Menatap Dinding | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Menatap Dinding

7 comments
Assalamualaikum.. Selamat malam semua.. Jam dah menunjukkan pukul 2.. Sepatutnya waktu begini anak-anak dara dah patut tidur, menjaga keserian wajah supaya terus awet muda.. #EhYeke

Aku pula masih lagi berjaga.. Banyak tidur dah barangkali siangnya.. Hujung minggu yang dipenuhi dengan tidur 80%, online 15% dan buku 5%.. Kadang tertanya pada diri sendiri, kau budak medik ke Farhana? Hah!

Saat ini, sambil statik berbaring di atas katil empuk, kipas di atas berpusing, di sisi juga turut setia berpusing, sejuk tak terkata, seronok saja.. Laptop lagi tadi setia dengan Siti Nurhaliza.. Sibuk duduk nyanyi Wajah Kekasih, Aku Cinta Padamu, Kau Kekasihku, Melawan Kesepian.. Haih.. Apa jiwang bebenor tuannya.. Sambil tangan-tangan memegang kertas dan buku-buku pelajaran juga pensil.. Dan tak lupa jari-jari runcing yang mengetuk papan kekunci.. Sempat lagi ya.. =p

Lama rasanya dah tak makan epal.. Sangat lama.. Seminggu barangkali? Nampakkan sebiji epal di meja sahabat, aku pun capai lepas dah minta izin 2, 3 hari yang lepas untuk makan.. Sambil baring, sambil belajar, sambil update entry, sambil makan epal, kipas berpusing dan aku terhenti di sini.. Menatap dinding..



Boleh katakan, hari-hari aku akan makan epal semenjak mendiami Kolej Keenam ini.. Stok epal tak pernah putus rasanya.. Bila tiap kali lepas makan, aku capai sebiji epal.. Malam sebelum tidur, dah jadi kebiasaan juga menelan sebiji epal.. Begitulah setiap hari, berkoyan-koyan epal dah aku telan.. Tapi semenjak seminggu dua yang sudah, bekalan epal terputus.. Berat saja rasa kaki nak melangkah ke pasaraya dan beli.. Hanya mampu merenung setiap ngap dan krup krap rapuhnya epal bila sahabat sebilik aku khusyuk memakannya..

I think APPLE has become a part of me.. And when it is not around me for a while, I must said I don't know who am I without the apple.. :'(



Menatap dinding.. Dah 2 minggu rasanya aku berpindah masuk ke bilik baru di Blok G ini.. Jarang aku duduk dan merenung segenap ruang dalam bilik ini.. Tapi semenjak dua menjak ini, aku kerap berbaring dan pandang siling.. Aku selalu duduk dan pandang dinding.. Aku selalu ambil masa dan mengelamun sendirian..

Baru aku sedar dan terperasan, dalam bilik aku ini, di dinding-dindingnya ada banyak tempat penyangkut.. Dan ianya adalah epal-epal berwarna oren kuning yang sangat comel.. Ya, EPAL! Dan juga ada tempat penyangkut berupa SMILEY.. Ya, SENYUMAN..

Dan aku, sambung menatap dinding.. Selamat malam.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS
Never expect, never assume, never ask and never demand.. Just let it be.. Because if it's meant to be, it will happen the way you want things to be.. And at this moment, I want . . .


7 Comments Here:

Adziim berkata...

Makan la buah epal dulu sebelum makan nasi. Lagi elok kan fiber masuk dulu ?

Alexandriana Alia berkata...

alala comelnya penyangku epal kuning kehkehkeh.

aku suka gak makan epal, tapi jarang makan, eh. tak-tak. aku suka makan semua buah. pisang ke, tembikai ke, oren ke. semua aku suka.


just let it be....! so true

~CiK TiNieY~ berkata...

alalala sampai dinding pun ada epal...hehehe

jom join tadarus bulan ramadan ni..:)

http://zihnunfatin.blogspot.com/2011/07/ramadan-kareem-mari-bertadarus.html

FarhanaDr berkata...

@Adziim Kan? Should be like that. :)

FarhanaDr berkata...

@Alexandriana Alia Comel macam aku kan? Hehe. :p

FarhanaDr berkata...

@~CiK TiNieY~ Hihi. Kan? :p

Kapten Atok berkata...

jus apple company aku sedap wei. ada rezeki aku bg ko

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.