Bila Seorang Ibu Menangis..
Petang tadi sebelum masuk kelas.. Aku dan Akma disapa oleh seorang ibu tua di hospital.. Kelihatan agak tidak terurus, riak wajahnya juga memancarkan emosi yang agak tidak stabil.. Ibu tua menghulurkan tangan lalu kami sambut salamnya itu.. Dia memulakan bicara yang di hujung percakapannya ada sendu yang hanya menunggu saat untuk terlerai tangisnya saja.. Aku dan Akma setia mendengar.. Kami biarkan ibu tua itu bicara..
Ibu tua: Anak.. Makcik ni duduk di wad 8B dulu.. Lepas tu makcik kena pindah pegi wad 1B pulak.. Anak makcik ada datang jenguk makcik 2 minggu lepas, dia duduk di KL sana.. Makcik pulak dari Teluk Intan.. 6 hari lepas makcik dah kena keluar wad, tunggu anak makcik tak sampai-sampai..
Kata Akma dia pernah nampak ibu tua ni kat wad, masuk sebab asthmatic attack.. Tapi ada dalam 5, 6 bulan yang lepas.. Time ni makcik tu dah sebak, mula menangis.. Orang lalu lalang memandang kami bertiga.. Apa mereka fikirkan, aku sikit pun tak ambil tahu.. Fokus pada setiap butir bicara ibu tua ni.. Ibu tua sambung lagi..
Ibu tua: Dah 6 hari makcik merayau kat hospital ni, makcik tidur bawah genting hospital.. Makcik nak balik Teluk Intan, tapi makcik tak ada duit.. Ada seringgit dua kupang jek.. Tak cukup nak naik bas,nak makan.. Makcik mintak tolong orang, tapi semua tak mau layan makcik.. Ada yang kata makcik tipu..
Masa ni, ibu tua tu dah menangis sedu sedan.. Akma tanya berapa tambangnya, then dia hulurkan dua keping not merah pada ibu tua itu.. Aku dan Akma yang mendengar hanya mampu tumpang simpati saja.. Nak tolong, tapi setakat yang termampu je laa.. Entah macam mana keadaan ibu tua tu.. Doa aku supaya dia selamat sampai.. Soal sama ada dia tipu atau betul, aku tak mahu fikirkan.. Bersangka baik saja.. Mungkin memang ibu tua tu betul-betul susah.. Semoga Allah melindunginya..
Soalannya.. Di mana anak-anaknya?? Aku sangat pasti mereka sudah diberitahu oleh pihak hospital, tapi kenapa bayang mereka langsung tidak kelihatan untuk datang menjemput ibu yang baru sembuh dari sakit.. Sampai 6 hari si ibu tua itu merayau ke sana ke mari.. Mungkin anak-anak sibuk kerja, atau ada masalah keluarga barangkali.. Haih.. Entahlah.. Aku sikit pun tak boleh bertoleransi dengan benda-benda macam ni.. Senario macam ni memang biasa.. Berlaku hari-hari di sekeliling kita.. Benarlah, kasih ibu memang agung.. Dia mampu menjaga anak-anak sampai 7, 8 orang, walau dalam keadaan susah.. Tapi anak yang 7, 8 orang belum tentu dapat jaga ibu yang seorang.. Kenapa ya??? I believe in what goes around comes around, what you give, you'll get it back.. Right???
Apa yang aku pasti.. Sayangi mak, abah kita selagi mereka ada.. Berusaha jadi anak yang terbaik, dan selagi kita kuat, kita sihat, jaga mak dan abah sebagaimana mereka jaga kita dari kecil sampai sekarang.. Dan ingat.. Jangan pernah lukakan hati mereka.. Sebab nanti bila mereka dah tiada, yang menyesalnya.. Kita juga.. Bagi yang telah tiada, hanya surah Yassin, Al Fatihah dan doa mampu kita beri buat mereka supaya tenang mereka di sana..
Assalamualaikum semua..
FOOT NOTE: Takut untuk buat mak dan abah menangis..
Ulasan
membawa ke syurga.....
Ya Allah,minta-minta kita mampu balas jasa mak ayah,xbuat mereka menangis...
amin ;)
memang diorg anak x kenang budi betol..xde hati perasaan langsung..apalah nasib ibu tua tuh..
*manusia semakin kejam..
aku rase nak sepak je anak2 makcik tu..hesh
okeh..da penat emo..
slamat ari raye farhana..=)
sama2
xpe
semua kena ingat
;)
=)
besar2 minyak entah kemana.
adat manusia mmg mcm nih.
mintak dijauhkan
Sabar weh.. Nak wat cane.. Manusia slalu lupa.. Hmmmm.. Mudah-mudahan kita tak jadi mcm tu..
Selamat ari raye ain.. ;)