Resepi Mudah Serta Cepat Bahagian Dua : Bihun Goreng Riang Gembira

Assalamualaikum.

Tak sangka, lepas suka-suka tulis entry pasal resepi mudah serta cepat untuk orang bujang tak lama dulu, banyaklah pula keywords tentang RESEPI MUDAH, RESEPI ORANG BUJANG yang landing ke entry tersebut. Ya ya! Betullah, ini orang bujang yang tulis resepi untuk orang bujang. Sebab hanya orang bujang yang memahami orang bujang. Kekeke. =p

Kali ini gambar mungkin nampak agak tak mengancam, maklumlah ketika gambar ini diambil, bihun ini digoreng pada waktu Subuh dan aku makan pada waktu petang. Jadi rupa tak berapa nak sama macam mula-mula dia diangkat dari kuali. Haha. Tapi rasanya tetap menyelerakan dan meletop! =p

Orang panggil bihun ini bihun Singapore. Warnanya putih ya anak-anak. Jadi gelap sedikit selepas dicampur sedikit sambal kicap. Pertama kali aku nak mohon maaf sebab macam yang pernah aku sebut sebelum-sebelum ini, aku failed bab sukatan dan kira-kira, kebanyakan masakan aku cuma pakai agak-agak. Practice makes perfect!! :)

Aku pernah masak resepi ini untuk dua buah kenduri doa selamat masa zaman belajar dulu. Itu memang satu praktis yang bagi aku memang terbaik. Pengalaman yang tidak boleh dilupakan bila apa yang kita masak semua licin dan habis dimakan. ^^


BAHAN-BAHAN (3 - 4 ORANG MAKAN)

1) Bihun sebungkus (Rendam dan tos, jangan rendam lama sangat nanti lembik.)
2) Bawang merah besar 2 - 3 biji dihiris (Aku suka banyak sebab bawang rasa dia manis dan sedap)
3) Bawang putih 5 ulas dihiris
4) Isi ayam atau udang (Suka hati ampa. Nak bubuh sekoq ayam pun boleh. Haha.)
5) Fish cake (Ikut suka hati selera ampa juga. Aku tak suka fish cake. Hehe.)
6) Sayur sawi
7) Lobak dipotong panjang
8) Sos tiram (Aku suka pakai banyak sos tiram. Selalunya kalau masak sebungkus, aku pakai dalam 7 ke 8 sudu besar sos tiram. Tapi pandailah agak-agak, banyak sangat nanti masin pula.)
9) Lada sulah 1 sudu makan (Ikut suka, jangan banyak sangat nanti rasanya pedar. Ada orang suka lada hitam. Terpulang pada selera masing-masing.)
10) Garam secukup rasa
11) 1 cawan air

Kalau aku, sebab dah namanya resepi simple, aku cuma guna bihun, bawang, ayam, lobak, sos tiram, lada sulah dan garam. Itu saja. Hehe. Kadang kalau malas nak hiris lobak, aku abaikan. Memang nampak pucat tapi nak masuk dalam perut sendiri juga. Kalau nak buat kenduri, tak bolehlah pucat sangat. Okay? :)


CARA-CARA

1) Rendam bihun dan toskan bila dah agak-agak lembut. Janganlah lembut sangat sampai masuk kategori lembik ya.

2) Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dah dihiris tadi. Bila dah agak kuning-kuning, naik bau, masukkan sos tiram dan lada sulah.

3) Kacau sedikit. Masukkan ayam @ udang @ sotong. Bila dah masak, masukkan lobak.

4) Masukkan secawan air. Kacau sedikit. Masukkan garam secukup rasa.

5) Agak-agak macam pekat sikit dan sebati, (Jangan sampai pekat dan likat sangat, nanti tak cukup nak coverkan bihun kita dengan segala rencahnya. Hehe.) lobak pun dah empuk, bolehlah masukkan bihun yang direndam dan ditos tadi.

6) Kaup balikkan biar rata kesemuanya. Selalunya last step aku akan sprinkle lada sulah pada bihun. Agak-agak macam nak terbersin aku stop sprinkle. Haha. Dan siap. Boleh makan.



Okay! Ini bihun riang gembira yang telah dibantai segala bihun dan isi ayamnya. Yang ditinggalkan? Sayur-sayuran dan udang. Haha. Oh! Lagi satu resepi tertinggal.

SAMBAL KICAP
Potong halus cili padi
Sedikit kicap
Enak dimakan bila ditabur pada bihun goreng di atas. Terangkat okay!! Berdesing telinga bila gigit cili padi. Haha.

Sekian saja dari dapur riang gembira. Hehe. Sampai jumpa lagi. Jaga diri. Assalamualaikum.
:)


HEART SPEAKS : Untuk orang yang hari-hari makan maggi, kalau sekali sekala makan bihun goreng pun apa salahnya. :)


Ulasan

Unknown berkata…
Hai cik ana, nanti kongsi la masakan simple yg jenis sup3 ke tomyam ke. Biasala hdup student ni semuanya kena tanggung. Hihihi so ktorang nak jugak kapak2 kuali di dapur 😂😂
Hai Cik Puteri. Haha. Ingatkan tak ada yang berminat dan tak singgah sini. In shaa Allah, boleh. Nanti saya kongsikan tomyam dan soto k bila berkesempatan. Thanx singgah baca sini. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?