Sekelip Mata

Assalamualaikum.

Sekelip mata saja. Ya benar, dalam sekelip mata saja ianya berlaku, sangat pantas dan memang tidak aku jangka dan sangka-sangka. Perasaan pun tak tahu dah nak rasa bagaimana. Ralat? Sedih? Marah?

Adalah dalam sebulan lepas, aku telah membeli sebuah laptop baru. Selama hidup ini aku dah menggunakan 2 buah laptop dan kedua-duanya sangat lasak dan tahan lama tanpa sebarang major problem. Dan kedua-duanya adalah jenama ACER dan berjaya aku jaga sampai 6 tahun lamanya. Lama bukan?

Dek kerana terpegun dengan kecantikan si merah jambu SONY VAIO, maka aku pun belilah dengan hati yang riang gembira. Penggunaannya sama seperti aku gunakan ACER sebelum ini, tapi one fine day, laptop langsung tidak boleh dihidupkan. Tiada lampu tiada apa. Kosong. Gelap. Lalu aku hantar ke SONY CENTRE, dan laptop tersebut perlu dihantar ke pusat servis. Sayangnya masalah terlalu berat dan terpaksa pula dihantar ke KL. Sedih memang sedih. Nasib saja dalam warranty. Rupanya masalah berpunca dari hard disk dan segalanya terpaksa diformat semula.

Akibatnya? Segala data, file, gambar, drama-drama, filem-filem, yang aku dah kumpul selama 5, 6 tahun hilang begitu saja. DALAM SEKELIP MATA. Memang aku tak jangka ianya terjadi sebab aku tak pernah mengalaminya ketika aku bersama ACER dulu. Jadi aku memang langsung tak buat backup, ya aku tahu salah aku.

Dan akhirnya, dalam ralat, sedih dan marah, aku terpaksa ucap selamat tinggal kepada file yang kesemuanya bersaiz 400GB. Nak jerit boleh?4

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!
:'(

Selamat malam. Assalamualaikum.


P/S : Rasa nak campak VAIO yang baru diformat. Urgh!!!

Ulasan

shahrina berkata…
oops....paling benci kalau kena format komputer. Kalau sempat save benda2 penting kat hard disk tak pe juga. tapi kalau semua x disimpan tempat lain memang geram segeram-geramnya. My external hard disk pun dah broken. asyik suruh format je. tapi tak sanggup lagi nak format. banyak sangat benda penting dalam tu. Hampeh! manalah tau satu hari nanti dia nak recover balik. berharap sangat.

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?