Saat Dikelilingi Jejaka-Jejaka Berseragam Biru Gelap

Assalamualaikum.. Salam malam Jumaat untuk semua.. Hah! Sekejap masa berlalu.. Dah tinggal sehari saja lagi dan Sabtu adalah harinya.. Mari-mari kita melompat kesukaan.. Heehee.. Tengahari esok aku akan menjejakkan kaki keluar dari bandaraya Kuala Lumpur ini..

Dua tiga hari kebelakangan ini, aku duduk menghadap semula skrin laptop dengan harapan nak mula berblogging seperti dulu tapi dengan niat dan hala tuju yang baru.. Buang yang keruh dan ambil mana yang jernih.. Tapi setiap kali nak mengangkat jemari dan mengetuk papan kekunci, aku rasa berat saja.. Idea mencurah tak usah dikata, tapi nak dipersembahkan melalui kata itu terasa payah pula.. Inilah kalau dah lama sangat tak menulis..


Dua tiga hari ini aku agak sibuk menyelesaikan urusan pindah bilik baru, angkut barang-barang, urusan mendaftar tempat parkir kereta, memohon pelekat kereta dan macam-macam lagilah.. Memohon pelekat kereta ini memang aku lemah, sebab aku pun bukannya lama nak duduk sini.. Tapi memandangkan aku selalu saja ditahan oleh Pak Guard di depan pintu pagar UM, nak tak nak, kena jugalah beli pelekat..

Semenjak dua menjak ini juga, Universiti Malaya dipenuhi dengan bas-bas PDRM dan jejaka-jejaka segak bergaya dengan uniform biru gelap.. Anda boleh lihat di setiap kolej ada saja abang-abang polis di sana sini.. Dengar soseh-soseh adalah disebabkan perhimpunan BERSIH yang akan dijalankan esok.. Fuh!! Dah macam polis satu Malaysia direkrut di UM.. Perasaan bila keliling anda dipenuhi jejaka berseragam biru, seolah macam anda berada di medan perang.. Naik seram pun ada.. Hoho.. Dah macam ada bodyguard pun ya juga.. Keh keh keh..


Motif ada Bumblebee? Bukan apa, saja nak bagi cadangan, elok juga kalau tenaga polis yang banyak-banyak boleh digantikan dengan sebuah robot.. Cool juga kalau bandaraya Kuala Lumpur dijaga oleh Autobots.. Haha.. Kartun kartun!! Tapi kalau tak ada Autobots pun, ada jejaka berseragam macam Major William Lennox pun aku okay juga.. Haha.. Gatal gatal!!


Kesimpulan untuk hari ini bukanlah soal dikelilingi jejaka berseragam biru, sebab itu tak signifikan mana pun.. Cuma nak cakap, aku dah berjaya beli pelekat kereta dan abang yang uruskan soal pelekat kereta di Pejabat Keselamatan Kolej Kediaman Raja Nazrin tadi kan.. Err.. Err.. Err.. =p

Okay semua.. Jaga diri okay.. Selamat berhujung minggu.. Semoga semua yang kita aturkan akan berjalan lancar dan mudahan segalanya dipermudahkan.. InsyaAllah.. Assalamualaikum.. =)


Ulasan

Nur Hawa Mohd Zin berkata…
akak nanti kalu ada optimus prime nanti megatron datang...huhu
farhana berkata…
Nasib baik jejaka berpakaian seragam bukan idaman kalbu =P

Ohhh..saya pun dah tak ada mood nak menulis.
Adziim berkata…
haha~ jadah nk bela robot..mau duit rakyat juta2 nak servis tu.
@Nur Hawa Mohd Zin Takpe. Dah konpem2 megatron kalah. Haha.
@farhana Eh! Bukan idaman kalbu eh? Haha. :p
@Adziim Haha. Komen Adziim memang berpandangan luas. :)
nora berkata…
i kalau tengok semua tu rasa gatal ada la...hahahaha


~xbest giler sekolah,xda cikgu bujang pun,y duda gatal.aiphhhh
PuanPepel berkata…
suka tgk jejaka berbaju putih.kat sini banyak!
Tanpa Nama berkata…
aku nak dijaga polis2 seksi
@nora Hahaha. Kamu lagi gatai! :p
@cikpepel Heee. Kat sini pun ada. Tapi smeka a.k.a skema. :p
@Kapten Atok Haha. Dah satu keje pulak nak kena tahu polis seksi macam mana. :p
NoraChan berkata…
apo lagi kak, cari la calon menantu utk mak... hahaha

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?