Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Pengalaman Dihentak, Dihempuk, Dihenyak Sampai . . .?

Imej
Assalamualaikum. Dalam tak ada semangat, dalam mood yang merundum, dalam hati yang berbolak balik, sempat juga nak coret sepatah dua dalam blog. Macam yang diceritakan dalam entry yang sebelumnya, atas nasihat dan desakan keluarga (walau hati aku sendiri masih berbelah bahagi sebenarnya), aku pun ke pusat rawatan tersebut untuk mendapatkan rawatan. Proses konsultasi dan rawatan cuma memerlukan lebih kurang satu jam setengah saja. Macam yang aku kata hati aku masih ragu dan belum boleh lagi mahu terima seadanya, salah satu sebabnya adalah kerana ilmu perubatan yang aku belajar selama 5 tahun ini buatkan aku sukar sedikit mahu menerima rawatan yang selain dari rawatan medikal. Bukan nak kata aku tak percaya, aku percaya pada sesetengah rawatan alternatif, cuma untuk yang ini mungkin aku perlu ambil masa sedikit untuk memahami dan mendekatinya. Barulah aku boleh timbang untuk yakin atau tidak padanya. Walaupun aku telah menjalani rawatan asas yang pertama. Ada 4 kali rawatan ...

Usaha

Assalamualaikum. Hari ini hari Khamis. Erm! Sudah lebih sebulan mak begitu beriya mengajak aku KE SINI semenjak aku tidak sihat. Macam-macam dah mak suruh aku makan, suruh berubat, dan aku memang jenis agak liat nak dengar. Tapi kali ini aku turutkan juga. Mak mendengar tentang pusat rawatan tersebut melalui makcik aku dan juga menerusi saluran radio IKIM. Temujanji telah diatur. Petang ini. Gementar juga sebab aku jarang mahu terima rawatan kaedah alternatif, tapi orang kata kita usaha untuk berubat untuk sembuh tapi selebihnya kita serah pada ALLAH kerana semuanya datang dari DIA. Untuk kawan-kawan pembaca, nikmatilah kehidupan sihat anda sekarang sebab kita tak tahu bila tiba saat dan waktunya kita akan sakit. Bersyukurlah sentiasa dengan nikmat sihat yang ALLAH berikan. Salam Khamis. Jaga diri. Assalamualaikum. 

Sekelip Mata

Assalamualaikum. Sekelip mata saja. Ya benar, dalam sekelip mata saja ianya berlaku, sangat pantas dan memang tidak aku jangka dan sangka-sangka. Perasaan pun tak tahu dah nak rasa bagaimana. Ralat? Sedih? Marah? Adalah dalam sebulan lepas, aku telah membeli sebuah laptop baru. Selama hidup ini aku dah menggunakan 2 buah laptop dan kedua-duanya sangat lasak dan tahan lama tanpa sebarang major problem. Dan kedua-duanya adalah jenama ACER dan berjaya aku jaga sampai 6 tahun lamanya. Lama bukan? Dek kerana terpegun dengan kecantikan si merah jambu SONY VAIO, maka aku pun belilah dengan hati yang riang gembira. Penggunaannya sama seperti aku gunakan ACER sebelum ini, tapi one fine day, laptop langsung tidak boleh dihidupkan. Tiada lampu tiada apa. Kosong. Gelap. Lalu aku hantar ke SONY CENTRE, dan laptop tersebut perlu dihantar ke pusat servis. Sayangnya masalah terlalu berat dan terpaksa pula dihantar ke KL. Sedih memang sedih. Nasib saja dalam warranty. Rupanya masalah berpu...

#Throwback# Kisah Suami, Isteri Dan Selimut Mereka

Imej
Assalamualaikum. Ini adalah sesi "campak belakang" atau nama popularnya "throwback" blog Cahaya Yang Riang Gembira. Dulu dalam pandangan mata aku, blog ini ada "gah"nya juga, ada pengikut setianya juga, ada ramai juga pengunjungnya, ada berpuluh komennya juga. Tapi sekarang, zaman kegemilangan itu dah perlahan-lahan pudar sinarnya dan jatuh ke"gah"annya. Mungkin kerana dunia berubah, masa berubah, dan aku juga turut berubah. InsyaAllah jika ada kelapangan dan kerajinan, aku akan kongsikan antara entry-entry yang pernah diminati dan suka dibaca oleh pengunjung Cahaya Yang Riang Gembira di zaman dulu kala. Moga dapat mengenang semula memori indah yang mungkin takkan kembali. * * * * * * * * * * Di dalam sebuah bilik.. Gelap tiada berlampu. Hanya percikan cahaya bulan yang mengambang penuh dari luar memancar sedikit menerangi bilik besar itu. Dalam samar-samar, tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki. Dan seorang perempuan. Sedang b...

