Saat Dikelilingi Jejaka-Jejaka Berseragam Biru Gelap
Assalamualaikum.. Salam malam Jumaat untuk semua.. Hah! Sekejap masa berlalu.. Dah tinggal sehari saja lagi dan Sabtu adalah harinya.. Mari-mari kita melompat kesukaan.. Heehee.. Tengahari esok aku akan menjejakkan kaki keluar dari bandaraya Kuala Lumpur ini..
Dua tiga hari kebelakangan ini, aku duduk menghadap semula skrin laptop dengan harapan nak mula berblogging seperti dulu tapi dengan niat dan hala tuju yang baru.. Buang yang keruh dan ambil mana yang jernih.. Tapi setiap kali nak mengangkat jemari dan mengetuk papan kekunci, aku rasa berat saja.. Idea mencurah tak usah dikata, tapi nak dipersembahkan melalui kata itu terasa payah pula.. Inilah kalau dah lama sangat tak menulis..
Dua tiga hari ini aku agak sibuk menyelesaikan urusan pindah bilik baru, angkut barang-barang, urusan mendaftar tempat parkir kereta, memohon pelekat kereta dan macam-macam lagilah.. Memohon pelekat kereta ini memang aku lemah, sebab aku pun bukannya lama nak duduk sini.. Tapi memandangkan aku selalu saja ditahan oleh Pak Guard di depan pintu pagar UM, nak tak nak, kena jugalah beli pelekat..
Semenjak dua menjak ini juga, Universiti Malaya dipenuhi dengan bas-bas PDRM dan jejaka-jejaka segak bergaya dengan uniform biru gelap.. Anda boleh lihat di setiap kolej ada saja abang-abang polis di sana sini.. Dengar soseh-soseh adalah disebabkan perhimpunan BERSIH yang akan dijalankan esok.. Fuh!! Dah macam polis satu Malaysia direkrut di UM.. Perasaan bila keliling anda dipenuhi jejaka berseragam biru, seolah macam anda berada di medan perang.. Naik seram pun ada.. Hoho.. Dah macam ada bodyguard pun ya juga.. Keh keh keh..
Motif ada Bumblebee? Bukan apa, saja nak bagi cadangan, elok juga kalau tenaga polis yang banyak-banyak boleh digantikan dengan sebuah robot.. Cool juga kalau bandaraya Kuala Lumpur dijaga oleh Autobots.. Haha.. Kartun kartun!! Tapi kalau tak ada Autobots pun, ada jejaka berseragam macam Major William Lennox pun aku okay juga.. Haha.. Gatal gatal!!
Kesimpulan untuk hari ini bukanlah soal dikelilingi jejaka berseragam biru, sebab itu tak signifikan mana pun.. Cuma nak cakap, aku dah berjaya beli pelekat kereta dan abang yang uruskan soal pelekat kereta di Pejabat Keselamatan Kolej Kediaman Raja Nazrin tadi kan.. Err.. Err.. Err.. =p
Okay semua.. Jaga diri okay.. Selamat berhujung minggu.. Semoga semua yang kita aturkan akan berjalan lancar dan mudahan segalanya dipermudahkan.. InsyaAllah.. Assalamualaikum.. =)
Ulasan
Ohhh..saya pun dah tak ada mood nak menulis.
~xbest giler sekolah,xda cikgu bujang pun,y duda gatal.aiphhhh