Kronologi Kehidupan
Assalamualaikum.. Sebelum nak masuk tidur, eloklah kita simpulkan kronologi kehidupan kita pada hari ini ya.. Nak tunggu orang tanya buat apa hari ini, seronok ke hari ini, makan apa hari ini, sihat ke hari ini macam tak mungkinlah kan, jadi adalah lebih baik aku cerita bagi blog aku yang baca.. Tsk tsk.. Bunyi macam nak mencuri tumpuan dan menarik fokus orang pada diri sendiri pula.. Eh! Memang pun! LOL!
Cerita nak pendekkan, hari ini aku berjaya keluar dengan nenek dan menonton Harry Potter The Deathly Hallows Part 2 di The Curve, Damansara.. Kenapa aku suka menonton wayang di situ ya? Sebab aku suka sistem booking Cathay Cineplex yang memang mudah dan tak memeningkan kepala malah anda boleh memilih seat mengikut keselesaan mata dan punggung anda.. Yang penting, bayar masa tuntut tiket.. Agak-agak tiba-tiba tak mahu tonton, boleh lesap macam gitu-gitu saja.. Rugi pun tak rugi.. Hoho..
Habis wayang, kita baliklah kan.. Takkan nak merewang tawaf satu shopping complex dengan kaki yang terpelecok dan terseliuh dalam tandas sebelum tengok wayang tadi.. Ya tak? Tsk tsk.. Macam biasa, aku kalau drive seorang diri, tak sesat memang tak sah.. Konon dah selalu jalan kawasan tu, tak pandang pun GPS yang ada.. Aku sesat entah sampai ke ceruk mana, Lebuhraya Damansara - Puchong tak silap.. Siap dengan jumlah tol RM 5.20.. Minyak lagi.. Pusing-pusing dan akhirnya aku berjaya tembus ke PJ dan selamat sampai ke Universiti Malaya dan bukan Melaka ataupun Ipoh.. Syukur.. =)
IKLAN : Siapa-siapa yang rasa nak install software GPS dalam handphone, daripada anda hantar kedai dan dicaj, baiklah anda hantar ke saya.. Cepat, mudah dan FREE! Haha.. Aku suka godek-godek benda pesen gini.. Ah! Lelaki boleh buat, kita pun boleh.. =p
Sampai-sampai tempat parking, panas lagi sebab tempat parking kita kena rembat.. Again and again.. Ini memang aku tak fahamlah, notis sebesar alam, HANYA KERETA YANG BERDAFTAR SAJA.. Tapi masih lagi, terjadi benda yang sama.. Bersabarlah Farhana..
Balik bilik, TIDUR TAK SEDAR DIRI.. =p
Wow! What a life! Vaah..Life ho to aisi.. Maknanya? Wah! This is what life should be like.. =)
* * * * *
Terdampar jauh di hempas badai ku hanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan
Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadiada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya
- AKU PERMATA -
Bait-bait alunan itu untuk renungan anda, anda dan mungkin juga anda.. Perjalanan hidup ini sekali pahit tak selamanya pahit.. Pahit akan ada manisnya.. Manis macam epal.. Hee.. Dekatkan diri kita dengan DIA tak kira susah senang sebab DIA selalu ada dengan kita tak kira macam mana pun kita..
Selamat malam.. Mimpi indah.. Assalamualaikum..
HEART SPEAKS : Kadang-kadang hidup tak ada kronologi pun..
Ulasan
Cane cite HP? Best kannnn!!!! =)
Nangis takkk...???hehe
Jatuh bangun, adat kehidupan manusia...tak syok la kalau asyik kat atas je =D
dikk kita nie insan lemah dan kerdil .. kalau kita buat salah , jarang kita tahu cepat .. bila dah salah kita mgkin akan kesal dan jgnlah kekesalan itu dibawa belarutan kan :) harap2 buat akak juga yg tengah lara nie huhuhuh
dan memang kaki sesat
Pakai handphone apa?
Tampal post note dekat kereta tu, suh dia bayar parking.