Scribble

Imej
Assalamualaikum. Hey! It's been sometime eyt! Been going ups and downs of life, but here I am. Surviving, still. Everyday I'm telling myself to be strong, to be calm, to be as positive as I could. Well, the happy thing sure is coming after all the suffering and struggling. Life is about to get a happy turn. The thing is, I always believe that it's not always cloudy and rainy, sunny will surely comes after. Even if it's cloudy, it's rainy, just gather your strength and get thru, you'll reach for your happiness. InsyaALLAH. I wanna thank the people that used to make me happy, people that used to make me smile, people that brought tears in my life, and every people that I met along the way. Thank you. Everything will be fine and syukur to Allah for this feeling, the feeling of being loved. I'm praying that everyone will find their own happiness. InsyaALLAH. But, remember to always stay positive. And, smile. Yerp! Smile! Take care...

I'm In Love

Imej
Life, is beautiful. :))

Gila Lawak Atau Lawak Gila?

Assalamualaikum. Tengahari buta, tambah lagi baru lepas masak dan mengemas, lalu mentekedarah dengan tak ingat dunia, maka memang sangat tergoda untuk tertutup rapat. Barangkali awal sangat bangun agaknya hari ini. Haha. Aku nak kongsikan persembahan Maharaja Lawak Mega Minggu Kelima malam tadi yang paling aku suka. Dengan tema minggu ini iaitu BEBAS, rata-rata peserta menunjukkan kemajuan dan boleh dikatakan episod malam tadi lawak jugalah. Dam persembahan yang terpaling disukai dan diminati adalah perse,bahan kumpulan Shiro. Walau hakikatnya aku peminat tegar kumpulan Sepahtu, tapi Shiro telah berjaya sedut perhatian dan curi gelak tawa aku. Haha.  Jom saksikan Shahrol menjadi bangla penjual karpet. Scene paling epik dah tentu bila makcik cantik disuruh bercakap dengan Babu melalui telefon. Gila lawak arr!!! Apa pun, selamat berhujung minggu. Dah 2 minggu tiada ulasan Maharaja Lawak, terlalu sibuk dengan kehidupan sekarang. Kehidupan yang riang g...

JD

Imej
Assalamualaikum. Out. Jaga diri semua. Assalamualaikum.

Sejuk Beku! Frozen!

Imej
Assalamualaikum. Dah dua tiga hari hujan turun kadang lebat kadang renyai. Alhamdulillah. Hujan itu kan rezeki. Namun ada sesetengah tempat telah dibanjiri air dan situasi agak mencemaskan dan teruk juga kebelakangan ini. Terus berdoa semoga semuanya akan baik-baik saja dan reda seperti sedia kala. Melaka pula cuaca memang sejuk. Kadang rasa macam sejuk beku. Macam dah jadi frozen food pun ya juga. Dah beberapa hari ini memang tidur pun tak berkipas malah berselimut. Tidur pun lena, barangkali penat badan agaknya. Suka hujan. Tenang, mendamaikan. Esok pulang saja dari kerja nak angkut adik-adik tersayang tengok wayang. Cerita Frozen!!! Tak sabar nak tengok cerita kartun dan habiskan masa dengan adik-adik. Terapi stress orang kata. Habis semua seat twin aku borong. Selesa sikit. Nanti kita cerita di ruangan lain pula berapa bintang untuk Frozen. Selamat berhujung minggu semua. Jaga diri. Jangan main hujan, nanti demam. Assalamualaikum.

Kejam

Assalamualaikum. Baca kisah pembunuhan 3 beradik di Alor Setar. Ya Allah. Apa telah terjadi dengan dunia ini? Kekejaman melata. Nilai kemanusiaan, kosong!!! Tidak takutkah pada Allah dan balasanNYA? Tidak kasihankah pada kedua-dua orang tua kanak-kanak bertiga itu. Semoga tenang di sana. Moga diberi balasan yang setimpal pada si pelakunya. Selamat malam semua. Assalamualaikum. HEART SPEAKS : Hati rasa sedih, sayu, gentar dan takut dengan keadaan dunia dan perilaku manusia. Ya ALLAH.

