Lucky I'm In Love With My Best Friend

Assalamualaikum.. Selamat pagi Ahad untuk semua.. Sekejap saja dah habis 4 hari cuti yang ada.. Seronok pula rasanya bila Khamis dan Jumaat tiada kelas, memerap dalam bilik, keluar jalan ke sana dan ke mari.. Lupa sekejap beban membelek buku.. Terasa makin dekat dengan dunia realiti.. Makin perlahan-lahan aku menjauhi dunia maya ini.. Makin juga terasa dekat dengan suatu yang namanya keasingan.. Entah.. Aku tak pasti kalau aku mampu terus berjalan atas titian maya ini.. Sebabnya, aku rasa aku dah ketemu apa yang aku perlu, dan aku perlu jauhi apa yang sepatutnya aku jauhi.. =)

Hujung minggu aku kali ini tak seperti minggu-minggu yang lalu, ada Dok Go, Ae Jung dan Ding Dong menemani.. Tapi walau tanpa mereka, hujung minggu kali ini tetap juga seindah seceria selalu.. Al maklum saja, dah diisi dengan pelbagai rencana..


Jumaat aku diisi dengan berjalan-jalan keluar dari Kuala Lumpur.. Menuju ke Ice Room.. Ahh!! Aku jadi ketagih pada aiskrim.. Sejuk tekak sejuk hati.. Haha.. Petang semalam pula berkesempatan menonton Transformers 3 di Tropicana City Damansara.. Banjiran manusia memang tak usah dikata, semuanya datang sebab nak tengok Transformers 3.. Full House ketiga-tiga panggung yang dibuka.. Punya dahsyat penangan Sam Whitwicky dan Autobots ya..

Transformers 1 dulu aku menonton di laptop saja.. Itu pun selepas aku menonton Transformers kedua.. Barulah aku rasa, style juga tonton robot dalam panggung wayang.. Mulalah duduk berangan nak jadi macam Sam, menyelamatkan dunia, dan ada sahabat baik macam Bumblebee yang boleh dipandu ke mana saja dengan mata-mata di keliling memandang penuh cemburu dan terpegun.. Kah kah kah.. Melangit tinggi angan-angan..

Untuk yang ketiga, umpphh dah kurang sikit sebab pertama watak heroin dia bukan lagi gadis hot Megan Fox.. Haha.. Kecewa para jejaka.. Overall impression, Part 1 dan 2 much much better.. Aksi dan thrill yang aku expect untuk part ketiga ini, tak berjaya aku capai.. Perasaan menonton Transformers kali ini tak macam part 1 dan 2.. Dulu adalah juga rasa macam suspen, sampai tak boleh duduk diam di kerusi.. Tapi kali ini, rasa biasa-biasa saja.. Aksi kali ini tak dapat puaskan keinginan aku.. I'm sorry.. But still, boleh tahanlah cerita dia.. Aku bagi 3.8/5..

Pengajarannya, kadang-kadang kita sanggup korbankan dan langgar prinsip kita hanya untuk capai cita-cita.. Tapi sedar tak sedar, cara yang tak betul mencapai apa yang kita nak, cuma akan mendatangkan rasa penyesalan dan rasa tak senang dalam hati kita.. Percayalah! Keduanya, kuasa kata-kata seorang wanita jangan diperlekehkan okay.. Keh keh keh..


Eh! Tajuk macam mana pula? Haaaa!! Katanya Cik Farhana jiwang, tajuk pun nak kenalah jiwang.. Itu kata si jejaka yang aku ketemu malam tadi.. Berjumpa dengan LELAKI INI, tempat pilihan dah tentulah ICE ROOM.. Haha.. Terima kasih tak terhinggalah sebab sudi melepak dengan kami berdua.. Hep!! Kami pergi bertiga okay.. Itupun sebab beliau bermusafir selama beberapa hari di Universiti Malaya.. Memang tak boleh disangkal, LELAKI INI yang bersuara Anuar Zain memang peramah, sweet dan kacak orangnya.. Haha.. Sikit pun tak rasa kekok dengan beliau.. Aku kan terkenal dengan emas dalam mulut.. =)

Akhirnya, tercapai dah hasrat aku nak jumpa kedua-dua orang adik angkat dunia maya aku.. Rhapsody Lin dan Lelaki Ini a.k.a Umar.. Okay.. Next jumpa blogger mana lagi eh? Heee.. Ini ke namanya terasing, asing dan keasingan dari dunia maya? Ooppss!! =p

Indeed!! It's lucky you know to fall in love with your best friend.. Just my 2 cents before I wrap up everything for today's post.. Aku.. Dia.. Best friend ke tak best friend eh? Heee.. Have a great day ahead peeps.. Take care.. Assalamualaikum.. =)


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Akak!!!
Nanti kita dating lagi tow!
thanx, thanx, n thanx!!!
Pasal blanje semalam juga!
sayang akak!!!!!!
farhana berkata…
patut la jarang update dah..
aktiviti berderet2 hehe

Ehemmm...mode i skng ni download The Greatest Love drama =P Tak sabar nak menatap wajah hensem oppa =)=)=)
Ibu Ammar berkata…
macam mana pulak bila dah bercinta baru jadikan dia bestfren? lucky ke tak tuh?

hei.hei bila cik dokter nak jumpa ai nih.. mahal tol dia, :p
Hans Hanis berkata…
perempuan tu Rose yang ganti Megan tu bagi den seksi tapi sekadar itu je lah
lakonan dia kurang aura sikit
hehehehe

Review Filem Transformers: Dark Of The Moon 3D
@Lelaki Ini Haha. Sama-sama, sama-sama and sama-sama. :)
@farhana Kannnn. Haha. Dunia realiti makin menarik dan warna warni. Keh keh keh. Selamat menatap Dokko Oppa. ;)
@Alexandriana Alia Lucky jugak. It is count as lucky kalau dalam perhubungan tu kita boleh jadi pasangan yang bercinta dan juga sahabat baik dalam masa yang serentak. :)

Bila-bila pun boleh kalau free. Mana ada mahal pun. Mahal sikit je. Hehe. :p
@HansTapi Megan lagi seksi. Kan kan? Hehehe. Yep. Lakonan dia takde impak sangat. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?