke skrg dh jd penulis?tulis blog...eh..taip
pasal novel tu...tgk cover dia mcm rasa sesuatu dalam novel tu....tu yg rasa nk baca..btul eh x salah?hehe...jom....;-)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?