Happy Birthday Neng

Imej
Assalamualaikum. Selang beberapa hari saja dari 27 November, hari lahir si Detektif Conan . Hari ini, 1 Disember 2013, hari lahir seorang lagi insan kesayangan dalam hidup aku. Sahabat dunia akhirat yang aku kenal sejak 2006 lagi. Sudah masuk tahun ketujuh dan masih terus menghitung. :) Untuk sahabat tersayang, Faizah Fuad, merangkap neng untuk selamanya, selamat hari lahir yang ke-26. Semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik, berbahagia dan bergembira bersama keluarga dan suami yang tercinta. Sayang kamu. Selamat hari lahir neng! Jaga diri. ^^  Assalamualaikum. HEART SPEAKS : There will be people who appreciate your wishes and your entries, don't worry and don't be sad for those who never cares. Just so you know, forget those who never give a damn care. Someone said to me, "Tak payah ingat dekat orang yang tak ingat kita."

Paranoia Ganda Dua

Imej
Assalamualaikum. Ya ya! Benar benar! Entry ini tidak lain tidak bukan adalah kesinambungan dari entry PARANOIA DAN PHOBIA yang lalu. Lalu dinamakannya PARANOIA GANDA DUA. Semenjak dua menjak, tidur tak pernah lelap sepenuhnya. Mimpi manisnya jarang, mimpi ngeri dan buruknya selalulah. Ini mesti kes tak basuh kaki tangan, tak baca doa. "Eh! Basuhlah! Bacalah!" Dah dua tiga kali mengalami mimpi yang sama, aku syak dek kerana terlalu paranoia dengan keadaan sekeliling, maka secara tak langsung ianya terbawa-bawa sampai ke alam mimpi. Entah macam mana aku dengan tak sengaja terlibat dalam satu kumpulan yang terdiri dari 12 orang yang menjadi target pembunuh upahan. Hidup dalam mimpi, memang tak usah katalah, jenuh aku berjalan, penat lagi berlari, semata-mata nak melarikan diri dari pembunuh upahan. Aku sepatutnya adalah individu ke dua belas yang menjadi sasaran mereka. Dan aku dah saksikan dengan mata kepala aku sendiri, macam mana 11 orang sebelum aku mat...

Selamat Hari Lahir Penyebab Senyuman Dalam Rahsia :)

Imej
Assalamualaikum. 27 November hadir lagi. Cuma tahunnya yang berbeza. Begitu juga dengan usia. Menginjak lagi satu tahun nampaknya. Entry ini entry yang ke satu ribu dan satu dalam Cahaya Yang Riang Gembira. Bukan satu juta kali dan satu. :) Seperti di tahun 2010 , entrynya tiada bergambar, entry tahun ini mungkin kurang gambar. Tidak semeriah entry di tahun 2011 , mungkin lebih banyak tulisan barangkali berbanding tahun 2012 . Hakikatnya, kau aku, kita sahabat sejak 2009 lagi. Penyebab Senyuman Dalam Rahsia pula adalah gelaran aku untuk kau. Tapi, gelaran itu rahsia. Cuma aku saja yang tahu gerangannya siapa. Shhh. Detektif Conan pun boleh juga. Kartun!! Cebisan ini dicoret tanggal 4 November 2013. Sehari selepas aku nekad untuk padamkan terus gelaran Penyebab Senyuman Dalam Rahsia dan biarkan perasaan yang aku rasa kembali jadi kawan saja. Meletakkan noktah pada sebuah gelaran dari aku untuk kau. Aku harap ini saat dan ketikanya sebelum aku melupakan gelaran Penyebab ...

Along

Imej
Assalamualaikum. Ketemu ini di laman mukabuku seorang blogger. Dek kerana Cahaya Yang Riang Gembira sendiri adalah anak sulung dari 5 beradik, jadi deskripsi ini sangat menarik untuk dikongsi dan dianalisa sejauh mana kebenarannya. Eceh! :p Ini, adalah fakta tentang anak sulung. Yang dipanggil ALONG oleh mak dan abah juga adik-adiknya. Betul ke ini boleh dilabelkan sebagai fakta tentang seorang ALONG?  * * * * * 1) ANAK MANJA MAK Tepat sekalilah. Apa-apa pun memang terjah mak dulu, kalau tak sedap hati ke, kalau seronok ke, kalau sedih ke, kalau ada gosip ke, memang cari mak dululah. Walaupun mak lebih garang dari abah, tapi tetap lebih senang cerita dengan mak. 2) DEGIL Haha. Adik beradik aku dan kawan-kawan serumah aku dulu memang selalu alami kesakitan hati pada perangai aku yang ini. Degil. Kalau aku kata tak nak, aku tak nak. Tapi aku tak susah nak pujuk. Cuma kalau berjaya dipujuk pun, confirm aku akan buat muka dan mood sekeliling akan jadi seperti...

