9th July 2011 : Officially Engaged

Assalamualaikum.. Salam 9 Julai untuk semua.. Moga hujung minggu kali ini ceria-cerialah hendaknya.. Ya! Akhirnya hari yang dinanti dah pun tiba.. Pukul 12 nanti majlis akan bermula.. Berdebar? Eh! Tak usah katalah.. LOL!

Merujuk pada satu komen pada entry Wordless Wednesday yang lalu bertanyakan, "Oh! Tunang?" Jawapan aku mudah dan pendek, "Oh! Yeke?" Haha.. Ya benar! Hari ini 9 Julai 2011, aku selamat berada di tempat kelahiranku di Kota Tinggi untuk majlis pertunangan..


Setinggi ucapan tahniahlah ya.. Tahniah dari Cahaya Yang Riang Gembira untuk abang sepupunya.. Haha.. Okay okay! Bukan aku.. Tapi abang sepupu aku.. 9th July 2011.. You are officially engaged dear cuzzie, Muhammad Afiq Nasrullah.. Sepupu aku tak ramai, dalam 19 orang sebelah mak.. Abang sepupu yang ini adalah abang sepupu yang paling tua di kalangan cucu Hajjah Maznah.. Kiranya ini macam majlis pertunangan yang ulung kali diadakan dalam keluarga ini.. Cucu pertamalah kiranya.. Aku? Ikut susunan ketuaan dan kesenioritian, aku yang ketiga.. Bila lagi eh? Sabar! Sabar! Nanti-nanti.. =p

Dah nama pun pertama kali, kira macam excited dia dua tiga macam, serupa aku yang nak bertunang.. Ouh! Gedik betul! Tak sabar nak merasa angkat dulang hantaran, jadi tukang ambil gambar, tengok orang sarung cincin.. Ahhh!! Ini memang boleh bikin mengidam pada mana-mana gadis di usia aku.. Kah kah kah.. Tipulah kata, kalau aku kalau kau, setiap kali menyaksikan majlis tunang atau nikah, tak pernah terlintas dalam kepala, "Bilalah giliran aku?"

Dulu-dulu selalu juga aku fikir, kenapa setiap kali bila aku nak merasa bahagia sikit, rasa macam dah boleh bahagia untuk bila-bila, tapi bahagia itu ditarik dan diuji dengan rasa perit.. Kita tertanya, kenapa aku selalu diketemukan orang yang salah.. Kenapa itu kenapa ini.. Kenapa bukan sekarang.. Kenapa bukan aku.. Tapi sekarang, banyak benda aku dah faham, aku dah boleh terima.. Usia pun dah jejak berapa, ya tak.. Fikiran kenalah maju ke depan.. Matang ikut usia.. Macam mana sekalipun kita manusia ini merancang, memasang angan itu ini, hakikatnya kita sememangnya hanya mampu merancang sebab yang selebihnya terletak di tangan DIA.. Dan hanya DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk umatNYA.. =)



Ya.. Hari ini pasti akan jadi satu hari yang sibuk.. Selesai saja majlis pertunangan ini, aku akan pulang terus ke Melaka.. Esoknya dah nak balik UM semula.. Dan seterusnya rutin harian akan berjalan kembali seperti biasa.. Hidup ini terus dan terus berjalan.. Moga setiap jalan dalam kehidupan ini diisi dengan sesuatu yang berharga.. Dan moga ianya diisi dengan senyuman yang tak pernah lekang di bibir kita.. Hidup penuh makna..

Oh! Tiba-tiba ada rindu yang menyapa.. Haha..

Till here.. Take care semua.. Enjoy the weekend.. Assalamualaikum.. =)


HEART SPEAKS : Perlu jawapan pasti.. Tapi tak tahu mana nak cari.. Akal hati meronta memikir solusi.. =)

Ulasan

dr itu! berkata…
hahhh! ingat betul2 la tunang tadi! hehehe
Tanpa Nama berkata…
majlis pernikahan / pertunangan adalah tmpt yg aku x pernah pegi
farhana berkata…
Ingtkan anda yg nak bertunang..
memang bikin kejutan kalau itu macam =P

Haaa..jgn lupa angkat dulang. Org tua2 kata kalau xangkat dulang, lambat jodoh. LOL!
Daddylicious berkata…
hehe...tersenyum...
Tanpa Nama berkata…
lepas nie angah,pastu kak long pastu ika ngn kak ngah.,so sy yg ke 5.siapakah saya ? hahaha :p
Nur Hawa Mohd Zin berkata…
suka tema hitam putih...heheh...selamat buah tu dalam sangkar kalu tak dah hilang sebiji kot

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T