Dream

Imej
Assalamualaikum. Mimpi tidur malam minggu memang selalunya best-best belaka ke? Indah-indah selalu ya? Haha. Lama dah tak dapat mimpi indah-indah, manis-manis, semalam merasa jugalah. Haha. Macam mana entah aku boleh baca blog seorang blogger, ada entry baru di dalamnya. Di penghujung entry, ada ayat yang buat aku terkejuk besar. Tapi sengih pun lebar. "Kepada saudari blogger Nur Farhana, entah sejak bila saya dah mula sayangkan awak. Sudi tak awak jadi suri dalam hidup saya?" Haa! Gitu sekali ayat dia. Hati rasa bunga-bunga. Debar tak ingatlah. Baru nak click komen, konon nak balas. Tup tup satu bunyi kuat kedengaran. Haish! Alarm ni dah tak ada time lain ke nak bunyi. Grrr. Akhirnya, tak sempatlah aku membalas pada pertanyaan tersebut. Haha. Gatai! Okay. Itu aje. Salam hujung minggu. Assalamualaikum. P/S : Macam biasalah, hanya mampu alaminya dalam mimpi.  Hahaha.

Nak Tak?

Imej
Assalamualaikum. Sempat membaca sebuah artikel lama yang dikongsi sahabat di laman mukabuku. Artikel tahun 2012 yang dikarang oleh Ustaz Hasrizal di laman Saifulislam cukup buat aku sengih rabak mulut. Panduan yang sangat bagus untuk para jejaka di luar sana. Ehem! Penat sungguh mencari cinta ya. Hehe. Meh aku kongsikan sedikit point-point dalam artikel yang bertajuk PANDUAN MENGAHWINI SEORANG DOKTOR. * * * GADIS ITU DOKTOR  Anda mengahwini seorang gadis, yang anda pilih, dan cintai, kerana dirinya adalah dirinya, sebelum beliau seorang doktor. Pandanglah dia sebagai gadis itu, bukan sebagai seorang doktor. Dia mahu dirinya dicintai sebagai dirinya.  Jika dirinya melakukan kesilapan, ia adalah kerana dirinya adalah dirinya, bukan kerana dia itu seorang doktor. Dia doktor di hospital atau klinik, tetapi dia ada gadis itu di hospital, klinik dan luar hospital serta luar klinik. * * * KESIBUKAN  Kerja lain pun sibuk juga. Tetapi bekerja s...

Couple

Imej
Assalamualaikum. Umur 11 tahun, aku dilantik jadi Penolong Ketua Pengawas sekolah agama. Tugas aku mencatat kesalahan dalam buku besar, sebelum rehat panggil nama dan beritahu kesalahan, waktu rehat jadi mandur, jaga orang kena denda di padang sekolah. Apa ke gatai sangat, umur 11 tahun minat budak lelaki kelas sebelah umur 10 tahun. Sebab inginkan keceriaan bila menjadi mandur mendenda orang, yakni dapat selalu melihat muka orang yang kita minat, jadinya aku selalu mendenda budak lelaki yang diminati itu dengan kesalahan yang orang kalau dengar mesti pandang atau mungkin jeling aku dan kata, "Eh! Kereknya akak pengawas ni. Rilek brader, brader rileks." "Tut bin tut, tak pakai samping, rehat pergi padang." "Tut bin tut, tak pakai songkok, rehat pergi padang." "Tut bin tut, kasut kotor sangat, rehat pergi padang." "Tut bin tut, tak selit baju dalam samping, rehat pergi padang." Budak lelaki itu dengan gem...

Selamat

Imej
Assalamualaikum. Malam dah makin larut. Sejam dua jam lagi Subuh pula menjelang. Mata aku bila dah telan macam-macam ubat, ada yang buat lelap terus beradu, ada pula yang bikin mata terjegil tidur pun tak lalu. Heh! Malam-malam begini, aku selalu ingin kembali pada kebiasaan aku yang dulu-dulu. Siapa yang rapat dan mengenali aku, akan tahu aku ini bagaimana orangnya. Aku suka ucap "Selamat". Selamat pagi, selamat malam, selamat tidur, selamat makan, selamat pulang, selamat dan selamat dan selamat lagi. Kadang ada yang rimas, kadang ada yang menghargai. Bagi aku "Selamat" itu keramat, ia ibarat mendoakan untuk kesejahteraan orang yang diucapkan kepada itu. "Selamat" ibarat penghubung, buat aku terasa yang jauh mampu jadi dekat. Aku masih seperti dulu, "selamat" masih lagi denganku, tak pernah kekang dari bibirku bila berbicara bersama orang-orang yang aku sayang. Tapi sekarang, bila aku harus melupakan rasa pada seseorang, "Selam...

Just One Question

Imej
Assalamualaikum. Isnin, semalam, aku menghadiri satu lagi follow up. Kalau ikutkan hati, tak larat dah nak follow up, nak telan ubat, tapi kalau ikutkan sangat tak larat, ikutkan sangat putus asa, memang tak sembuhlah. Ya tak? Fikir-fikirkanlah ya Farhana. Hehe. Selesai follow up aku ke pejabat pentadbiran untuk selesaikan beberapa hal. Aku sempat duduk berborak dengan kakak yang tugasnya menjaga housemen. Banyak aku dengar cerita doktor-doktor ditamatkan perkhidmatan, yang letak jawatan pun tak kurang ramainya juga. Tekanan, ketidaksesuaian, dan macam-macam sebab lagilah. Dek kerana masalah kesihatan aku yang dikategorikan dalam kronik dan jangka masa panjang, kakak itu tanyakan pada aku, "Doktor tak ada perancangan nak buat benda-benda lain ke?" Satu soalan itu saja, dah cukup buat aku terpukul. Tak berapa lama dulu, aku ada dengar orang sebut-sebut tentang berhenti kerja. Hmm. Kalaulah berhenti kerja itu sebenarnya senang. Aku cuma mampu menggeleng saj...

Migrate

Imej
Assalamualaikum. Salam hujung minggu untuk semua. Semenjak dua menjak, aku banyak duduk berfikir, sambil keluarkan planner dan conteng-conteng. Dah macam lagak gaya Perdana Menteri, macam-macam yang difikir dan nak dibuat. Migrate. Hijrah. Dari satu tempat lama ke satu tempat yang baru. Banyak masa aku habiskan dalam beberapa minggu kebelakangan ini memikirkan tentang ini. Berhijrah ke tempat baru. Bukan impian, bukan cita-cita, tapi lebih pada perancangan. Entah kenapa, kali ini terasa tekad begitu bulat sekali, sampai lebih 10 muka surat perancangan. Dah bosan ke duduk Malaysia? Dah berpatah arang ke? Ke nak lari jauh-jauh dari situasi dan keadaan? Haha. Bukan bukan bukan. Cumanya terasa macam nak cari pengalaman baru, nak buka mata, timba ilmu. Dalam kepala otak cuma ada dua tempat, United Kingdom dan Korea. Haha.  Perancangannya dalam tempoh 5 ke 10 tahun akan datang. Migrate bawa mak bawa abah dan bawa adik-adik lelaki aku yang dua orang. By that time, adi...

Resepi! Resepi! Resepi! Koleksi Resepi Riang Gembira!

Imej
1)  RESEPI MUDAH UNTUK ORANG BUJANG YANG NAK JIMAT 2)  RESEPI MUDAH SARAPAN PAGI ATAU MINUM PETANG 3)  RESEPI PENCUCI MULUT YANG ENAK 4)  RESEPI MUDAH BIHUN GORENG 5)  RESEPI MAKANAN RINGAN ATAU KUDAPAN 6)  RESEPI KERANG BAKAR BERCILI BERSAMA KUAH KICAP PEDAS 7)  RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE SELERA MELAYU KITA 8)  LASAGNA YANG TAK BERAPA CUN TAPI BOLEH TAHAN SEDAP 9)  RESEPI SARAPAN PAGI MERANGKAP PEMANIS MULUT YANG PELIK 10)  RESEPI PAPRIK AYAM YANG RIANG BERGEMBIRA MUDAH DIMASAK SEDAP DIMAKAN 11)  PEMANIS MULUT CHEESEKUT OREO / STRAWBERRY RIANG GEMBIRA 12)  AISKRIM OREO HOMEMADE Assalamualaikum. Pertama sekali nak dinyatakan, ini bukanlah blog masakan macam blog Mat Gebu. Ini blog orang yang malas nak menulis, kadang cuma satu entry seminggu. Paling malas tahap terlampau, sebulan cuma satu entry. Kiranya memang blog Cahaya Yang Riang Gembira yang dah dibina semenjak Februari 2009 ma...